'sihat dan cantik pilihan saya'

manfaat bersedekah

Assalamualaikum semua.Alhamdulillah masih lagi diberi peluang oleh ALLAH untuk terus bernafas di dunia ini.

Hari ini saya akan kupaskan tentang manfaat sedekah.Bukanlah nak berlagak atau tunjuk alim,sememangnya amalan bersedekah amatlah dituntut dalam Islam.Nanny anum selalu mengingatkan kami semua,walaupun dapat bonus RM 23,jangan lupa bersedekah.Dan jangan sesekali ingat,duit kita akan berkurang dengan bersedekah.

Antara manfaat bersedekah ialah :



1. Rezeki berganda

Tahukah anda,sebenarnya amalan bersedekah itulah yang menggandakan kekayaan kita.Ramai orang beranggapan,bila bersedekah harta akan berkurang.Anggapan ini salah sama sekali.Sedekah tidak pernah mengurangkan harta bahkan sedekah akan menggandakan rezeki kita sebanyak 10 kali ganda.Jadi tak mustahil kalau kita sedekah RM 10,kita akan dapat RM 100.

ALLAH S.W.T berfirman : " Perumpamaan (sedekah) yang dikeluarkan oleh orang-orang yang menafkahkan hartanya di jalan ALLAH serupa dengan sebutir benih yang menumbuhkan tujuh tangkai,pada setiap tangkai terdapat seratus biji.

ALLAH akan melipat gandakan (pahala) sesiapa saja yang Dia kehendaki.Dan ALLAH Maha Luas kurnian-Nya lagi Maha Mengetahui"

(Al-Baqarah :261)

2.menolak bala dan bencana

Sedar tak bersedekah memiliki kesan positif kepada pemberinya.

Terdapat pelbagai cara untuk bersedekah.Tidak semestinya wang.Orang kita sekarang nie sebut jer sedekah,cepat-cepat jawab,"eh,aku tak da duit la!ada pun ngam-ngam jer nak sampai hujung bulan nie".

Amal perbuatan kita kepada orang lain juga turut dikira sebagai sedekah.

Dalam Al-Quran,ALLAH memerintahkan hambanya supaya bersedekah kerana disebalik amalan bersedekah terdapat kekuatan dan kelapangan yang mengiringi kesulitan yang sedang kita hadapi.

3.sedekah dapat menyembuhkan penyakit.

Sedekah merupakan media spirititual bagi mendekatkan diri kepada ALLAH apabila kita sedang sakit dan meminta untuk diringankan dan disembuhkan daripada penyakit.Dalam hal ini,kita anggap jer sedekah sebagai doa untuk menolak bala.

4.sedekah dapat memanjangkan usia.

Sedekah merupakan salah 1 amalan yang dilakukan untuk memanjangkan usia.Memang ajal,maut adalah rahsia ALLAH.Apabila kiya memiliki keperluan memberi,secara tidak langsung ia merupakan vitamin bagi jiwa kita.


Hakikatnya bersedekah mempunyai pelbagai manfaatnya.Bila kita memberi,kita akan berasa tenang dan gembira.Ke ada jugak yang memberi tapi tidak gembira melihat orang lain gembira dengan pemberiannya?

Beri duit kepada adik-adik yang masih bersekolah atau anak saudara juga merupakan sebagai 1 sedekah.Janganlah anggap oh,aku nak bersedekahlah..nak kena pergi masukkan duit dalam tabung masjid nie.Definisi bersedekah amatlah luas.Beri kucing yang sedang kelaparan ketika makan di gerai juga merupakan sedekah.

Yakinlah dengan janji ALLAH,letakkan kebergantungan sepenuhnya kepada ALLAH S.W.T. dan In Shaa ALLAH setiap sedekah yang kita keluarkan akan mendapat balasan.

Sekian ^_^

Promosi Oktober'14 - Esp Shaklee

Oleh kerana Oktober adalah bulan promosi esp,jadi saya akan terangkan serba sedikit mengenai esp Shaklee.

Apa itu esp?esp adalah singkatan bagi energizing soy protein.




Kenapa orang selalu cakap,esp Shaklee tak sama dengan kebanyakan soya di pasaran?Kenapa perlu ambik tahu semua tu?asalkan boleh minum,rasa soya sudah la.Ala,bila masuk dalam perut,keluar tetap jadi air kencing @ taik.oopss...

Tahukah anda risikonya jika anda tidak ambik berat tentang soya yang anda minum?Jom kita intai checklist di bawah kenapa Esp merupakan hot item antara kesemua produk Shaklee.


  • Ditanam secara organik
Jika soya tidak organik,dengan menggunakan bahan kimia,pestisid dan lain-lain,maka soya tersebut mempunyai khasiat yang rendah tetapi tinggi nitrat.Kandungan nitrat yang tinggi boleh membawa risiko KANSER kepada anda!


  • mengandungi 9 asid amino
amino asid adalh penting untuk proses penghasilan hormon,antibodi dan enzim.Kekurangan asid amino ini  menjadikan tubuh kita kurang berkesan untuk menjalankan proses-proses penting dalam tubuh.


  • Kacang soya non-gmo (non-genetically modified organism)
Dibuat dari soya yang berkualiti tinggi.Dihasilkan di bawah satu program yang digelar Identity Preservation Program (IPP),di mana kacang soya dipantau dan dijaga dengan teliti dari proses menanam hinggalah ke saat pemprosesannya.

Berbeza dengan kacang soya GMO,ianya lebih murah dan mudah untuk menghasilkannya,malah lebih berisiko kepada kesihatan pengguna kerana ianya akan menghasilkan toksin.

esp shaklee ialah non_gmo protein




  • Tidak diproses dengan alkohol
Apabila soya diproses dengan alkohol,ianya akan mengurangkan kadar isoflavone sehingga 88 %.
Isoflavone adalah bahan yang mengurangkan risiko kanser.Ianya juga penting dalam tindakan hormon dan jisim tulang.
  •  bahan anti-tiroid dan anti pertumbuhan disingkirkan
Bahan anti tiroid dan anti pertumbuhan akan menyebabkan fungsi tubuh terganggu dan meningkatkan risiko kanser.

  • kacang soya yang tidak dipanaskan
Kacang soya yang dipanaskan sama ada melalui cara rebusan atau dengan menggunakan air panas akan merosakkan kandungan proteinya.

  • kacang soya diproses (dibuang minyaknya)
Kacang soya yang diproses akan dibuang minyaknya.Ini menjadikan berasid.Namun,kalsium yang ditambahkan akan menjadikannya neutral semula.

Selain itu,esp juga :
  • tinggi protein
  • tinggi kalsium
  • rendah lemak
  • rendah kalori
  • bebas laktosa dan kolestrol
  • Indeks Glimeks rendah
  • Mengandungi Vitamin B
esp shaklee
Kebaikan Esp Shaklee

  • menyediakan tenaga berkekalan dan membantu tahan rasa lapar kerana bekalan sumber tenaga yang konsisten.
  • membantu mengurangkan paras kolestrol.
  • menggalak sistem peredaran darah yang sihat
  • membantu pembinaan semula sel otot dan kulit.
  • kaya dengan isoflavones yang membantu dalam mengawal kestabilan hormon.
  • menggalak payudara yang sihat dan anjal.
  • menggalak prostat yang sihat.
  • membaiki pigmentasi untuk masalah rambut gugur serta masalah kulit.
  • menyokong sistem imunisasi badan yang membantu mencegah migrain,imsonia dan tekanan.

siapa yang memrlukan esp?
  • wanita hamil
  • wanita menyusu
  • golongan pelajar
  • golongan pekerja
  • warga emas
  • golongan remaja
siapa yang tidak boleh mengambil esp?
  • individu yang mempunyai masalah buah pinggang

gabungan Esp bersama vitamin kesihatan yang lain





resepi Esp




Anda ingin order dan bayar sendiri? sila klik "order now".
Pastikan anda menggunakan kad DEBIT atau kad KREDIT sahaja.

sebarang pertanyaan atau pesanan boleh hubungi saya 
Siti Rosnah Abdullah
>> pm | whatsapp : 013-9156881
>> facebook : https://facebook.com/srosnah
>> page : https//m.facebook.com/ImanInDaHouse

***Cod sekitar Kuala Terengganu,Manir,Kuala Berang & kawasan- kawasan yang sewaktu dengannya.

*This product is not intended to diagnose,treat,cure or prevent any diseases.
**Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos,merawat,mengubati,atau mencegah sebarang penyakit.


tasbih digital

Assalamualaikum semua ^_^

Mesti anda semua pernah dengar bukan,"tasbih digital"?Terkenal taw tasbih digital ni.Wah...hebatnya sekarang.tasbih pun sudah diupgrade jadi tasbih digital.

Tasbih digital

Saya terbeli tasbih digital ni gara-gara tasbih yang selalu digunakan yang manik putus kerana ditarik oleh hero yang lasak lagi aktif.

Bila difikirkan balik,mungkin ada hikmahnya tasbih manik tu putus ditarik iman.Bayangkan sesudah masak,kemas rumah,sidai baju semua,bila tiba saat untuk merehatkan diri,ambil tasbih manik untuk berzikir.Tiba-tiba anak buka peti sejuk,tuang air atas lantai.Berhenti zikir dulu,ambik kain buruk lap lantai sambil mulut dok berleter.Ok,bila dah settle lap semua,nak sambung zikr balik,mulalah was-was eh,aku dah zikir berapa tah?Hari-hari hadapi situasi yang sama,tak ke naya tuan badan..?hehhhehe

Antara keistimewaan tasbih digital ini yang paling saya suka,contohnya la kan kita cafang nak zikir ya wahhab 1000 kali hari ini.Tup-tup tengah zikir tu,anak buka peti ambik susu pekat lumur atas kepala.Mestila kena berhenti zikir dan mandikan anak dulu kan?Kemudian,bila kita dah siap mandikan anak,kita ambik tasbih digital tu,boleh sambung kira zikir sebab kiraan zikir kita tadi tak hilang melainkan kita reset balik.Mudah dan senang bukan?

Lagi 1,tasbih digital ini ada gelang getah umpama jam (yang warna putih dalam gambar di atas).Kita boleh ikatkan di jari,sambil memasak ker,sambil lipat kain ker boleh bertasbih.Memudahkan kita untuk berzikir sambil membuat kerja ^_^.

Harganya tidaklah mahal sangat.Hanya RM 9.90.Macam mana nak dapatkan tasbih digital nie?haaa...anda boleh mengunjungi kedai buku yang berhampiran dengan anda.Kedai yang jual barang-barang keagamaan seperti kain telekung,sejadah,Al-Quran dan sebagainya juga ada.

Dengan tasbih digital ini,tiada lagi alasan untuk kita tidak berzikir.Zikir penenang hati dan jiwa.Semoga anda semua istiqamah ^_^

kelebihan zikir al-wahab



Assalamualaikum semua.

Zikir ya wahhab @ al-wahhab merupakan zikir yang upline dan kawan-kawan seperjuangan Shaklee selalu suruh amalkan.Zikir ini merupakan salah satu perkara yang wujud dalam master checklist.Mula-mula dulu saya agak liat jugak nak amalkan zikir.Ye la,1000 kali sehari..lagi banyak lagi bagus.Ya ALLAH ! BAnyaknya!

Tak dinafikan dulu saya ialah yang hidupnya penuh dengan alasan.Upline suruh buat itu,saya cakap ok.Mula-mula buat,lepas tu pelan-pelan tak buat,akhirnya tinggal terus.Sampailah 1 tahap,nanny merangkap upper upline saya bagi penerangan.Apa maksudnya Ya Wahhab,masa tu,baru saya tersedar dan terbangun dari koma yang panjang!Setakat mimpi boleh tahan lagi,ini koma terus.Betapa ruginya saya!



Add caption
Sebenarnya,zikir Ya Wahhab bermaksud Yang Sentiasa Memberi.

Seperti yang kita tahu,ALLAH S.W.T Maha Pemurah.Dia melimpahkan rezeki kepada setiap orang yang dikehendakinya.Tidak kiralah hamba itu Islam atau Bukan Islam,Asalkan hambanya itu berusaha.

Kehebatan Zikir Ya Wahhab

1. Dimakbulkan doa  -->  Baca Ya Wahhab 7 kali selepas berdoa pada bila-bila masa,kemusykilan anda akan terjawab dan permintaan anda akan diperkenankan,insya Allah.

2. Permintaan dimakbulkan --> Sesiapa yang membaca Ya Wahhab 7 kali sebelum meminta sesuatu,insya Allah permintaanNya akan diperkenankan.Jika dibaca 100 kali dengan tangan menadah ke langit,doa anda akan dimakbulkan.


3. Menjadi kaya dan terkenal --> baca Ya Wahhab 300 kali setiap hari atau selepas setiap solat fardhu,In Shaa Allah anda akan dikurniakan kekayaan,kemakmuran dan kemasyhuran.

Jika anda mengamalkan solat sunat Dhuha dan membaca Ya Wahhab 41 kali di sujud yang terakhir,insya Allah anda akan dirahmati dengan harta yang banyak.Peluang akan datang dengan mudah sekali.

4. Membebaskan diri --> Jika ditangkap oleh musuh atau pendapatan anda tidak mencukupi,bacalah Ya Wahhab 100 kali selama 3 hingga 7 malam selepas solat sunat nafil 2 rakaat di tengah malam.In Shaa ALLAH  anda akan berasa bebas atau mendapat rezeki yang banyak.

5. Menjauhi kelaparan --> Baca Ya Wahhab 41 kali di sujud terakhir solat Zuhur,insya Allah anda tidak akan merasa lapar.

6. Membayar hutang --> Sesiapa yang tidak mempunyai pekerjaan atau sangat miskin,hendaklah dia mengamalkan solat sunat,kemudian sujud dan membaca 70 kali Ya Wahhab.Dia akan mendapat makanan tanpa disangka-sangka(dari kawan,jiran atau seumpamanya).

Memang mula-mula nak amalkan,nak istiqamah,memang perit.Tapi,lama-kelamaan apabila anda sudah terbiasa amalkan zikir,bila sehari tak buat,akan akan rasa diri anda umpama tidak sempurna.Serba-serbi tidak kena.

Nak amalkan zikir untuk tujuan yang tertentu,hendaklah hati kita mempunyai kepercayaan yang kukuh dan mendalam kepada ALLAH S.W.T.Nak lagi bagus,sertakan sekali dengan solat sunat hajat disertai dengan usaha kita.Usaha dan Doa haruslah seiring.Letakkan kebergantungan kita 100 % kepada ALLAH,in shaa ALLAH apa yang kita hajati,yang kita impikan akan menjadi realiti.

Sekian dulu perkongsian untuk kali ini.Semoga kita semua terus istiqamah dalam menjalani kehidupan di dunia yang sementara ini.AMinn ^_^ 

set selulit shaklee

Sebut sahaja selulit,tiba-tiba perasaan ngeri muncul ! 90 % wanita ada selulit.Selulit tidaklah menimbulkan rasa sakit,tetapi ia mempengaruhi keyakinan wanita.Bagi wanita yang sudah bersuami,selulit merupakan satu keaiban dan kelemahan yang nak cuba disembunyikan sehabis upaya.Ye la,selulit tu hodoh yang amat ! hehehe..Berlapis,berkedut,tebal..ohh..no..naiknya senang tapi nak hilang,punyalah susah.Jom fahami apa itu selulit.

Sebenarnya,banyak faktor selulit timbul.Wanita hamil terutamanya memang tidak dapat dipisahkan dengan selulit.

selulit


Kenapa selulit terjadi pada wanita?

  • wanita menyimpan lemak pada bahagian bawah badan,kaki,perut dan pinggul.
  • wanita lebih kerap mengalami masalah kitaran dan sembab air.

Penyebab selulit

  • Terlebih makan makanan berkalori adalah salah satu punca utama pembentukan selulit.
  • peredaran darah kurang lancar
  • faktor hormon- hormon seperti esterogen yang merupakan salah satu sebab timbulnya selulit.Selulit timbul kerana adanya penimbunan lemak yang membentuk gumpalan-gumpalan kecil sehingga kulit berkedut dan berlapis.Umumnya,selulit timbul pada wanita saat wanita mengalami perubahan hormon seperti waktu haid,mengandung dan monopouse.
  • bentuk badan - pinggul dan perut merupakan bahagian tubuh yang mempunyai jaringan yang sangat tebal dan longgar.Lemak sangat mudah menyerap masuk ke dalam jaringan seperti ini.Tambahan pula kalau anda malas  nak bergerak.

_____________________________________________________________________

Set Selulit Shaklee

  • Substained Release Vitamin C
  • Vitamin E
  • Esp (energizing Soy Protein)
Substained Release Vitamin C
  • kerana Vit C mengandungi bioflavonoid (boleh rujuk Vitamin C Shaklee )
  • ia berfungsi untuk merangsang pembentukan kolagen yang ada di dalam badan.
  • Kolagen sangat penting kerana ia menghalang otot menjadi lembik.
  • Kandungan bioflavonoid membantu memperkuat dinding pembuluh kapiler.
Substained Release Vitamin C 


substained release vitamin c
Vitamin E
  • Berfungsi sebagai antioksida,memerangkap radikal bebas yang terdapat dalam badan.
  • melancarkan peredaran darah.
  • membantu emningkatkan keanjalan salur darah.

Vitamin E Shaklee
Esp (Energizing Soy Protein)

  • protein menggantikan sel-sel yang telah mati dengan sel baru.


Disamping itu,pastikan anda minum air kosong yang banyak untuk memastikan segala toksik dalam badan dibuang melalui sistem kumuh.

Anda nak order dan bayar sendiri? sila klik 



sebarang pertanyaan atau pesanan boleh hubungi saya 
Siti Rosnah Abdullah
>> pm | whatsapp : 013-9156881
>> facebook : https://facebook.com/srosnah
>> page : https//m.facebook.com/ImanInDaHouse

***Cod sekitar Kuala Terengganu,Manir,Kuala Berang & kawasan- kawasan yang sewaktu dengannya.



*This product is not intended to diagnose,treat,cure or prevent any diseases.
**Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos,merawat,mengubati,atau mencegah sebarang penyakit.

Kalsium @ Ostematrix Shaklee

Kalsium merupakan supplement yang sinonim dengan kesihatan tulang.Tetapi tahukah anda ostematrix Shaklee atau lebih dikenali sebagai kalsium Shaklee bukanlah hanya sekadar kalsium.Kalsium sering dikaitkan dengan susu.Bagi yang jenis 'susah' nak  minum susu,disebabkan faktor bau,rasa dan sebagainya,bagaimana nak dapatkan bekalan kalsium secukupnya?Ostematrix adalah jawapannya ^_^.Sebelum kita berbicara lanjut  mengenai ostematrix Shaklee,jom kita terokai dulu fungsi kalsium untuk tubuh badan kita.

Fungsi Kalsium 



  • mencegah osteoporasis (masalah kerapuhan tulang)
  • untuk pembentukan gigi dan tulang kuat
  • untuk gerakbalas saraf,kontraksi otot dan sebagainya
  • menyelesaikan masalah insomnia(susah nak tidur), 


    Jenis Kalsium
    • kalsium karbonat - memerlukan keadaan yang berasid untuk membantu penyerapannya.Digalakkan diambil selepas makan.
    • kalsium nitrat - menyerap dengan baik tidak kira semasa perut kosong atau perut penuh.
    Keistimewaan Ostematrix Shaklee

    ostematrix shaklee
    • tambahan Vitamin D
    - Secara tidak langsung,sebenarnya kalsium memerlukan vitamin D.Vitamin D diperlukan oleh kalsium untuk menyebarkan kebaikan kalsium ke seluruh tulang dan darah.

    • terdapat kombinasi kalsium nitrat dan kalsium karbonat.
    - penting kerana ianya boleh diambil sebelum makan atau selepas makan.



    Ostematrix membekalkan:

    =>1,000 mg (100% DV) unsur kalsium daripada sumber-sumber yang mempunyai tahap kepekatan yang tinggi dan mudah diserap dari alam semula jadi
    =>400 mg (100% DV) magnesium untuk membantu menggabungkan kalsium ke dalam tulang serta menguatkannya
    =>400 IU (100% DV) vitamin D untuk merangsang penyerapan kalsium
    Ostematrix ni merupakan tablet bersalut yang diformulasikan supaya mudah ditelan. Untuk kesan terbaik, anda disarankan untuk ambil 4 biji sehari beserta makanan.

    Kebaikan yang boleh didapati daripada pengambilan Pil Kalsium Ostematrix Shaklee 
    •  Membina tulang dan gigi yang kuat.
    •  Membantu mengekalkan tekanan darah yang normal.
    •  Membantu dalam pengecutan otot dan pelancaran saraf.
    •  Membantu mengurangkan simptom-simptom senggugut (PMS) seperti perut kembung (Bloating), kekejangan (Cramps), retensi air(water retention), mudah meradang(irritability) dan kemurungan(moodiness).
    •  Membantu proses penyimpanan dan pelepasan  sesetengah hormon.
    •  Membantu perkembangan tubuh badan normal.
    •  Merendahkan kandungan fosfat bagi mereka yang mengidap penyakit buah pinggan kronik
    • membantu mengatasi masalah sembelit
    Siapa yang perlukan Ostematrix?

    - Ibu hamil
    - Ibu menyusu....juga turut membantu dalam penghasilan susu
    - Orang yang tak suka / tak minum susu
    - Orang tua
    - Orang yang mementingkan kesihatan tulang mereka.

    Akhir kata,kalsium merupakan vitamin yang sangat penting dalam tubuh badan kita agar tulang dan gigi sentiasa kuat.Ostematrix juga merupakan alternatif lain bagi individu yang tidak gemar minum susu tetapi mahu dapatkan bekalan kalsium yang secukupnya.

    Anda ingin order dan bayar sendiri? sila klik




    sebarang pertanyaan atau pesanan boleh hubungi saya 
    Siti Rosnah Abdullah
    >> pm | whatsapp : 013-9156881
    >> facebook : https://facebook.com/srosnah
    >> page : https//m.facebook.com/ImanInDaHouse

    ***Cod sekitar Kuala Terengganu,Manir,Kuala Berang & kawasan- kawasan yang sewaktu dengannya.

    makanan yang melindungi payudara

    Seperti yang semua ketahui,payudara merupakan aset terpenting bagi insan yang bergelar wanita.Tanpa payudara,seorang wanita itu akan terasa dirinya tidak sempurna.Untuk pengetahuan anda,Oktober adalah Bulan Kanser Payudara.Jadi,disini saya akan kongsikan makanan yang terbaik untuk melindungi aset yang paling berharga bagi setiap wanita.

    bulan kanser payu dara
    Bunga Kubis

    bunga kubis
    Hakikatnya bunga kubis mengandungi sulforaphane yang berfungsi dan berupaya menghentikan pertumbuhan sel kanser dalam kajian makmal.Bunga kubis bertindak dengan cara mengganggu keupayaan sel kanser untuk membiak.

    Bunga kubis juga mengandungi bahan yang dikenali sebagai 13c,yang merendahkan paras estrogen yang berkemungkinan menggalakkan tumor dari berkembang.

    Cara memasak yang dicadangkan adalah sama ada dengan stim atau panggang.JANGAN sesekali merebusnya kerana 75 % bahan penentang kanser akan larut dalam air yang digunakan.

    Ubi Keledek

    ubi keledek
    Tahukah anda sebiji ubi keledek sepanjang 5 inci mengandungi 11,062 mg beta karoten,sejenis bahan karotenoid yang membantu tubuh 'menggunakan' estrogen dengan lebih baik.

    Wanita yang memiliki paras beta karoten dan karotenoid yang rendah berisiko dua kali diserang kanser payudara.Wanita yang tinggi paras beta karoten dan karotenoid dalam darah kurang berisiko 

    Sos Tomato

    sos tomato
    Dalam sos tomato mengandungi likpen iaitu antioksida yang berkuasa dan berupaya menentang kanser payudara.Ia bertindak dengan meneutralkan radikal bebas yang merosakkan sel.

    Disamping itu,likopen juga membantu melindungi kulit dari kanser yang berpunca daripada kesan pendedahan cahaya matahari.

    Likopen mudah diserap ke dalam tubuh badan apabila terdedah kepada haba.Jadi tomato yang dimasak lebih baik berbanding dengan tomato mentah.

    Likopen adalah larut lemak,oleh itu,campurkan minyak zaitun untuk membantu penyerapan.


    Oleh itu,sama-samalah kita sebagai wanita menjaga pemakanan agar aset berharga kita lebih terjaga dan sihat.Mahukah anda menanggung derita,menjalani kimoterapi,melakukan pembedahan untuk membuang aset berharga kita?Mesti la tak nak kan?

    Oleh itu,jagalah diri nada semua  kerana dirimu begitu berharga!
    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...