'sihat dan cantik pilihan saya'

resepi popia maggi


Assalamualaikum.

Selamat pagi semua..Apa khabar anda semua hari ini?

Kembali bersiaran selepas cuti semester ^_^.Hari ini dah masuk semester kedua iaitu cabaran 30 hari.Alhamdulillah cabaran 40 hari (semester pertama) berjaya ditempuhi dengan jayanya walaupun pelbagai dugaan dan rintangan yang datang.Bila diingatkan balik,pelbagai peristiwa terjadi sepanjang dalam tempoh 40 hari tu.Suami kemalangan,anak demam,wifi rosak,anak tutup wifi,update blog sambil bf anak sehingga anak tertidur,anak berebut nak telefon,anak nak laptop nak tengok kartun.Macam-macam la.

Tetapi,sebenarnya itulah yang mengajar kami semua agar tabah dan lebih alert dengan masa.Anak tidur jer sekejap,terus mengadap laptop.Tapi ini bukanlah bermakna kerja rumah tak jalan,Kerja rumah masih berjalan,aktiviti memasak tetap diteruskan seperti biasa,anak diuruskan seperti biasa.Tapi entry blog diupdate setiap hari.

Oleh kerana kelmarin adalah hari cuti dari membuat entry,jadi,masa terluang untuk membuat kuih ada la.Oleh kerana semua bahan-bahan dah tersedia dalam peti sejuk,maka,terciptalah resepi popia maggi goreng.Memang saya tak letak ubi,sebab saya bukanlah penggemar ubi :) baik sengkuang mahupun keledek.hehehe

Bahan-bahan yang diperlukan ialah :

  • kulit popia
  • isi ayam |dicincang @ dipotong kecil-kecil.
  • sosej | dipotong mengikut kreativiti anda
  • mee segera 3 bungkus
  • 1 batang carrot | dipotong kecil memanjang
  • 1 tin sardin | dihancurkan isi sardin.
  • lada sulah
  • lada hitam
  • garam.
  • bawang merah dan bawang putih | dikisar
  • sedikit minyak
popia maggi

Cara menyediakan :
  • rebus maggi terlebih dahulu kemudia toskan.
  • masukkan sedikit minyak ke dalam kuali,masukkan bawang merah dan bawang putih yang telah dikisar.
  • Apabila bawang yang telah ditumis tadi dah naik bau,masukkan isi ayam dan sosej.
  • biarkan seketika agar setengah masak.
  • kemudian masukkan carrot.
  • masukkan sardin yang telah dihancurkan isinya.
  • Kemudian,masukkan maggi yang telah ditoskan.Gaulkan hingga sebati.
  • Perasakan dengan lada sulah.lada hitam dan sedikit garam.
  • Kemudian,bolehlah mulakan sesi menggulung popia mengikut kreativit anda masing-masing.
  • Anda boleh gulungkannya secara 3 segi ataupun memanjang.

Tips ringkas

  • untuk mengelakkan kulit popia kering semasa proses menggulung,lapiklah kulit popia tersebut dengan kain bersih berbentuk segi 4 yang telah dilembabkan.
  • Bukan lapik jer taw,lepas ambik sekeping kulit popia tu,tutuplah kulit popia tersebut.
  • Kalau nak bagi melekat dan terletak elok hujung kulit popia tu,basahkan dengan sedikit air.Anda boleh gunakan air masak ataupun air yang telah ditapis.
  • Jika anda nak gunakan putih telur sebagai gam pun boleh.
  • Bila dah siapkan untuk 1 bekas,segera tutup dan simpan dalam peti.Ini adalah untuk mengelakkan kulit popia tersebut kering dan dihinggap lalat.
Bila dah siap,anda boleh pelbagaikan cara memasak popia maggi ini.Nak masak secara goreng pun boleh,nak masukkan dalam microwave pun boleh.

Kalau nak sedap,anda boleh makan bersama sos atau mayonis.

resepi popia maggi ummi hariz
Taraaaa,inilah hasilnya popia maggi saya.


Selamat mencuba semua ^_^.Anda boleh juga masukkan sayur kegemaran anda selain dari carrot.









supplement bajet untuk kulit berjerawat

Assalamualaikum semua.

Kehidupan sebagai seorang pelajar memang menuntut pengorbanan dari segi masa,wang,waktu rehat dan sebagainya.Kadang kala dalam kesibukan mengejar impian dan cita-cita untuk berjaya di menara gading,kesihatan kulit sedikit terabai.Kadang-kadang lepas habis kelas malam,balik menelaah pelajaran sedikit,mata mengantuk dah.Terus tidur tanpa membersih muka ataupun memberus gigi.



Keesokannya muka mula la ditumbuhi jerawat.Mula-mula jerawat timbul sebiji,lama-kelamaan jerawat memenuhi sebahagian daripada muka.Wuarghhhhhhhhh,stress beb.Nak-nak pulak kan minggu depan ada pembentangan berkumpulan.Keyakinan diri tu sah-sahlah terbang entah ke mana.


Disamping mengamalkan mencuci muka,pakaikan toner dan pelembab semua tu,anda juga boleh makan supplement.Antara supplement yang boleh para pelajar dan individu yang modalnya tak berapa banyak,anda boleh menggunakan zinc complex.


Bagaimana Zinc Complex berfungsi kepada :

Jerawat :

-mineral zinc ini mampu menghilangkan jerawat dari kulit dengan bertindak mengawalb selia jumlah testosteron dalam badan yang memainkan peranan dominan yang menyebabkan masalah jerawat.
-berhubung rapat dengan sintesis kolagen yang akan membantu untuk normalkan kembali jumlah minyak dalam kulit dan mengekalkan kulit yang sihat.

Mengurangkan masalah jerawat dan kulit berminyak.

-mengawal atur kalenjar sebum untuk mengatasi kulit berminyak dan mengurangkan jerawat pada wajah.

Mempercepatkan proses penyembuhan luka

- Dalam badan manusia,terdapat beberapa enzim yang bergantung kepada zinc untuk menggalakkan sintesis kolagen dan membantu dalam penyembuhan luka,

Point ringkas mengenai Zinc Complex :

  • membentuk kolagen.
  • memperbaiki diabetes
  • memperbaiki radang kulit.
  • mengaktifkan 200 jenis enzim.
  • mempercepatkan proses pemulihan luka.
  • memperbaiki masalah prostat.
  • mengekalkan deria bau.
  • Ovulasi wanita.
  • Memperbaiki kemampuan seks lelaki.
Siapa yang memerlukan Zinc Complex?
  • wanita hamil,
  • wanita menyusu
  • individu yang mengalami luka baik lelaki mahupun wanita.
  • individu vegetarian.

Berapa harga Zinc Complex ini?

RM 33.75 untuk 120 biji.


Anda ingin order dan bayar sendiri untuk zinc complex?sila klik 'order now'.

sebarang pertanyaan atau pesanan boleh hubungi saya 

>> pm | whatsapp : 013-9156881
>> facebook : https://facebook.com/srosnah
>> page : https//m.facebook.com/ImanInDaHouse

***Cod sekitar Kuala Terengganu,Manir,Kuala Berang & kawasan- kawasan yang sewaktu dengannya.


*This product is not intended to diagnose,treat,cure or prevent any diseases.
**Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos,merawat,mengubati,atau mencegah sebarang penyakit.

inginkan gigi yang putih dan cantik berseri?

Setiap orang inginkan gigi yang cantik dan putih berseri kan?Baru la keyakinan untuk berhadapan dengan orang itu tinggi sikit ^_^.Kebanyakan individu akan buat apa sahaja untuk mendapatkan gigi yang cantik dan putih   berseri.Kos tinggi pun tak pelah,janji gigi putih berseri dan cantik.

Jangan terkejut ok bila ada rakan taulan yang sanggup melabur kos yang tinggi untuk kikis gigi,pakai mendakap gigi,beli itu,beli ini dan sebagainya untuk dapatkan gigi yang cantik.Siapa nakkan gigi yang kuning,berkarat dan bertaik?Kalau boleh semua orang tak nak bukan? ^_^



Kalau zaman saya sekolah menengah dulu,gigi emas sangat popular.Biasa la remaja tengah membesar.Pelbagai gelaran nak beri pada kawan-kawan.Kalau sekeliling rumah si A dipenuhi dengan pokok petai,dipanggilnya si A dengan gelaran petai.Kalau bapa si B buat kebun kailan,dipanggilnya si B kailan.Kadang-kadang bila ingatkan balik memang akan senyum sorang-sorang.Sampaikan gelaran gigi emas pun ada ok.

Suatu hari,ada seorang cikgu lelaki,rasanya beliau sentiasa dengar kot budak-budak kelas kitaorang suka panggil dengan nama gelaran.Akhirnya beliau buat kertas peperiksaan dengan menggunakan semua nama gelaran itu.Bila tiba saat untuk menjawap peperiksaan,semua murid buka kertas soalan.Dewan peperiksaan gamat dan riuh dengan gelak ketawa kami semua.Itulah antara kenangan manis sewaktu bersekolah di daerah Sik,Kedah.

Baiklah,berbalik pada tajuk entry hari ini,sebenarnya tak susah pun nak putihkan gigi.Disamping menggunakan ubat gigi dan berus gigi yang sesuai,anda juga boleh gunakan bahan dari dapur rumah anda.Ha,biar betul?yer,hanya gunakan garam sahaja.Tapi garam halus la,jangan gunakan garam kasar pulak ^_^.


Bagaimana nak buat?

  • lembabkan dulu berus gigi anda.
  • ambil sesudu kecil garam halus dan letakkan di atas berus gigi anda.
  • kemudian,gosokkanlah ke semua gigi anda.
Amalkan 2 atau 3 kali seminggu.Seeloknya gunakan berus gigi yang rapat.Selain garam,anda juga boleh gunakan baking powder sebagai pengganti garam.

Hasilnya?gigi anda akan lebih bersih,putih dan menawan.


Cantik bukan?kalau senyum depan orang ramai,pasti mereka semua akan tertawan ^_^

Selamat mencuba semua.

anda pasti tertawan dengan koleksi pakaian online ini


Assalamualaikum semua..

Dunia yang serba moden ini,kalau boleh semuanya nak beli secara online jer.Bukan setakat anda semua,saya pun termasuk dalam kategori membeli hanya dari rumah tu..ekekeke..asalkan ada internet di rumah,ada laptop atau handphone,ada kredit kad atau debit kad,semuanya lancarr,,^_^

Tetiba kan malam nie saya nak kongsikan satu kedai atau laman yang menjual pakaian.Memang akan rambang mata kalau tengok semua koleksi-koleksi yang mereka pamerkan.Sebenarnya saya boleh kenal dengan kedai ini semasa sedang belek-belek majalah fesyen hijab.Kat muka surat yang belakang-belakang tu akan ada la cadangan untuk kita semua membeli belah secara online.

Kedai ini terletak dan beroperasi di Kota Bharu,Kelantan

Nama kedainya ialah Jubah Impian Collection.Tapi pelbagai jenis pakaian dijual.Antaranya ialah skirt,jubah moden,jubah muslimah,dress,blaus dan lain-lain lagi.Kain sulam pun ada uolsss...Memang akan rambang mata kalau tengok.Dan yang paling membuatkan anda rambang mata ialah harganya yang berpatutan disamping design pakaiannya yang cantik-cantik belaka.



Apa yang membuatkan anda tertawan dan rambang mata ialah setiap helaian pakaiannya berpaksikan citarasa yang elegan dan trendy.

Sesuai la kan sebab hujung-hujung tahun begini,anda dijemput untuk menghadiri pelbagai majlis,Majlis makan  malam bersama syarikat,hari keluarga,kenduri kahwin si tipah,kenduri cukur kepala anak si limah,kenduri kesyukuran dapat madu dan banyak lagi la.

Jadi kepada anda semua yang ingin mencuba aura dan design baju yang lain dari yang lain,bolehlah lawati Jubah Impian Collection.

Dan jika anda ingin mencari kelainan dalam aksesori untuk melengkapkan penampilan anda agar lebih angun,cantik.menarik dan tertarik,anda boleh shopping di pinkybears.Harganya sungguh murah lagi menjimatkan.

Semoga info yang tak seberapa ini dapat membantu anda semua..^_^

resepi sihat untuk ibu hamil yang picky eater

Assalamualaikum semua..

Seperti yang kita semua sedia ketahui,apabila seseorang wanita hamil,semuanya akan berubah 90 darjah.Bermula dari perubahan bentuk badan,perubahan saiz perut hinggalah ke perubahan selera makan.

Namun,selera makan ibu hamil perlulah dititikberatkan.Ini adalah kerana ianya penting untuk penghasilan tenaga,zat dan juga perkembangan bayi di dalam kandungan.Bayangkan si ibu tiada tenaga,badan pun lesu jer,tak makan tapi muntah selalu.Bagaimana bayi yang ada dalam kandungan nak dapatkan sumber zat dan lain-lain keperluan untuk proses tumbesarannya?

Hari ini,saya nak kongsikan resepi esp (energizing soy protein) bersama buah kegemaran anda semua.Atau lebih popular sekarang nie orang panggil smoothies.Wah,sedapnya.Namun,smoothies bukan sebarang smoothies.Smoothies yang tinggi protein tapi GI (glimeks index) yang rendah disamping sumber vitamin yang terdapat didalam buah-buahan kegemaran anda.

smoothies buah dan esp shaklee
buah-buahan segar

Smoothies buah bersama Esp 

Bahan-bahan yang diperlukan ialah :
  • buah-buahan kegemaran anda | dipotong dalam saiz yang sesuai.
  • sedikit air 
  • 3 sudu besar esp
  •  sudu kecil madu.


esp shaklee
Esp shaklee yang marvelous.

Cara untuk membuatnya :


  • masukkan buah yang telah dipotong ke dalam pengisar.
  • masukkan sedikit air.
  • masukkan esp.
  • masukkan madu.
  • kisar hingga semua bahan-bahan sebati.

smoothies bersama esp shaklee
smoothies sedap
Taraaa,,,dah siap pun smoothies anda.Anda juga boleh hiaskan dengan apa yang anda suka,Seperti daun pudina ker,baki buah-buahan yang telah dipotong dan sebagainya.Bila hias cantik-cantik,in shaa ALLAH selera anda untuk merasai smoothies tu akan hadir..yummy.

Tips sampingan

Dan jika anda mahu mencipta sedikit kelainan,anda bolehlah gunakan buah naga yang isinya berwarna merah atau putih.Nak senang untuk dapatkan isi buah naga tersebut,anda boleh belah 2 buah naga tu kemudian korek dengan sudu dan kemudian masukkan dalam pengisar.Senang jer kan?




Anda ingin order dan bayar sendiri untuk esp?sila klik 'order now'.

sebarang pertanyaan atau pesanan boleh hubungi saya 

>> pm | whatsapp : 013-9156881
>> facebook : https://facebook.com/srosnah
>> page : https//m.facebook.com/ImanInDaHouse

***Cod sekitar Kuala Terengganu,Manir,Kuala Berang & kawasan- kawasan yang sewaktu dengannya.


*This product is not intended to diagnose,treat,cure or prevent any diseases.

**Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos,merawat,mengubati,atau mencegah sebarang penyakit.

resepi ayam marmite

Assalamualaikum semua...

Hanya ayam jer yang ada dalam peti rumah anda?Nak keluar cari bahan-bahan mentah yang lain,hujan.Segannya nak keluar.Tapi jemu dah la makan sup ayam,gulai ayam,nasi ayam,ayam panggang dan segala resepi yang lain?

Apa kata anda cuba resepi baru pulak.Ciptakan sedikit kelainan untuk hidangan ayam anda ^_^

Jom cuba ayam mermte pulak.

Bahan-bahan yang diperlukan ialah :

  • 1/2 ekor ayam | potong kecil.
  • sedikit lada sulah.
  • 5 sudu besar kicap pekat.
  • 5 sudu besar tepung jagung.
  • brokoli | dicelur.
  • cili benggala merah | dipotong serong.
  • 3cm halia.
Bahan untuk sos.
  • 5 ulas bawang putih | dicincang halus.
  •  1 sudu besar marmite.
  • 4 sudu besar sos tiram.
  • 2 sudu kicap manis.
  • air 
  • minyak masak
  • garam secukup rasa.

Cara penyediaannya :

  1. Gaulkan ayam bersama garam,lada sudah dan kicap pekat.
  2. Bila sudah siap,celupkan ayam ke dalam tepung jagung dan goreng ayam tersebut separuh masak.
  3. ketepikan,
  4. Tumis bawang putih hingga naik bau.
  5. Masukkan sos,kicap dan air.Biarkan mendidih.
  6. Masukkan ayam.
  7. Setelah ayam masak,masukkan brokoli,cili benggala merah dan halia.
  8. perasakan dengan garam hingga cukup rasa.
  9. Siap untuk dihidang.
sumber gambar : nasi lemak lovers

Tips masakan.

Sedikit tips untuk anda,selepas brokoli dicelur dalam air panas mendidih,angkat dan siramkan brokoli tersebut dengan air sejuk @ air dalam peti.Ini adalah untuk mengelakkan brokoli terus berada dalam suhu yang tinggi dan terlalu masak.

Selamat mencuba semua ^_^

kenapa bila nak kurus perlukan leptin?

Kurus,tampil menawan dan berat badan ideal merupakan impian setiap wanita!Tapi saya rasa ada jugak wanita yang suka badannya besar atau gemuk.Ini adalah kerana mereka berpendapat,tak pe la kalau saya gemuk pun.Suami tak cakap apa pun!Orang lain jer memandai komplen.Ha,jangan terkejut taw.Pernah saya iklan tentang 'set slimming',dan mendapat negatif feedback.Antara respond yang saya dapat ialah:'saya tak kisah berbadan gempal,biarlah orang lain nak cakap saya gemuk ker,saya cubby ker apa,janji suami saya tak cakap apa'.Mula-mula agak terkejut dapat respon begini.Yer la,tiba-tiba jer dapat respond macam tu.Terfikir la balik,aku nie tulis ayat promo pun,orang boleh terasa hati jugak ker?bukannya mention nama sesiapa pun.Pilihan terakhir,abaikan jelah!hehehehe..tak usahlah semakkan fikiran dok pikir hal lain.^_^



Baiklah,hari ini saya nak berkongsi sedikit maklumat dengan anda semua.Seperti yang kita semua tahu,apabila dah pasang niat,mestilah ada jalan dan caranya untuk realisasikan niat tersebut.Betul tak?Contohnya lah,bulan ini saya berazam nak kurangkan berat badan selama 5 kg.Jadi apa yang saya wajib buat?jeng..jeng...jeng...

hormon yang memainkan peranan paling penting ketika kita nak kurus ialah hormon leptin.Dan jangan risau,hormon leptin ini terdapat dalam badan semua orang.Tak payah bersusah payah dah nak cucuk hormon leptin ini.

Apa itu hormon Leptin?

Hormon Leptin yang terdapat dalam tubuh manusia berfungsi menghasilkan sel lemak dan paling penting ianya berperanan memberi amaran kepada individu sama ada tahap pengambilan makanan yang diambil sudah mencukupi atau berlebihan.



Anda perlu peka dengan apa yang anda rasa.Contohnya anda sudah makan sepinggan nasi berlaukkan masak lemak tempoyak ikan patin,ayam goreng berempah,sayur kankung celur,dan telur mata kerbau.Selepas setengah jam,anda rasa lapar lagi.Paling penting di sini,apabila otak dah bagi signal,eh,kau dah makan banyak la tadi,Tapi nafsu pulak cakap,ala,hidup di dunia nia hanya sekali.Nanti dah mati,dah masuk kubur,tak boleh makan dah.

Yang mana satu anda nak?ikut signal yang telah dihantar oleh hormon leptin ke otak atau ikutkan nafsu makan?

Apa akan terjadi bila hormon leptin tinggi atau rendah?

hormon leptin rendah --> individu tersebut akan cepat terasa lapar.

hormon leptin tinggi --> mengambil masa untuk terasa lapar kembali.

Orang obesiti tiada hormon leptin ker?


setiap indivu mempunyai hormon leptin.Individu obesiti juga tidak terkecuali.Cuma hormon leptin mereka ini umpama 'terkunci atau ditindas' oleh lapisan lemak-lemak tebal.Inilah yang menyebabkan hormon leptin tidak dapat berkesan dengan baik.

Tips merangsang hormon leptin dalam badan.

  • Lakukan senaman terutamanya senaman bebanan. - senaman bebanan ini memang pakar dalam membakar lemak dan kalori disamping menguatkan otot-otot badan.Semakin banyak otot yang dibina,kadar mataboslisme badan juga makin meningkat.Secara automatik,hormon leptin dalam badan akan turut meningkat dan berfungsi dengan baik.
  • tambahkan sayur dan buah-buahan dalam menu anda.
  • kurangkan atau tinggalkan terus makanan segera dan makanan yang telah diproses.
  • tambahkan sumber omega-3 dalam hidup anda
Saya tak makan la ikan,sayur berdaun hijau dan adik beradik kacang-kacang semua tu!Jadi,

Bagaimana saya nak dapatkan sumber omega-3?

Berita baik untuk anda semua,kini Omega Guard Shaklee  juga  turut mengandungi Omega-3 untuk keperluan tubuh badan anda.

omega guard shaklee
omega guard Shaklee
Disamping itu,omega guard ini turut mengandungi DHA (360mg)  dan EPA (540mg)

Siapa yang sesuai ambil Omega Guard Shaklee?
  • kanak-kanak berumur 1 tahun dan ke atas.
  • individu yang nak diet.
  • ibu hamil.
  • ibu menyusu
  • individu yang ingin jaga kesihatan jantung.
Keistimewaan Omega Guard Shaklee
  • Ultra tulen bergred farmasi berteknologi tinggi.
  • Melalui 3 peringkat proses penyulingan
  • lengkap dengan 7 jenis asid omega 3 semulajadi termasuk DHA,EPA & ALA.
  • diekstrak dari ikan laut dalam.
  • Bau dan rasa ikan yang minima.

Anda ingin order dan bayar sendiri?

sebarang pertanyaan atau pesanan boleh hubungi saya 

>> pm | whatsapp : 013-9156881
>> facebook : https://facebook.com/srosnah
>> page : https//m.facebook.com/ImanInDaHouse

***Cod sekitar Kuala Terengganu,Manir,Kuala Berang & kawasan- kawasan yang sewaktu dengannya.


*This product is not intended to diagnose,treat,cure or prevent any diseases.

**Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos,merawat,mengubati,atau mencegah sebarang penyakit.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...