'sihat dan cantik pilihan saya'

cecair emas membantu anak dari nyawa-nyawa ikan?

Assalamualaikum semua.

Menjadi ibu dan bapa merupakan pengalaman terindah dalam hidup ini.Kasih sayang diberikan sepenuhnya umpama menatang minyak yang penuh.Sepenuh perhatian dan kasih sayang dicurahkan.Walaupun letih bekerja,tetapi bila sampai rumah,keletihan itu terbang begitu sahaja apabila melihat senyuman yang comel dari anak-anak.

Namun,hati mula diragut ketenangan apabila si kecil tadi mula bernafas secara tercungap-cungap.Bawa pergi ke klinik,doktor sahkan anak mengidap asthma atau lelah.Sentap!Ye la,ibu bapa mana yang nak anak mereka sakit dan tak sihat selalu kan?Tragedi anak bernafas tercungap-cungap sering berulang.Boleh dikatakan setiap kali bawak pergi klinik atau hospital mesti kena nebulizer (sedut).Paling menyedihkan,bila letakkan nep kepada anak,anak meronta-ronta menangis.

testimoni omega untuk asthma
Nebulizer

Apa itu Asthma?

Asthma atau perkataan lain yang orang selalu sebut semput atau lelah merupakan penyakit paru-paru yang terjadi akibat radang dan pengucupan saluran pernafasan.

Apabila asthma menyerang,ada beberapa tanda yang boleh dikenalpasti.Antaranya ialah bunyi yang dihasilkan "wiz" yang dihasilkan apabila individu tersebut bernafas.Bunyi ini seolah-olah seperti orang bersiul.Cuma bezanya,orang bersiul menggunakan mulut,tapi pesakit asthma menghasilkan bunyi siulan ini melalui hidung.

Bagaimana Asthma terjadi?

Serangan asthma berlaku apabila terdapat perubahan di dalam saluran pernafasan.Perubahan yang dimaksudkan adalah inflamasi atau lebih dikenali sebagai bengkak yang seterusnya menyebabkan saluran pernafasan menguncup.

salur pernafasan akan bengkak
perbezaan salur pernafasan


Seterusnya,lendir yang pekat akan dihasilkan dan lendir tersebut akan menyebabkan saluran pernafasan tersumbat.

Dan pada waktu ini,individu berkenaan akan mula batuk untuk mengosongkan saluran pernafasan yang tersumbat.Yang bahaya,apabila saluran pernafasan kerap bengkak dan keadaannya teruk,tisu saluran pernafasan akan menebal secara kekal.Ini akan menyebabkan pesakit lebih sukar untuk bernafas.

Otot yang mengelilingi saluran pernafasan mungkin akan menguncup dan menyebabkan salur pernafasan menjadi sempit.Pada waktu ini,pesakit akan berasa ketat dibahagian dada.

Bagaimana Omega Guard Shaklee mampu mengurangkan asthma?

Untuk pengetahuan anda,berdasarkan kajian yang dilakukan menunjukkan bahawa pesakit asthma mempunyai kandungan Omega 3 yang rendah.

Omega Guard atau lebih dikenali sebagai Omega 3 mengandungi DHA dan EPA.

Omega 3 ini bantu bertindak seperti steroid dan tetapi yang Omega tidak akan memberikan kesan steroid kepada anda.

Selain itu,Omega Guard Shaklee mempunyai perbezaan jika nak dibandingkan dengan minyak ikan lain yang berada di pasaran.

Perbezaan Omega Guard Shaklee

  • Ultra tulen bergred farmasi berteknologi tinggi.
  • Melalui 3 peringkat proses penyulingan
  • lengkap dengan 7 jenis asid omega 3 semulajadi termasuk DHA,EPA & ALA.
  • diekstrak dari ikan laut dalam.
  • Bau dan rasa ikan yang minima.
Anda juga mungkin meminati :


Berita baik untuk anda semua!

Beli 2 botol Omega Guard (set combo) anda akan mendapat diskaun sehingga 5 % dan percuma keahlian Shaklee yang bernilai RM 75.
Hubungi saya Siti Rosnah Binti Abdullah untuk dapatkan set combo beserta diskaun 5 % dan keahlian percuma Shaklee.



Klik button di bawah jika anda ingin beli dan bayar sendiri untuk 1 botol SAHAJA.


sebarang pertanyaan atau pesanan boleh hubungi saya 


>> pm | whatsapp : 013-9156881

>> facebook : https://facebook.com/srosnah

>> page : https//m.facebook.com/ImanInDaHouse

***Cod sekitar Kuala Terengganu,Manir,Kuala Berang & kawasan- kawasan yang sewaktu dengannya.


*This product is not intended to diagnose,treat,cure or prevent any diseases.

**Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos,merawat,mengubati,atau mencegah sebarang penyakit.


cabaran menyusukan anak

Tak dinafikan zaman sekarang,kalau tahu yang kita masih menyusukan anak,pelbagai persoalan akan dilontarkan.Kadang-kadang boleh sebabkkn hati jadi walang dan was-was nak teruskan penyusuan.

Dalam ISLAM,kaum ibu digalak menyusukan anak sehingga anak tersebut berusia 2 tahun.

Dan adakah anda tahu,sebemarnya otak bayi berkembang dengan pesat semasa dua tahun pertamanya dan ini adalah waktu yang penting dalam perkembangan dirinya.

Dan kajian turut membuktikan bahawa lebih lama dan lebih kerap bayi disusukan,anak akan menjadi lebih bijak.Hal ini kerana terdapat 'lemak genius' di dalam susu ibu yang dinamakan sebagai asid lemak omega 3 atau lebih dikenali sebagai DHA.

DHA merupakan makanan untuk otak.Apabila otak mendapat makanan yang secukupnya,sel-sel dalam otak akan berhubung dan berkembang dengan pesatnya.Ini membolehkan bayi cepat fokus dan belajar dengan lebih cepat.

Tapi apabila ditanya soalan-soalan yang tak masuk akal,elakkan diri anda daripada menjadi marah.Jawaplah dengn penuh berhemah :)

Antara soalan yang sering ditanya ialah :

  • HAH!  Masih menyusu lagi ker?

Jawap jer : Alhamdulillah,anak saya masih nakkan susu badan.Banyak kebaikan susu badan nie,antaranya ialah memberikan perlindungan imunisasi dan zat yang optimum kepada bayi.Selain itu,ia turut membantu saya mencegah dari barah payudara dan kanser serviks.


  • Anak tak gigit ker?Diakan dah ada banyak gigi!
Jawap jer : sepanjang proses penyusuan,gigi anak tidak akan terkena pada payu dara.Malah,penyusuan susu ibu dapat membantu bayi mendapatkan gigi yang cantik.

  • Bila nak berhenti menyusu?
Cakaplah doktor sendiri yang beritahu banyak zat terdapat dalam susu ibu.Dan beritahu bahawa anda mahukan yang terbaik untuk anda.Siapa nakkan anak mereka sakit selalu?

Sesungguhnya kesakitan anak-anak merupakan kesengsaraan bagi ibu bapa.Dan saya rasa semua ibu bapa mahukan yang terbaik untuk anak-anak mereka kan?

Cuma kita hendaklah menggunakan kata-kata yang berhikmah.Semoga orang yang bertanya itu akan lebih memahami betapa pentingnya kebaikan susu ibu.

set denggi Shaklee

Fenomena demam denggi merupakan perkara biasa pada zaman milenium ini.Jika keadaan cuaca sekejap panas,sekejap hujan,selepas beberapa minggu pasti akan kedengaran demam denggi atau wabak denggi melanda.

Taman tempat tinggal saya turut tidak ketinggalan dilanda wabak denggi.Boleh dikatakan setiap minggu akan ada aktiviti gotong royong dan penyemburan (fogging) untuk tangani wabak denggi ini.Tapikan,apa yang saya perasan la,contohnya hari ini sembur,esok lusa mesti nyamuk balik.Kenapa eh?

set denggi shaklee
nyamuk aedes

Apa itu demam denggi?

Demam Denggi merupakan sejenis penyakit yang disebabkan oleh jangkitan virus Denggi (genus Flavivirus) yang disebar oleh nyamuk Aedes betina. Cara penyebarannya ialah melalui gigitan nyamuk aedes orang yang berpenyakit virus denggi kepada orang yang sihat. Terdapat dua jenis denggi yang paling berat iaitu Demam Hemoragik Denggi (DHF) dan Sindrom Kejutan Denggi (DSS).
Virus Denggi akan terpendam di dalam badan pesakit selama 3 - 14 hari (purata 4 hingga 6 hari) sebelum menunjukkan tanda-tanda. Pesakit mungkin akan mengalami demam mengejut diikuti dengan berbagai-bagai tanda dan gejala tidak khusus.

Tanda Dan Gejala 


Kategori Demam Denggi
  • demam denggi klasik
  • demam denggi berdarah
Pencegahan 
  • menghapuskan vektor atau tempat pembiakan nyamuk
  • menggunakan ubat jentik-jentik
  • menggunakan kelambu ketika tidur
  • penyemburan (fogging) oleh Jabatan Kesihatan 

Set Denggi Shaklee

Selain kerap makan sup ketam dan rawatan hospital,terdapat juga supplement Shaklee untuk mengurangkan wabak demam denggi ini.

Antaranya ialah :

set denggi Shaklee
perfomance drink Shaklee
  • mengekalkan bendalir dalam badan supaya tidak terhidrat.
  • mengekekalkan suhu badan normal
  • membekalkan tenaga
Nutriferon Shaklee

set denggi Shaklee
Nutriferon Shaklee
  • mengukuhkan sistem imun
  • meringankan tekanan dan kelesuan.
  • mengurangkan infeksi (memerangi virus)
Subtained Release Vitamin C (500 mg)
  • anti bakteria
  • menggalakkan peredaran darah
  • menentang radikal bebas dalam badan.
  • anti-radang
  • melindungi dan mengekalkan struktur kapilari darah.
Hakikatnya demam denggi boleh dicegah.Luangkanlah masa anda untuk melakukan aktiviti bergotong-royong untuk menghapuskan tempat pembiakan nyamuk aedes.Luangkan masa anda seminggu sekali :)

Mencegah lebih baik dari merawat.

Anda ingin order dan bayar sendiri?Sila klik button di bawah



sebarang pertanyaan atau pesanan boleh hubungi saya 

>> pm | whatsapp : 013-9156881
>> facebook : https://facebook.com/srosnah
>> page : https//m.facebook.com/ImanInDaHouse

***Cod sekitar Kuala Terengganu,Manir,Kuala Berang & kawasan- kawasan yang sewaktu dengannya.


*This product is not intended to diagnose,treat,cure or prevent any diseases.

**Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos,merawat,mengubati,atau mencegah sebarang penyakit.


resepi bubur ayam limau madu

Assalamualaikum semua..

Pantai timur sekarang nie dah masuk musim hujan.Boleh dikatakan hari-hujan.Sekejap cuaca panas,sekejap sejuk.Memang akan beri kesan contohnya demam.

Perasan tak,bila demam kebanyakan selera kita akan turun.Nak makan makanan pun rasa pahit jer.

Makan makanan yang bernutrisi waktu demam akan membantu meningkatkan daya tahan tubuh dan in shaa ALLAH demam akan beransur kebah.

Ok,hari ini saya nak kongsikan resepi pembuka selera untuk orang demam.Sedikit tips untuk anda,jangan lupa masukkan bawang merah dan putih dalam masakan.Ini adalah kerana bawang bersifat anti virus.

Bubur ayam limau madu

Bahan-bahan yang diperlukan ialah:

  • 400 gm dada ayam (nak guna peha pun tak pe)
  • 4 ulas bawang putih
  • beras segenggam
  • 2 inci halia (dipotong halus)
  • Sedikit kismis.
  • 1 sudu besar madu
  • 50 ml jus lemon
  • 1.5 liter air 
  • garam secukup rasa.
Cara penyediaan

  • Rebus air bersama halia, bawang putih dan beras.
  • Biarkan mendidih
  • Bila dah mendidih,perlahankan api.
  • Masukkan ayam dan kismis.
  • Reneh selama 20 - 25 minit.
  • Perasakan dengan garam dan lada sulah @ lada hitam.
  • Tambahkan madu dan jus lemon.
Untuk hiasan,anda boleh parutkan kulit lemon tu dan taburkan di atas bubur.

Tara...inilah hasilnya.



Selamat mencuba semua :)

Hebat sangat ker Omega Guard Shaklee?

Assalamualaikum semua.Oleh kerana November 2014 adalah promosi omega guard Shaklee,maka dengan ini saya akan terangkan serba sedikit mengenai Omega guard Shaklee.

Apa itu Omega Guard Shaklee?

Omega guard Shaklee adalah minyak ikan.Dah nama pun minyak ikan,semestinya ia berasal daripada ikan :)

kehebatan omega guard shaklee
Omega guard


Perbezaan Omega Guard Shaklee

  • Ultra tulen bergred farmasi berteknologi tinggi.
  • Melalui 3 peringkat proses penyulingan
  • lengkap dengan 7 jenis asid omega 3 semulajadi termasuk DHA,EPA & ALA.
  • diekstrak dari ikan laut dalam.
  • Bau dan rasa ikan yang minima.
Kenapa mesti lalui 3 peringkat proses penyulingan?

Ini adalah untuk mendapatkan minyak ikan yang betul-betul tulen.

Kenapa mesti tulen?

Untuk pengetahuan anda,sebenarnya pihak Shaklee hanya menggunakan ekstrak ikan laut dalam untuk buat minyak ikan ini.

Biasanya,ikan laut dalam akan hidup dan berkumpul di sekitar kawasan kapal karam.Bagkai kapal karam merupakan syurga makanan kepada hidupan laut.Dengan secara tak sengaja mungkin ikan ikan tersebut akan termakan plumbum,merkuri,kadmium dan sebagainya.

Proses penyulingan adalah untuk menyingkirkan bahan-bahan berbahaya tu la.

Cuba kita bayangkan,kita kononnya nak sihat,makan la minyak ikan.Tapi bukan semakin sihat tetapi dari sihat boleh jadi sakit.Sebab apa?sebab termakan minyak ikan yang bukan betul-betul tulen.

Sebelum membeli kebanyakan minyak ikan,anda seharusnya perhatikan dulu kandungannya :)

Golongan yang sesuai untuk ambik Omega Guard Shaklee.

Kanak-kanak
  • Ada kandungan DHA untuk otak bijak
  • item wajib untuk kanak-kanak
  • DHA merupakan makanan untuk otak.
  • Kanak-kanak yang tidak cukup DHA akan muram atau stress
Individu yang nak kurus @ diet
  • Bagi rasa tak lapar
  • kerana omega akan tinggikan hormon leptin.
  • Bila leptin tinggi,keinginan untuk makan akan jadi kurang (perut rasa penuh)
  • berfungsi sebagai pembakar lemak.
  • Mampu mengawal kolestrol
  • menyediakan kolestrol baik untuk jantung.
Anda haruslah membezakan rasa lapar dan dahaga.Banyakkan minum air kosong.


Ibu hamil
  • Boleh ambil bermula dari trimester pertama
  • baik otak perkembangan otak janin.
Tetapi,jikalau ibu pernah ada sejarah tumpah darah,bila usia kandungan memasuki usia 7 bulan @ trimester 3 anda hendaklah kurangkan dos pengambilan.

Ibu menyusu

Masalah jantung
  • Disebabkan kolestrol tinggi dalam badan
  • omega akan meningkatkan kolestrol baik dalam darah.
Darah tinggi
  • Bila kolestrol menyebabkan salur darah tersumbat,bacaan darah tinggi akan naik.
  • Darah akan menjadi pekat.
Perasan tak,bila orang yang kolestrol tinggi,doktor akan beri ubat cair darah?Omega Guard juga berfungsi sebagai pencair darah.Sekiranya anda mengambil ubat cair darah,dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu sebelum menggunakan omega guard.

Individu yang nak subur (lelaki)

Ini adalah disebabkan omega 3 berfungsi untuk menghasilkan protagladin (kandungan dalam sperma).

Asthma

Mengurangkan keradangan ketika serangan asthma.

Ekzema 

Ini adalah kerana omega 3 juga bertindak mencairkan darah.Apabila darah cair,saluran tidak tersumbat,perjalanan darah ke seluruh anggota badan akan berjalan dengan lancar di samping mengurangkan keradangan kulit.

Anda juga mungkin meminati :


Anda ingin order dan bayar sendiri?



sebarang pertanyaan atau pesanan boleh hubungi saya 


>> pm | whatsapp : 013-9156881
>> facebook : https://facebook.com/srosnah
>> page : https//m.facebook.com/ImanInDaHouse

***Cod sekitar Kuala Terengganu,Manir,Kuala Berang & kawasan- kawasan yang sewaktu dengannya.


*This product is not intended to diagnose,treat,cure or prevent any diseases.

**Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos,merawat,mengubati,atau mencegah sebarang penyakit.


makanan untuk mencerahkan kulit dari dalaman

Berkulit putih melepak,gebu,cerah tanpa cela merupakan idaman setiap wanita.Walau bagaimanapun,dengan aktiviti seharian seperti terpaksa bekerja di bawah pancaran matahari akan membuatkan kulit menjadi gelap dan kusam.

Tanpa anda semua sedari,selain daripada menggunakan sunblock,terdapat beberapa makanan yang mampu mencerahkan kulit kita dari dalaman.

Antaranya ialah :

Teh hijau




Ha,jangan ingat teh hijau hanya untuk penurunan berat badan saja ok.Kalau anda minum teh hijau setiap hari,ia akan memberikan anda kulit yang cantik.Ini adalah kerana kandungannya yang kaya dengan anti oksida dan pelbagai jenis vitamin pasti membuatkan wajah anda kelihatan lebih muda!

Lobak



Selain mempunyai kandunganvitamin A dan antioksidan yang tinggi,lobak juga mampu melindungi kulit anda daripada sinaran cahaya matahari.Lobak juga sangat membantu anda untuk mendapatkan kulit yang cerah dan menghalang kedutan pramatang,jerawat dan mengatasi kulit kering.

Kiwi




Buah kiwi ternyata mempunyai banyak manfaatnya terhadap kulit.Pengambilan buah kiwi secara konsisten dapat mencerahkan kulit secara semulajadi.Ini adalah kerana buah kiwi kaya dengan Vitamin C.Vitamin C berfungsi untuk merangsang kolagen dan menentang radikal bebas dalam badan.Anda juga boleh menjadikannya sebagai masker dan sapu pada bahagian kulit yang gelap dan berparut.

Betik



Betik walaupun buah-buahan tempatan tetapi buah betik sebenarnya kaya dengan Vitamin A,C & E.Vitamin-vitamin ini berfungsi sebagai antioksida untuk mengatasi noda hitam dan jerawat di wajah anda.Betik juga mengandungi enzim yang bermanfaat untuk menghilangkan kulit mati dengan segera.

Tauhu dan tempe



Ha,jangan terkejut taw.Ini merupakan berita gembira untuk penggemar tempe dan tauhu.Tanpa anda sedari,sebenarnya tauhu dan tempe dapat membuatkan kulit anda menjadi lebih lembut,bersinar dan cerah.Kedua-dua makanan ini juga mampu menyembuhkan kulit kusam.

Amalkan pemakan secara sihat,pilih makanan yang berkhasiat dan segar untuk santapan anda semua.

Sekian dulu untuk entry kali ini.Jumpa lagi :)

prosante Shaklee atasi masalah rambut anda!

Assalamualaikum semua..

Sudah menjadi adat bagi setiap manusia apabila umur kian meningkat,rambut pun makin gugur dan nipis.Masalah kerosakan rambut juga tidak dapat dielakkan.Ini adalah berpunca daripada aktiviti seharian kita seperti kerap bertukar warna rambut,kerap tukar produk penjagaan rambut,selalu menggunakan pengering rambut,kurang nutrisi,stress dan sebagainya.

50 % lelaki akan mengalami masalah berkaitan rambut nipis dan rambut gugur.Manakala,40 % wanita akan mengalami masalah berkaitan rambut apabila umur mereka melepasi 30 an.

Keistimewaan Prosante

  • Tiada natrium lauryl sulfat (SLS) atau natrium Laureth Sulfat (SLES).
  • selamat untuk semua jenis rambut
  • keseimbangam Ph
  • tiada Propilen Glikol
  • tiada Quaternium 15
  • tiada warna dan bahan pewarna
  • diuji oleh ahli dermatologi
  • diuji secara klinikal
  • tidak diuji ke atas haiwan.
  • Tidak menyebabkan folikel rambut tersumbat.
prosante shaklee untuk rambut anda
Prosante Shaklee


Nourishing Scalp Treatment (gambar kiri)
  • Gabungan 10 vitamin,mineral dan herba untuk menyuburkan kulit kepala dan rambut
  • memberi tenaga kepada folikel rambut - merangsang peredaran darah dan mengekalkan tenaga untuk bebuli rambut.
  • Panthenol menguatkan rambut dan merangsang kelembutan rambut.
  • Minyak daun pokok teh menyokong kebolehan semulajadi kulit kepala untuk elakkan folikel rambut dari tersumbat.
  • Formula tanpa bilasan -boleh digunakan setiap hari
  • diserap dengan segera
  • tidak berminyak
  • baunya yang segar (tiada haruman tambahan)
  • Selamat untuk semua jenis rambut.
  • Terbukti mengurangkan rambut gugur.
Revitaling Shampoo (membersihkan dan memulihkan kulit kepala)
  • Diformulasikan dengan humectant  dan protein berasas sayuran - untuk kutikel ramvut yang licin.
  • Membantu mengurangkan kusut
  • mengekalkan imbangan kelembapan dan kilauan rambut.
  • Menanggalkan minyak berlebihan & kotoran rambut
  • tidak mengeringkan rambut
  • mengekalkan flex dan daya tahan rambut.
  • Membuatkan kulit kepala terasa selesa dan bertenaga.
Purifying Shampoo (pembersihan secara mendalam dan melindungi kelembapan asli)
  • membebaskan rambut dari kotoran lama.
  • Mengembalikan sinaran dan menyerlahkan tekstur asli.
  • Menyokong imbangan mikroflora kulit kepala.
  • Melindungi kelembapan dan imbangan lipid.
  • Mengurangkan rambut berminyak dan berkelumumur.
Lightweight Conditioner (memulihkan tekstur dan kekuatan rambut)
  • Membantu memberi volume struktur permukaan rambut.
  • Menyubur dan melindungi rambut.
  • Melembutkan rambut.
  • Membantu menebalkan rambut halus
  • meningkatkan kekuatan dan kilat rambut.
Replenishing Conditioner (melembapkan rambut)
  • Penawar bagi rambut kering dan rapuh.
  • Menambah kelembapan dan melicinkam permukaan rambut.
  • Membantu mengembalikan kenormalan dan kelembapan kulit kepala dan rambut.
  • Membantu membina semula kerosakan pada rambut.

Testimoni prosante Shaklee


testimoni prosante shaklee
testimoni prosante 1

Anda ingin order dan bayar sendiri?


sebarang pertanyaan atau pesanan boleh hubungi saya 


>> pm | whatsapp : 013-9156881
>> facebook : https://facebook.com/srosnah
>> page : https//m.facebook.com/ImanInDaHouse

***Cod sekitar Kuala Terengganu,Manir,Kuala Berang & kawasan- kawasan yang sewaktu dengannya.


*This product is not intended to diagnose,treat,cure or prevent any diseases.

**Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos,merawat,mengubati,atau mencegah sebarang penyakit.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...