'sihat dan cantik pilihan saya'

pencuci muka nutriwhite - untuk kulit normal


Assalamualaikum dan salam sayang semua ! ^_^ mood happy sebab perut dan kenyang makan nasi udang berempah bahahhaha..resepinya nanti in shaa ALLAH saya akan kongsikan dengan semua.Ilmu dan benda yang baik harus dikongsi ^_^.

Baiklah,hari nie entry masih lagi berkaitan dengan produk Shaklee,tapi bukan vitamin taw.Tapi pencuci muka Nutriwhite Shaklee atau lebih famous sebagai Gentle Deep Foaming Cleanser.

Penjagaan luaran dan dalaman haruslah seiring.Barulah anda akan lebih tampil menawan gitu ;)
Jangan dianak tirikan penjagaan luaran ok.

Secara amnya Skin Care Nutriwhite ini lebih sesuai tanpa masalah sensitif dan berjerawat yang teruk kerana Skin Care Nutriwhite ini berfungsi lebih kepada mencerah.Selain itu.Kandungan Vitamin C yang tinggi tidak sesuai untuk kulit yang bermasalah jerawat,sensitif dan sebagainya.

cuci muka dengan gentle deep foaming cleanser



Gentle Deep Foaming Cleanser


Gentle Deep Foaming Cleanser

Inilah rupa Gentle Deep Foaming Cleanser Nutriwhite Shaklee.Nampak macam besar jer.Memang besar dan puas hati.Kita picit sikit jer,agak-agak sebesar kacang soya tu pun buih dah banyak.Setiap kali guna picit ke tapak sebesar kacang soya,agak-agak anda berapa lama pencuci muka ini boleh bertahan?Mestilah berbulan-bulan ! ^_^

Kelebihan dan Kebaikan Gentle Deep Foaming Cleanser

  • Membersihkan dan menyegarkan kulit 
  • Mengandungi rumpai laut yang  berfungsi untuk menghilangkan kekotoran,membuang sel-sel mati dan untuk menegangkan kulit.
  • Alga hijau bertindak untuk menyahkan toksik pada kulit wajah dan menyegarkan.
  • Strawberry Begonia mencerah dan seimbangkan pigment.

Paling best apabila sudah mencuci muka dengan Gentle Deep Foaming Cleanser ,wajah akan terasa lebih segar dan lembut .Berbaloi dengan harganya,tahan sehingga berbulan-bulan !

Jom kita lihat apa kata pengguna tentang Gentle Deep Foaming Cleanser.

sila klik gambar untuk lihat dengan lebih jelas


Untuk order dan bayar sendiri dengan menggunakan kad kredit atau debit,sila klik :





sebarang pertanyaan atau pesanan boleh hubungi saya 
Siti Rosnah Abdullah
>> pm | whatsapp : 013-9156881
>> facebook : https://facebook.com/srosnah
>> page : https//m.facebook.com/ImanInDaHouse

***Cod sekitar Kuala Terengganu,Manir,Kuala Berang & kawasan- kawasan yang sewaktu dengannya.



*This product is not intended to diagnose,treat,cure or prevent any diseases.
**Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos,merawat,mengubati,atau mencegah sebarang penyakit.

sengkuang cina rawat jaundis

Dewasa ini,kebanyakan bayi yang baru lahir menghadapi masalah jaundis merupakan perkara biasa.

Jaundis terjadi apabila bayi yang dilahirkan darahnya mengandungi bilirubin yang berlebihan.Bilirubin adalah bahan kimia yang dihasilkan semasa penguraian normal sel darah merah.

Bayi yang baru lahir lebih cenderung untuk mempunyai tahap bilirubin yang lebih tinggi kerana mereka mempunyai sel darah merah tambahan yang mengangkut oksigen.Kadang-kadang hati mereka tidak boleh memetabolismekan bilirubin yag berlebuhan.Ini adalah kerana hati bayi yang baru lahir belum berfungsi dan matang sepenuhnya lagi.

Sebenarnya saya bukan nak terangkan tentang jaundis,tapi nak beritahu anda salah satu petua untuk merawat dan kurangkan jaundis bayi.Petua ini saya dapat dari tuan rumah sewa semasa tinggal di Perlis dulu.Nak tahu apa petuanya? Jom baca..

Sengkuang cina


Sengkuang cina ini saiznya lebih kecil jika nak dibandingkan dengan sengkuang yang selalu dicampur dalam rojak buah tu.Kulitnya juga berbeza warna.Sengkuang cina kulitnya berwarna agak hitam-kehitaman.Bau dan rasa sengkuang cina ini lebih kurang jer dengan semgkuang yang besar tu. ;)

Dimana nak dapatkan sengkuang cina? 

Di pasar raya pun boleh dapatkan sengkuang cina ini.Selalunya kalau dijual di pasar raya,akan ada yang sudah dipacking siap-siap macam packing bawang tu.

Bagaimana nak buat?

♥ mula-mula kupas dulu kulit sengkuang cina.
♥ kemudian basuh bagi bersih dulu sengkuang cina tersebut.
♥ seterusnya,parut sengkuang cina tersebut.Kalau orang kedah panggil sagat :)


♥ parut dengan menggunakan penyagat yang paling halus.
♥ ok,bila dah siap,letakkan sengkuang cina yang telah diparut ke dalam perca kain yang bersih.
♥ perah sengkuang cina tersebut ke dalam cawan.
♥ biarkan seketika.
♥ suapkan ke dalam mulut bayi.Tapi jangan suap sampai habis secawan yer.Cukuplah sekadar 2 atau 3 sudu teh sekali suap.
♥ amalkan 3 atau 4 kali sehari.

In shaa ALLAH bacaan kuning bayi akan menurun.Tapi,harus diingatkan,ini adalah sekadar petua tradisional untuk menurunkan kadar bacaan kuning bayi.

Disamping itu anda haruslah menyusukan bayi anda dengan kerap.Bayi yang ada kuning lebih cenderung untuk tidur je.Bila asyik tidur,bayi akan kurang menyusu.Bilirubin yang berlebihan akan keluar melalui najis dan air kencing.Oleh itu,kejutlah bayi anda untuk menyusu dengan lebih kerap.


Tapi pernah juga dengar,kalau ibu bapa darah jenis 'O',bayi akan mengambil masa lebih lama untuk sembuh.Apa-pun semuanya bergantung kepada ALLAH.Kita sebagai hamba hanya mampu berusaha yang terbaik.

set anak pintar

Setiap ibu bapa pasti menginginkan yang terbaik untuk anak-anak bukan?Nak anak belajar pandai,fokus belajar,baik akhlaknya.Bak kata orang putih,perfect  ! wah...idaman setiap insan yang mempunyai anak kot ! Yela,anak kan anugerah ALLAH.Jika baik didikannya,boleh jadi saham akhirat tu.

set anak pintar Shaklee
 tadaaa....perkenalkan set anak pintar Shaklee.Set anak pintar ini mengandungi omega guard,meal shake dan chew able Vit C.

Omega Guard

  • Tidak dihasilkan dari  hati ikan yang mengandungi toksik.
  • Sangat berbeza dengan omega 3 di pasaran kerana Omega Guard Shaklee satu-satunya minyak ikan omega 3 paling tulen, lengkap dengan 7 jenis asid lemak omega 3 semulajadi termasuk EPA, DHA dan ALA.
  • Omega Guard Shaklee dihasilkan daripada kaedah ultratulen bergred farmaseutikal
    berteknologi terkini - 
    Kaedah utlratulen adalah proses penyulingan proprietari 3 molekul untuk mengektraks omega 3 yang tulen dan menyingkirkan bahan berbahaya seperti plumbum,merkuri, arsenik, kadmium, dioksin, dan PCB.
Mealshake
  • mengandungi 19 vitamin,protein dan mineral penting sebagai asas nutrien
  • kaya dengan sumber kalsium 
  •  mengandungi glimeks indeks yang rendah.
  • berperisa Vanilla yang lazat.
Chew Able Vitamin C
  • didatangkan bersama-sama dengan bioflavonoid iaitu bahan penting yang akan membantu penyerapan vitamin c dengan lebih baik.
  • membantu mengekalkan ketahanan semulajadi bahan.
  • membantu menjaga kesihatan gigi,gusi dan struktur tulang.
  • meningkatkan penyerapan zat besi.
Pilihlah  yang terbaik untuk anak-anak anda, ^_^

Anda ingin order dan bayar sendiri ? sila klik





sebarang pertanyaan atau pesanan boleh hubungi saya 
Siti Rosnah Abdullah
>> pm | whatsapp : 013-9156881
>> facebook : https://facebook.com/srosnah
>> page : https//m.facebook.com/ImanInDaHouse

***Cod sekitar Kuala Terengganu,Manir,Kuala Berang & kawasan- kawasan yang sewaktu dengannya.



*This product is not intended to diagnose,treat,cure or prevent any diseases.
**Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos,merawat,mengubati,atau mencegah sebarang penyakit.

anak tertelan gula-gula keras


Buat ibu bapa di luar sana berhati dan berwaspadalah selalu dengan keadaan anak anda.Tidak kira di mana jua anda berada.Di rumah sendiri ker,rumah mertua ker,sentiasa peka dengan anak anda.

Kisahnya petang tadi,masa di rumah mertua.Sekarang iman dah pandai buka peti sejuk sendiri.Apa yang ada dalam peti semua iman ambik makan.Sampaikan susu pekat manis tu,dia ambik sapu kat kepala.Ingat gel rambut agaknya kot.

Kebetulan tadi ada tetamu jauh datang rumah mertua.Jadi,selepas tetamu menjamu selera saya pun tolong la apa yang patut.Kemas sikit dan membasuh pinggan mangkuk.

Tengah leka membasuh pinggan mangkuk,tiba-tiba iman bunyi uwekkkk..banyak kali pulak tu.Sampai mengalir mata.Rasa dah macam ada sesuatu yang tak kena jer.Lepas tu nangis pulak.Lagi la saya cuak.

Bagi minum air tak nak.Mentah-mentah tolak.

Tanya suami,bagi iman makan apa.Suami cakap bagi makan gula-gula...wah...dasyat.Saya terus ambik iman,bagi meniarap atas riba.Apa lagi..tepuk belakang la.

Suami cakap jangan la tepuk kuat sangat,nantikan gugur jantung anak.Saya pekakkan telinga jer.Tepuk punya tepuk,makin kuat iman nangis.Saya beranikan diri juga teruskan tepuk belakang anak.

Akhirnya syukur alhamdulillah iman muntahkan gula-gula tu.Agak besar jugak la.Gula-gula tu keras jugak kot.

Fuhhhh...lega.tapi iman mengalir air mata lagi..syukur...semuanya selamat..

Nak tepuk belakang bayi yang tercekik sesuatu kena ada caranya taw.Tak boleh tepuk sembarangan.Jika ditepuk dengan tapak tangan,memang lagi kuat bayi menangis.Rasa macam kena penampar agaknya kot :)


Seeloknya,lengkungkan jari anda ketika tepuk belakang bayi.

Tapi pastikan muka bayi mengadap ke bawah.letakkan bayi supaya dalam keadaan meniarap di atas riba anda.

Sebetulnya saya tak pernah tahu pun cara tepuk sebelum nie.Tapi alhamdulillah saya pernah terbaca 1 artikel apabila bayi tercekik duit syiling.

Alhamdulillah,semuanya selamat.

jangkitan kulat ketika hamil

Jangkitan kulat atau keputihan adalah masalah biasa dihadapi oleh setiap wanita.Lelehan yang keluar daripada faraj ini kemungkinan disebabkan oleh jangkitan fungus iaitu sejenis kulat atau yis yang dinamakan candidiasis.

Individu yang berisiko mengalami simpton jangkitan kulat.


  • Pesakit diabetes.
  • Pesakit HIV 
  • Jangkitan STD seperti gonorrhea dan chlamydia.
  • Individu yang tidak mempunyai sistem imun yang kuat terhadap penyakit.
  • Individu yang sering mengambil antibiotik.
  • Individu yang memandang remeh terhadap kebersihan alat sulit.
Tanpa kita sedari jangkitan kulat atau keputihan ini yang disebabkan oleh bakteria GBS tanpa dikawal mungkin boleh memberi kesan yang teruk kepada perkembangan otak bayi.

Tips untuk bebas daripada jangkitan kulat.

  • Jaga kebersihan alat sulit dengan meningkatkan kebersihan.Keringkan alat sulit selepas membuang air kecil serta mengamalkan lap dari bahagian depab ke belakang.
  • Pakai seluat dalam yang dibuat dari kain kapas supaya lebih banyak pengudaraan di bahagian sulit.
  • Mengambil minuman atau yogurt kultur yang mengandungi lactobacillus.
  • Jika keputihan masih lagi berlarutan,daoatkan khidmat nasihat doktor pakar sakit puan.


Kalau.petua orang tua dulu-dulu..minum air basuhan beras..basuh dulu beras tu bagi bersih-bersih.Kemudian,bila dah yakin bersih,masukkan air yang telah dimasak,rendam seketika.Selepas itu,masukkan air basuhan tadi ke dalam gelas Sedia untuk diminum.

Tapi saya tak lepas nak telan..kikiki..geli tekak rase ;)

Set Insomnia Shaklee

Secara puratanya,sesorang itu akan mengalami insomnia sekali dalam seumur hidup.Mungkin masalah insomnia ini akan hilang dan mungkin juga berkekalan.Saya pernah terbaca dalam majalah yang mengatakan bahawa,semakin meningkat umur seseorang keperluan tidur akan semakin berkurangan.Tetapi tak dapat dipastikan dari majalah mana.Tak ingat dah.Sebetulnya kemampuan untuk tidur dalam jangka masa yang panjang semakin menurun apabila usia kita kian meningkat.

Insomnia ini bukanlah sejenis penyakit.Insomnia merupakan gangguan tidur dan apabila sesorang itu mengalami masalah tidur  atau insomnia,secara tidak langsungnya kualiti tidur akan terjejas. Ini kerana tidur yang berkualiti dan konsisten penting untuk tubuh terutamanya organ seperti otak dan lain-lain untuk menjalankan tugasnya secara optimum dan baik.

Bayangkan kalau kita tidak boleh tidur,mesti kita akan bangunb tengok tv,makan,main game atau sebaliknya.Bila buat semua aktiviti tu,badan kita memerlukan tenaga dan fokus.Jadi,waktu bilakah tubuh badan kita nak berehat?

credit to mr google
Tahap insomnia

Ringan - berlaku dalam tempoh yang singkat,aktiviti harian mungkin akan terjejas sedikit atau tidak terjejas langsung.

Sederhana - Berlanjutan kurang dari sebulan,aktiviti harian terjejas dan disertai dengan rasa badan yang lesu,letih dan sebagainya.

Kronik  - Berlarutan lebih dari sebulan dan secara tidak langsungnya menjejaskan aktiviti harian.Disertai dengan rasa letih,lesu,gelisah dan lain-lain.

Jenis Insomnia

  • primer - menghadapi masalah tidur bukan disebabkan oleh kesihatan.
  • sekunder - menghadapi masalah tidur disebabkan oleh masalah kesihatan 
Tips untuk mengatasi insomnia 
  • elakkan tidur pada waktusiang
  • elakkan minum minuman yang merangsang minda seperti minuman berkafein dan cinch tea.
  • pelajari teknik merehatkan fixikal dan mental.
  • belajar menangani tekanan
  • selalu bersenam
  • pastikan bersekitaran bilik tidur tenang dan selesa.
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

cadangan supplement Shaklee untuk Insomnia
  • Vitamin B-Complex
  • ostematrix
  • Vitalea (multivitamin & multimineral)
::: Ostematrix :::

 Magnesium penting untuk mengelakkan pembuluh darah menjadi kejang ( salah satu punca yang dipercayai penyebab migrain)
 Vitamin D pula penting untuk penyerapan kalsium.Kalsium yang tiada vitamin D tidak boleh diserap oleh tubuh dan boleh tertinggal sebagai batu dalam ginjal @ pundi kencing.
 Kalsium turut membantu menetapkan ritma jantung,menyelesaikan masalah iinsomnia (susah tidur) ,
 Membantu pengaliran gizi masuk dan keluar daripada membrance
 membantu pembekuan darah

::: Vitamin B-Complex :::

 Vitamin B2 ( riboflavin) dan B6 (Pyridoxide) telah terbukti boleh membantu mengurangkan kesakitan akibat migrain.
 Vitamin B lengkap dalam bcomplex Shaklee memastikan risiko diserang migrain rendah.


::: Vitalea :::

 Vitalea adalah multivitamin dan multimineral yang lengkap dengan 28 jenis vitamin dan mineral.
 Zat besi dalam vitalea membantu menambahkan kekurangan zat besi yang menyebabkan individu insomnia mudah pitam.lesu dan hilang konsentrasi.

anda nak order dan bayar sendiri ? sila klik 



sebarang pertanyaan atau pesanan boleh hubungi saya 
Siti Rosnah Abdullah
>> pm | whatsapp : 013-9156881
>> facebook : https://facebook.com/srosnah
>> page : https//m.facebook.com/ImanInDaHouse

***Cod sekitar Kuala Terengganu,Manir,Kuala Berang & kawasan- kawasan yang sewaktu dengannya.

*This product is not intended to diagnose,treat,cure or prevent any diseases.
**Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos,merawat,mengubati,atau mencegah sebarang penyakit.

Sumber rujukan : http://www.ehomemakers.net/my/article.php?id=525

kenangan terindah

Menjadi insan bergelar ibu,ummi,mak,mama adalah pengalaman dan kenangan paling indah dan manis dalam hidup setiap insan yang bergelar wanita.Bermula dari saat awal kehamilan,mengalami alahan yang teruk sepanjang 3 bulan pertama,mengalami perubahan dari segi fizikal,selera makan,perubahan emosi dihadapi dengan penuh sabar dan redha.

Berdasarkan pengalaman saya,saat mengalami keguguran adalah saat yang paling sedih dan memeritkan.Ye la bayi yang kita kandung tiba-tiba tiada,Saya pernah mengalami keguguran.Waktu tu,usia kandungan saya baru 7 minggu.Meskipun waktu tu belum merasai apa-apa pergerakan,belum teringin dan mengidam nak makan sesuatu,tapi ia tetap membuatkan saya menitiskan air mata.

Saya disahkan hamil setelah 5 bulan berumah tangga.Suami dan keluarga mentua adalah insan yang paling gembira.Mana taknya,itu adalah cucu sulung sebelah suami dan juga sebelah keluarga saya.Mungkin disebabkan waktu kerja yang agak panjang dan rehat yang tidak cukup,akhirnya saya keguguran.

Lepas keguguran tu,ambik masa yang agak lam untuk mengandung semula.Sampaikan ada orang tanya saya ambik perancang ker...?tak nak anak lagi ker?tak puas lagi ker hidup berdua?wah..soalan pedih menikam hingga ke kalbu ! aduh...pedih dan sakitnya.

Tapi, alhamdulillah setahun selepas tu,saya disahkan hamil lagi.Seperti biasa,suami adalah insan yang paling gembira bila dapat tahu berita tentang kehamilan saya.Waktu tu suami berkursus di Kuala Lumpur.Kalau ikutkan suami nak balik keesokannya hari tapi bila dapat berita ni,terus petang tu jugak lepas habis kursus terus balik ke Perlis.

Alhamdulillah saya agak kuat tempuhi dugaan dan cabaran sepanjang tempoh kehamilan.Semuanya dengan sokongan dari suami.Walaupun hadapi alahan yang teruk,nafsu makan yang agak luar biasa,suami masih mampu bersabar hadapi kerenahku.

Paling sukar dilupakan,saya mengidam nak makan chicken chop dan buah mangga harum manis.Waktu tu,mangga harum manis agak mahal.Kalau tak silap sekilo berbelas ringgit jugak la.Alhamdulillah kebetulan waktu tu memang musim harum manis dan harum manis ni memang ada di Perlis jer.Terasa kemanisannya ! ^_^ hehehe.

nie la rupa harum manis.
Syukur,alhamdulillah pada 14 Disember 2012 saya melahirkan seorang bayi lelaki seberat 2.95 kg.Sekejap jer masuk labour room.Masuk pukul 8,pukul 12 tengah hari dah bersalin.Sampaikan kakak katil sebelah tanya,eh,bila bersalin?ingatkan pergi jumpa doktor jer.Waktu tu memang wad bersalin penuh.Tunggu giliran jumpa doktor pun.

muhammad hariz iman bin mohd norimam


Sekarang dah besar hero saya.Agak aktif dan memenatkan. ;) Tapi saya gembira boleh menjaganya dari iman dilahirkan sehinggalah sekarang.Inilah kelebihan menjadi WAHM (women at home mom).Sambil berbisnes sambil melihat anak membesar di depan mata.Bukan sambil lewa ok.ahaks...



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...