'sihat dan cantik pilihan saya'

Sedapnya Cheese Cake Leleh

Assalamualaikum semua.

Alhamdulillah masih lagi diberi peluang untuk bernafas di dunia yang sementara ini.Akhirnya berjaya jugak mencuri masa untuk  update entry terbaru dalam keadaan yang agak sibuk.Hujung-hujung tahun gini,banyak perkara perlu difikirkan,dibereskan dan perlu dilayan.^_^.Iman pun dua tiga hari ini asyik memerap jer,mungkin nak berubah bulan agaknya kot.Sabar je la selagi mampu :)

Baiklah,hari  ini saya nak kongsikan sedikit tentang resepi cheese kek leleh.Kali pertama cuba ketika adik ipar yang belikan.Lepas cuba terus jatuh cinta gitu ^_^.Ha,hebat tak hebat penangan cheese kek leleh ni.Beli 2 bekas (dalam bekas plastik tu) sekali hadap jer licin.Hahaha,terus suami cakap,'kata nak diet,tapi bila mengadap cheese kek leleh terus lupa dunia '.Sabar je la.Entah kenapa tetiba jer teringin dan jatuh cinta dengan cheese kek leleh.Semalam pergi cari kat sabasun dah out of stock :(

Hari ini terus google,in shaa ALLAH ada masa terluang akan cuba buat sendiri jugak.Jom godek-godek dulu resepinya .

Resepi Cheese Kek Leleh

Bahan untuk kek

  • 100 g tepung hongkong (nak guna tepung gandum pun xde masalah)*
  • 60 g tepung jagung*
  • 1 sudu kecil baking powder*
  • 1 sudu besar ovalette
  • 100 gm gula kastor
  • 4 biji telur
  • 2 biji kuning telur
  • 500 ml air sejuk (dari peti sejuk)
  • 75 g mentega cair
Cara Membuat
  • ayakkan dulu bahan yang bertanda *
  • pukul telur terlebih dahulu
  • masukkan bahan yang telah diayak sedikit demi sedikit.
  • bila bahan yang dipukul telah gebu,masukkan mentega yang telah dicairkan.
  • Bakar dalam oven pada suhu 150'c selama 45 minit.(api atas bawah)
Untuk Cream
  • 250 g cream cheese
  • 120 g susu pekat manis
  • 50 ml UHT wiping cream.
*campurkan kesemua bahan di atas sehingga sebati.

Untuk hiasan
  • 1 buku (250 g) cheddar cheese,diparut.

Cara penyediaan Cheese Kek Leleh

  • Kek disejukkan terlebih dahulu,kemudian dibelah 2 menjadi 2 keping.
  • Tuangkan cream cheese pada lapisan pertama.
  • Lapikkan lagi kek yang telah dibelah tadi.
  • Tuangkan cream cheese dan parutkan cheddar cheese diatas kek tadi.
resepi cheese kek leleh
pic from rahelblog.

Selamat mencuba semua ^_^

Nie kalau dapat suami yang  jenis tak makan kek,memang puas hati kalau boleh sorang-sorang :) Barulah dinamakan makan sehingga rasa nak termuntah.Tapi bagi penggemar kek dan cheese,in shaa ALLAH tak akan rasa nak termuntah kalau ikut sukatan betul-betul.

Eh,lupa pulak.Untuk orang-orang sekitar Kangar,Perlis yang nak membuat tempahan kek untuk kek harijadi ker,kek majlis kahwin ker,majlis tunang ker,anda bolehlah berhubung denganEima Belleza atau lawati masmudabakery untuk melihat dan intai apa yang dibuat.

Saya pernah sekali order Pavlova.Tergugat iman tengok  menarik sangat design  dia.Nasib baik la dok jauh,kalau duduk Perlis lagi,silap buat setiap minggu order ^_^

diabetes boleh menyebabkan klimaks tanpa air mani?fakta atau auta?

Assalamualaikum dan selamat  berhujung minggu semua.

Dewasa ini,diabetes merupakan perkara biasa yang sering didengar.Kalau pergi kemana-mana,contohnya balik kampung ke,jumpa kawan-kawan ker,pasti perkataan diabetes atau kencing manis akan disebut.Mak ayah diabetes la,isteri kena diabetes sewaktu hamil la,suami kena diabetes la,semuanya berkaitan dengan diabetes.

Kaum adam juga tidak akan terlepas daripada menghidapi diabetes ini.Selalunya orang akan cakap,keturunan saya memang ada diabetes,jadi tidak mustahil lah saya atau isteri saya pun ada diabetes.Bunyi macam nak salahkan keturunan jer dik? Janganlah begitu.Sebenarnya selain faktor keturunan,diri sendiri juga merupakan faktor terbesar penyumbang kepada diabetes.

Apa itu diabetes?

Diabetes atau lebih dikenali sebagai kencing manis adalah suatu keadaan di mana gangguan metabolik yang ditandai dengan kandungan gula dalam darah (hiperglikemia).

Diabetes menyebabkan tubuh kekurangan insulin atau jumlah insulin dalam badan cukup tetapi tidak mampu bekerja dengan baik.

Insulin berfungsi menurunkan kadar gula dalam darah.

Gambaran mudah mengenai perjalanan makanan dicerna menjadi tenaga.
Apabila kita makan,makanan akan dicerna menjadi glukos (gula) yang akan diangkut menuju ke sel dan akan diolah menjadi tenaga.Untuk memastikan gula diangkut menuju ke sel,gula memerlukan bantuan insulin.

set diabetes shaklee
mengenai glukos


Anda mungkin menghadapi penyakit diabetes sekiranya anda (boleh rujuk jadual di bawah)

set diabetes shaklee
diabetes
Apabila anda menghadapi penyakit diabetes,anda juga akan terdedah dan berisiko kepada penyakit lain seperti :

  • penyakit jantung
  • penyakit buah pinggang
  • hilang fungsi saraf
  • luka lambat sembuh
Disamping itu,jika anda ialah seorang lelaki dan suami,anda juga berisiko untuk mengalami klimaks tanpa mengeluarkan air mani.Terkejut bukan?

Memang ada kes sebegini pernah terjadi tetapi sangatlah jarang didengar.Masakan suami dan isteri akan mendedahkan rahsia di dalam bilik tidur kepada orang lain yer tak?Risau apabila didedahkan,kemungkinan orang ketiga mengambil kesempatan tersangatlah tinggi.Jadi pasangan terbabit hanya pendam dan kalau nak berbincang pun,bincang sesama sendiri jer.

Mungkin ini akan menyebabkan masalah kepada anda dan pasangan sekiranya anda dalam proses untuk mendapatkan zuriat.

set diabetes shaklee
hubungan antara suami isteri kian dingin

Kenapa Klimaks tanpa air mani?

Masalah ini dikenali sebagai 'retrograde ejaculation' atau ejakulasi ke belakang iaitu ejakulasi ke dalam pundi kencing.

Situasi ini sering terjadi kepada kepada lelaki yang mengidap diabetes kerana kerosakan saraf yang terbabit dalam sistem kawalan ejakulasi.

Mereka terasa untuk membuang air kecil selepas melakukan hubungan seks dan ketika itu,air mani turut keluar sekali.Masalah ini terjadi apabila pintu yang membuka ruang salur kencing dari kawasan pundi prostat tidak terbuka ketika  ejakulasi,air mani terus masuk ke dalam pundi kencing.

Air mani yang termasuk ke dalam pundi kencing  akan terdedah kepada air kencing yang berasid dan berkuman.Ini akan menyebabkan sperma itu lemah dan mati.

Bagaimana caranya jika anda dan pasangan ini mendapatkan zuriat?

Anda boleh mencuba kaedah penapisan sperma aktif melalui air kencing.Sperma tersebut akan dibersihkan dan dimasukkan ke dalam rahim isteri ketika isteri subur.Kaedah ini hanya boleh dilakukan di klinik yang menyediakan kemudahan khidmat seperti itu.

Set cadangan supplement Shaklee untuk pesakit diabetes


set diabetes shaklee
cadangan supplement
Gla Complex

  • membantu menghalang komplikasi diabetes.
  • memberi kesan positif kepada diabetic neuropaty.
Zinc Complex
  • membantu penghasilan insulin.
  • membantu dalam pemulihan luka.
B-Complex
  • membantu menukarkan gula kepada tenaga.
  • membantu mengurangkan keletihan.
Jika anda terasa agak segan nak makan berjenis pil supplement sekaligus,anda boleh mencuba Vivix Shaklee.Cuma perlu tuangkan dalam sudu dan terus minum.Mudah bukan? ^_^

set diabetes shaklee
vivix Shaklee
  • membantu mengurangkan inflamasi.
  • membaiki sel sehingga ke peringkat sellular (DNA).
  • membantu meningkatkan penghasilan tenaga.
Testimoni 

set diabetes shaklee
testimoni 
set diabetes shaklee
testimoni 2
set diabetes shaklee
testimoni 3

Anda ingin order dan bayar sendiri untuk set diabetes ini?sila klik 'order now'.

sebarang pertanyaan atau pesanan boleh hubungi saya 

>> pm | whatsapp : 013-9156881
>> facebook : https://facebook.com/srosnah
>> page : https//m.facebook.com/ImanInDaHouse

***Cod sekitar Kuala Terengganu,Manir,Kuala Berang & kawasan- kawasan yang sewaktu dengannya.


*This product is not intended to diagnose,treat,cure or prevent any diseases.
**Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos,merawat,mengubati,atau mencegah sebarang penyakit.

bagaimana nak meningkatkan pengeluaran susu ibu supaya bayi tidur lena dan kurang meragam?

Ada kalanya para ibu akan mengalami situasi pengeluaran susu ibu menurun akibat masalah tertentu contohnya stress,terpaksa berjauhan dengan bayi selama beberapa hari,mengurangkan aktiviti mengepam susu atas alasan sibuk dan sebagainya.

Tidak dinafikan ramai ibu-ibu di luar sana yang mengetahui kepentingan dan kelebihan susu ibu.Cuma terasa agak down bila susu badan makin hari makin sedikit.Anak pulak asyik menangis.Ditambah pulak dengan tuntutan tanggungjawab terhadap menguruskan rumah tangga,menguruskan anak-anak sememangnya boleh mendatangkan kesan terhadap emosi si ibu.

tingkatkan pengeluaran susu ibu dengan power pumping
susu ibu terbaik


Jangan risau ibu-ibu semua,ada caranya bagaimana untuk anda mengaplikasikan untuk banyakkan kembali pengeluaran susu ibu.Salah satu caranya ialah teknik 'power pumping'.

Kaedah ini merupakan teknik mengepam yang sangat berkesan untuk membantu anda meningkatkan kembali pengeluaran susu ibu.Caranya sungguh mudah dan senang.Anda cuma memerlukan pam dan masa selama satu jam sahaja untuk menjayakan misi penting ini.

tingkatkan pengeluaran susu ibu dengan power pumping
pam susu 


Jangan risau atau takut sakit dan seumpamanya ok.Sebenarnya teknik ini hanya melibatkan rutin mengepam seperti biasa yang anda lakukan.Cuma teknik 'power pumping' ini dijalankan dalam cara yang lebih unik berbanding sesi mengepam anda yang  biasa,

Anda perlu berusaha dan bersabar dalam melakukan kaedah 'power pumping' ini.Korbankan masa anda sekurang-kurangnya sejam setiap hari,tetapi jika anda boleh meluangkan lebih masa lagi,tidak salah sekiranya anda membuat kaedah 'power pumping' ini lebih dari sekali dalam masa 24 jam.

Waktu yang paling sesuai untuk melakukan teknik 'power pumping' ialah di tengah malam.Ini adalah kerana pada waktu tengah malam,pengeluaran hormon prolaktin adalah sangat tinggi.

Walaubagaimana pun,terpulanglah kepada anda nak lakukan kaedah ini diwaktu siang mahupun waktu malam.Terpulang kepada keselesaan anda.Yang penting,anda perlu dalam keadaan yang tenang dan selesa ketika melakukan teknik 'power pumping' ini.

Teknik power pumping

Pam Tunggal

  • Pam payudara kanan terlebih dahulu selama sepuluh minit.
  • Kemudian beralih ke payudara kiri pula selama 10 minit.
  • Tukar semula ke payudara kanan seterusnya ke payudara kiri.
  • Lakukan secara berterusan selama 1 jam.
Pam Berganda
  • pam kedua-dua payudara selama 10 minit.
  • kemudian berehat selama 10 minit.
  • sambung kembali mengepam selama 10 minit.
  • ulang langkah yang sama sehingga cukup 1 jam.

Tips Banyakkan susu ibu

  • pam atau susukan bayi setiap 2 hingga 3 jam ataupun mengikut kemahuan bayi anda.
  • usah tunggu payudara penuh baru nak pam.
  • Tendem pumping (sebelah menyusu,sebelah lagi mengepam)
  • kerapkan menyusu bayi pada waktu malam.
  • minum air kosong yang cukup (sekurang-kurangnya 3 liter sehari).
Tips tambahan
  • pastikan anda tenang dan selesa apabila melakukan teknik 'power pumping'.
  • lakukan teknik 'power pumping' di tempat yang tidak mengganggu anda.
  • dapatkan bantuan ahli keluarga yang terdekat untuk menjaga bayi anda sewaktu anda melakukan 'power pumping'.
Tidak dinafikan,ramai yang tidak sanggup untuk meneruskan kaedah ini.Mereka lebih sanggup memberi anak mereka susu formula kerana bagi mereka teknik 'power pumping' ini sesuatu yang melecehkan kan menuntut masa yang agak lama.

Jangan berfikir begitu wahai  ibu-ibu sekalian,percayalah setiap usaha yang disulami dengan kesabaran dan usaha yang berterusan pasti akan berhasil.


kekurangan selenium boleh menyebabkan kesuburan lelaki terjejas?

Assalamualaikum semua.

Kesuburan sesungguhnya merupakan sesuatu yang amat berharga dan merupakan isu sensitif dikalangan masyarakat kita hari ini.Apabila sudah lama mendirikan rumah tangga,pasti pasangan tersebut akan dihujani oleh soalan 'bila nak dapat anak?tak lekat lagi ker?tak nak anak lagi ker?'.

Seeloknya,tidak usahlah bertanyakan soalan yang sensitif sebegitu.Kita tidak faham apa yang mereka alami.Mungkin pasangan terbabit telah berusaha sehabis mungkin,tetapi bukan rezeki lagi.Rezeki,ajal maut,jodoh,pertemuan,perpisahan semuanya adalah ketentuan ALLAH.Kita sebagai manusia biasa hanya mampu berusaha,berdoa dan bertawakal.

set kesuburan shaklee


Tapi,berdasarkan kajian yang telah dibuat dan dari sumber-sumber yang dipercayai,kekurangan selenium boleh menjejaskan kesuburan lelaki.Kesuburan lelaki sangat penting untuk proses mendapatkan zuriat.Perasan tak,selalunya selepas setahun usia perkahwinan pasangan terbabit,mereka disarankan untuk menjalani pemeriksaan kesihatan dan kesuburan.Ini adalah tidak lain tidak bukan untuk mengenalpasti masalah yang mereka hadapi.

Apa itu Selenium?




Selenium adalah unsur surih yang hadir secara semula jadi dalam kebanyakan makanan, dan boleh didapati sebagai diet tambahan.

Selenium merupakan mineral semula jadi yang, apabila digabungkan dengan protein dalam badan, menjadi antioksidan yang kuat. Ia membantu menguatkan badan dalam pelbagai cara. Yang paling penting adalah bagaimana ia memberi kesan kepada sistem imun. Dengan membina sistem imun ia membolehkan tubuh untuk melawan pelbagai penyakit, seperti kanser. Selenium didapati dalam pelbagai sumber makanan dan makanan tambahan.

Selenium, yang berkhasiat dan penting untuk manusia, merupakan satu daripada komponen lebih daripada dua dozen selenoproteins yang memainkan peranan penting dalam pembiakan sperma, metabolisme hormon tiroid, sintesis DNA, dan perlindungan daripada kerosakan oksidatif dan jangkitan

Selenium wujud dalam dua bentuk: bukan organik (selenate dan selenite) dan organik (selenomethionine dan selenocysteine) .Kedua-dua bentuk boleh menjadi sumber pemakanan yang baik selenium.

Cadangan Pengambilan Selenium mengikut peringkat umur.


Table 1: Recommended Dietary Allowances (RDAs) for Selenium [6]
AgeMaleFemalePregnancyLactation
Birth to 6 months15 mcg*15 mcg*
7–12 months20 mcg*20 mcg*
1–3 years20 mcg20 mcg
4–8 years30 mcg30 mcg
9–13 years40 mcg40 mcg
14–18 years55 mcg55 mcg60 mcg70 mcg
19–50 years55 mcg55 mcg60 mcg70 mcg
51+ years55 mcg55 mcg

Sumber Selenium

Makanan laut dan daging dan organ adalah sumber makanan yang kaya dengan selenium. Sumber-sumber lain termasuk daging , bijirin , biji-bijian , dan produk tenusu.

set kesuburan shaklee

Bagaimana selenium memberikan kesan kepada tubuh?

  • Selenium adalah antioksidan yang membantu badan untuk melawan kesan radikal bebas.
  • menguatkan sistem imun dan membolehkan badan berfungsi dengan baik. 
  • Ini adalah faktor utama yang menjadikan selenium seperti satu alat yang penting dalam melindungi dan menyokong badan kita.

Apa kaitannya selenium dengan kesuburan lelaki?

Selenium lelaki akan hilang dan keluar melalui air mani.Jadi,dengan memakan makanan atau makanan tambahan yang mengandungi selenium,jumlah selenium dalam tubuh seorang lelaki akan sentiasa berada di paras normal.



Disamping itu,selenium juga berfungsi untuk menyuburkan organ reproduktif.Apabila organ reproduktif subur,sperma yang sihat akan turut terhasil.In shaa ALLAH.

Selenium turut terdapat dalam Vitamin E Complex Shaklee.

set kesuburan shaklee


Selain untuk kesuburan lelaki,Vitamin E juga berperanan untuk :
  •  menghaluskan kulit,
  • anti penuaan
  • mencegah pembentukan darah beku
  • melancarkan peredaran pembuluh darah
  • menggalakkan pembentukan sel-sel baru (RNA & DNA).

Kelebihan Vitamin E Complex Shaklee

Mengandungi sumber semulajadi Vitamin E dan selenium untuk melengkapkan lagi fungsi dan aktiviti Vitamin E dalam badan anda semua.

Turut mengandungi ekstrak biji anggur untuk kecantikan semulajadi dalaman dan luaran.Boleh membantu dalam :

  • mengecilkan liang pori.
  • memudarkan parut jerawat dan jeragat.
  • menghilangkan garis-garis halus (tanda penuaan).
  • turut dikenali sebagai vitamin cinta.
Kenapa Vitamin E Complex turut dikenali sebagai Vitamin Cinta?Ini adalah kerana daripada testimoni-testimoni yang telah konsisten makan Vitamin E Shaklee,mereka  mengakui bahawa libido (tenaga seksual) mereka lebih mudah terangsang.Umpama pengantin baru gitu ^_^.

Libido akan datang dan pergi.Ini adalah bergantung kepada hormon kita semua.Sekiranya hormon tersebut meningkat,libido juga akan turut meningkat.

Jemput singgah sini :



Anda ingin order Vitamin E dengan harga promosi?Sila hubungi saya di talian 013-9156881.

Anda ingin order dan bayar sendiri untuk Vitamin E Complex?sila klik 'order now'.


sebarang pertanyaan atau pesanan boleh hubungi saya 

>> pm | whatsapp : 013-9156881
>> facebook : https://facebook.com/srosnah
>> page : https//m.facebook.com/ImanInDaHouse

***Cod sekitar Kuala Terengganu,Manir,Kuala Berang & kawasan- kawasan yang sewaktu dengannya.


*This product is not intended to diagnose,treat,cure or prevent any diseases.

**Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos,merawat,mengubati,atau mencegah sebarang penyakit.

kawasan muka bebas daripada white dan blackhead?apa rahsianya?

Assalamualaikum dan selamat petang semua.

Masalah whitehead dan blackhead sering menghantui semua orang bukan?Sampaikan ada orang yang terasa kasar dan menggerutu jer bila pegang permukaan hidung tu.Mungkin orang lain tidak perasan sangat yang kulit kita kasar,tapi stressnya bila whitehead dan blackhead orang boleh nampak.

Nak-nak pulak kan contohnya encik tunang muncul mengejut dipagi hari sewaktu hujung minggu.Nak bagi kejutan kat kita la kononnya.Akhirnya encik tunang yang terima kejutan.Sebelum-sebelum ini kalau jumpa alhamdulillah sempat lagi tempek bb cream tak pun bedak sikit.Ini pakai main muncul mengejut pukul 7 pagi depan pintu rumah,lepas subuh tu.Lebih malang lagi apabila anda tak sempat mandi.Oopsss..^_^.

Kadang-kala kita terlalu sibuk dengan kehidupan seharian.Contohnya pagi tadi dah tengok cermin,baru perasan la hidung ada whitehead.Tak pe la,balik kerja nanti la saya picit.Bila sampai dirumah selepas habis kerja,sibuk buat aktivti lain pulak.Memang terpula terus pada whitehead dan black head.Baiklah,hari ini saya nak kongsikan sedikit tips dengan anda semua yang menghadapi masalah whitehead dan blackhead ni.

tips menghilangkan whitehead dan blackhead


Tips Pertama menghilangkan whitehead & blackhead.

Bahan yang diperluka ialah :

  • putih telur
  • kapas muka

tips membebaskan wajah dari whitehead dan blackhead
putih telur

kapas muka
Cara-caranya :

  • sebelum tampalkan masker putih telur,wapkan dulu muka anda dengan air suam atau air panas.
  • nipiskan kapas muka
  • celupkan kapas ke dalam bekas putih telur dan tampalkan kapas tersebut di kawasan muka anda yang terdapat blackhead dan whitehead.
  • kalau nak tampalkan ke seluruh muka pun boleh.
  • tunggu sehingga putih telur kering,bersihkan muka anda dengan air sejuk.
tips menghilangkan whitehead dan blackhead
terima kasih encik google

Walaupun berbau agak hanyir,tetapi cara ini berkesan untuk menanggalkan segala whitehead dan blackhead pada wajah anda.

Tips Kedua untuk menghilangkan whitehead dan blackhead

Menggunakan Uncang Teh

tips menghilangkan whitehead dan blackhead
uncang teh

Jangan tak tahu,uncang teh juga ada kegunannya.Jika anda membancuh teh o,sebelum masukkan gula,keluarkan dulu uncang teh tersebut.Bila uncang teh tersebut sudah sejuk,sapulah ke kawasan yang terdapat whitehead dan blackhead di muka anda.

Selepas itu,bilas dan bersihkan muka anda.

Menggunakan Masker Putih Telur yang terdapat dipasaran


Ini senang sikit berbanding dengan tips di atas.Sapukan masker di keseluruhan muka,bila  masker sudah kering,boleh tarik jer buang masker ini.Bau hanyir pun kurang ^_^

Oklah,selamat mencuba semua.Semoga whitehead dan blackhead anda semua boleh disingkirkan dengan mudahnya.Jangan lupa,amalkan juga mencuci muka sekurang-kurangnya 2 kali sehari dan makan supplement kecantikan secara konsisten.^_^

hello,sebenarnya saya isteri dia.

Macam tajuk novel la pulak entry saya kali ini ^_^.

Tapi bukan saya nak ulas sinopsis cerita drama bersiri yang bertajuk 'sebenarnya saya isteri dia' ok.

Kisah ini terjadi dikalangan dalam masyarakat kita sendiri jugak.Isteri mana yang tak suami bukan?isteri mana yang tidak terluka apabila orang lain cakap 'la,ingatkan kakak kau,rupanya bini kau'.

Mungkin kedengaran agak makan dalam tetapi itulah yang sering terjadi di kalangan masyarakat kita hari ini.

Isteri kelihatan lebih tua daripada suami!Kalau jalan berdua pasti ada mata si gadis yang akan memandang si suami walaupun hanya sekilas lalu.Nak-nak pulak kalau suami tu hensem,berkulit putih,pakai smart sikit.Confirm akan ada mata yang memandang suami awak tu.

set kecantikan shaklee
tua sebelum tiba masanya

Sebagai isteri,bukan setakat kecantikan dalaman kena jaga ok.Kecantikan luaran dan penampilan juga harus dijaga.Walaupun anda bertudung labuh,berpurdah dan sebagainya tak salah jika anda menjaga kecantikan luaran anda.
Kembar mak lampir adik ipar nenek kebayan.

Memang kecantikan hanyalah untuk tatapan suami tersayang,tapi bila awak sendiri pakai selekeh,muka sentiasa berminyak,garis-garis halus pun dah mula muncul,ditambah pulak dengan rambut yang berserabai umpama sarang tebuan,suami tengok pun putus angin!

Lepas tu bila suami cakap,mula la jadikan teguran suami tu sebagai bahan untuk bergaduh.

set kecantikan shaklee
sudah-sudahlah bergaduh


Mula la nak cakap yang suami dah tak sayang,cinta makin pudar,suami dah jumpa pucuk muda,kita ini gading tua la.Sampaikan feeling tahap gaban.Caller ringtone telefon bimbit pun letak lagu kecewa tahap dewa.kikiki.

Berubahlah wahai para isteri semua.Berhiaslah diri anda walaupun anda hanya seorang suri rumah tangga sepenuh masa.Kenapa bila kita nak keluar ke pasar raya,pakai cantik-cantik?sedangkan duduk dirumah hanya berkain batik lusuh dan t-shirt lusuh?

Petua untuk kelihatan lebih muda

  • Mandi sebelum subuh.
  • Banyakkan minum air kosong.
  • Kalau hari cuti,eloklah basuh muka dengan wudhuk terlebih dahulu,sesudah solat subuh barulah cuci muka menggunakan pencuci muka.
  • Amalkan zikir dan selawat.
  • Selalu senyum.
  • Lakukan skrub muka sekurang-kurangnya seminggu sekali 
  • makan makanan,sayur dan buah-buahan yang kaya dengan vitamin c dan vitamin e.
  • Amalkan memakan supplement.

Cadangan untuk menjadi isteri rupawan bak puteri lindungan bulan!


set kecantikan shaklee
set skincare nutriwhite
set kecantikan shaklee

vitamin C & E Shaklee

Testimoni Produk Skincare dan Vitamin A & E Shaklee


testimoni cleanser Nutriwhite


testimoni set skincare


testimoni set skincare nutriwhite 2

testimoni vitamin e


Promosi Disember 2014

promosi beli 6 percuma 1


promosi beli 2 botol akan dapat diskaun 5 %



sebarang pertanyaan atau pesanan boleh hubungi saya 

>> pm | whatsapp : 013-9156881
>> facebook : https://facebook.com/srosnah
>> page : https//m.facebook.com/ImanInDaHouse

***Cod sekitar Kuala Terengganu,Manir,Kuala Berang & kawasan- kawasan yang sewaktu dengannya.


*This product is not intended to diagnose,treat,cure or prevent any diseases.
**Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos,merawat,mengubati,atau mencegah sebarang penyakit.

Ada apa dengan kisah disebalik bulan Disember?

Assalamualaikum semua.

Alhamdulillah Disember muncul lagi.November telahpun melabuhkan tirainya.Dalam tak sedar,kita dah sampai ke bulan penghujung tahun.Ini bermakna,bulan depan sudah masuk tahun baru.Adakah  semua impian anda untuk tahun 2014 sudah tercapai dan direalisasikan dengan jayanya?Atau sekadar tercapai 79 % sahaja?Masih ada peluang lagi untuk anda mencapai semua tu.Sebab hari ini baru 1 Disember 2014.Masih berbaki 30 hari lagi.Buat sehabis baik ok semua.

Pesanan untuk diri sendiri jugak sebenarnya nie ^_^

disember datang lagi
Desember muncul lagi


Rasanya semua orang ada perancangan untuk bulan Disember ini.Ada yang akan melangsungkan perkahwinan dengan orang tersayang,akan menyambut kelahiran cahaya mata sulung,akan melancong ke luar negara dan sebagainya.

Banyaknya tarikh untuk diingati

Sebenarnya,bulan Disember juga memberikan makna yang tersendiri bagi saya.Bermula dengan tarikh ulangtahun perkahwinan saya bersama suami tercinta,disusuli pulak ulangtahun kelahiran anak saya yang ke 2 tahun,ulangtahun kelahiran adik ipar yang paling bongsu dan diakhiri dengan ulangtahun perkahwinan ibu dan bapa mertua saya.

Wah,bersusun pulak tarik tu ^_^.Semuanya dengan ketentuan dan keizinan-NYA jua.Kalau nak mudah,sambut dalam 1 majlis jer..hehehe.

Dalam sedar tak sedar,usia perkahwinan saya dan suami Mohd Norimam Bin Jaafar telah pun menghampiri 4 tahun.Rasa sekejap jer.Macam baru semalam nikah ^_^.Tiba-tiba dah ada anak yang aktif,lasak dan manja.Begitu cepat masa berlalu.

Dan awal-awal pagi lagi,saya sudah terima berita gembira sebenarnya.Pelanggan yang membeli  set gain weight shaklee  (untuk tambah berat badan) telah whatsapp kepada saya.Bertanyakan bulan ini promosi apa dan bersembang panjang  la jugak.Oleh kerana saya ternampak beliau ada post gambar terbaru di facebook,saya pun cakap la,wah,makin sihat nor (bukan nama sebenar).Pipi dan makin naik.Terus beliau cakap,"ha'ah lah.badan makin naik sekarang ini.Sampaikan suami pun dok panggil saya 'tembam'.hahaha".Syukur Alhamdulillah.

Beliau mula ambil set gain weight shaklee ini selepas beberapa bulan berkahwin.Bila suami tegur badan isteri terlalu kurus,sampaikan aset pun tiada,terus beliau mesej saya.Ye lah,siapa yang sanggup terima kritikan sedemikian rupa kan?Kalau saya pun saya tak sanggup ;)

Dan alhamdulillah selepas konsisten makan mealshake dan Vitamin B-Complex beliau berjaya menaikkan berat badannya.Pipi dan nampak agak  berisi.Alhamdulillah,saya pun tumpang gembira apabila pelanggan gembira.

Dan yang paling mengejutkan adalah Promosi Gegar Disember.Memang promosi gempak punya sempena hujung tahun ini.

Promosi Disember 2014


substained release vitamin C
Vitamin C
Vitamin E Complex Shaklee
Vitamin E Complex
Gempakkan promosi Bulan Disember ini?Pihak  pengurusan macam tahu-tahu jer yang Vitamin Kecantikan ini begitu laris bila musim cuti sekolah menjelma.Buat bakal-bakal pengantin di luar,jom la grab ^_^.

Huubungi saya untuk dapatkan harga promosi.


sebarang pertanyaan atau pesanan boleh hubungi saya 

>> pm | whatsapp : 013-9156881
>> facebook : https://facebook.com/srosnah
>> page : https//m.facebook.com/ImanInDaHouse

***Cod sekitar Kuala Terengganu,Manir,Kuala Berang & kawasan- kawasan yang sewaktu dengannya.


*This product is not intended to diagnose,treat,cure or prevent any diseases.
**Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos,merawat,mengubati,atau mencegah sebarang penyakit.




Anda mungkin ingin melawat :


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...