'sihat dan cantik pilihan saya: setiap yang hidup.pasti akan mati'

setiap yang hidup.pasti akan mati

Itulah janji pasti ALLAH terhadap hamba-hambanya dan apa yang diciptanya.Setiap yang hidup pasti akan mati.Cuma cepat atau lambat,bila dan bagaimana adalah rahsia ALLAH.

Pada 3 September 2014 kira-kira dalam pukul 10.30,hati saya tergerak nak telefon mak.Sebelum tu suami dah telefon tanya pendapat,nak balik bila.Kata persetujuan berjaya dicapai..kalau ikutkan hujung minggu baru nak balik tengok keadaan Allahyarhamah mak cik Zaini.Memang mengejutkan apabila mak terus beritahu yang mak cik sudah meninggal.

Kelam kelibut kami semua.Sebenarnya arwah menderita penyakit kencing manis sudah puluhan tahun.Mula mendapat penyakit ini sejak mengandungkan anak sulungnya.Perasaan sedih dan sebak memang tak dapat ditepis.Banyak jasa beliau kepada kami sekeluarga.Di saat kami berada dalam kesusahan,dialah insan pertama yang menghulurkan bantuan.

Tapi saya dan suami tak dapat melihat jenazah buat kali terakhir.Sampai di jeli,Kelantan dapat info dari sepupu yang arwah sudah dimandikan.Jeli dan Baling bukannya dekat..huhuhu..dengan adanya anak kecil,memang suami tidak akan bawak kereta laju.

Syukur alhamdulillah masih diberi kesempatan melawat dan mengucapkan takziah kepada beliau.

Dugaan melanda diri apabila rupa-rupaya di kampung,line maxis '1 bar sahaja'.Buka data telefon bimbit pun naik 'g' jer...risau,gelisah dan resah semua ada.Bukannya pentingkan diri atau sebaliknya.Bulan nie saya.mencabar diri sendiri dan menyahut cabaran upline-upline saya untuk naik rank dan seterusnya tingkatkan sales.halatuju untuk cabaran ini adalah kami semua akan pergi ITALY tahun depan.

Hal peribadi tak boleh dicampur adukkan dengan hal kerja.Itulah yang saya pegang.

Yakin dengan ALLAH dan alhamdulillah kami menyewa rumah rehat dengan adanya bekalan wifi...syukur alhamdulillah...ALLAH permudahkan semuanya..



Cinch tea ada di mana-mana.. :) sebagai bekalan sepanjang perjalanan.

Tambahan pula boleh dikatakan sepanjang perjalanan di atas bukit grik ke Banding hujan renyai-renyai.Dengan keadaan yang sejuk gitu,rasa mata layi jer..mengantuk  !

Apa-apa pun alhamdulillah kami selamat sampai.Semoga roh Allahyarhamah mak cik zaini dicucuri  ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman dan para-para anbia..amin..amin...amin ya robbal ala'min.