'sihat dan cantik pilihan saya'

Kula Cakes memikat hati penduduk Kuantan

Assalamualaikum semua.

Kembali bersua lagi ^_^.Hari ini saya nak share tentang kedai kek yang paling terkenal di Kuantan.

Tetiba teringin sangat-sangat nak makan cheese kek.Dalam fikiran baru terbayang,urmmmm sedapnya cheese kek.Terasa umpama kek cheese sedang dikunyah.Yummy!

Nak pergi cari sendiri tanpa suami disisi,memang tak lah.Alhamdulillah ALLAH hadirkan pembantu kepada saya untuk memudahkan misi mencari cheese kek.

Aktiviti dihujung minggu

Selepas kepuasan berjalan dan berlari kejar iman di Teluk Chempedak,misi.mencari kek bermula!

Oleh kerana masa pun sudah suntuk,mahgrib menjelma,kedai kek pun tak jumpa,hasrat untuk mencari cheese kek terpaksa dibatalkan.

Tup-tup bapa mertua ajak selepas maghrib.Kalut cari lokasi kedai kek di Google.Akhirnya terjumpalah 1 blog yang menceritakan tentang kedai kek paling popular di Kuantan.

Whatsapp taukey kedai mintak beliau kirimkan lokasi kedai ^_^.

Akhirnya misi bermula!

Sebenarnya memang perasan 1 kedai kek dalam kawasan bandar Kuantan ini.Sebabnya bila kitaorang lalu jer jalan utama tu,selalu ternampak orang ramai beratur dalam kek.

Sampaikan encik suami pun pernah tegur,'apa la yang hebat sangat kedai kek nie?sampai beratur orang nak beli kek!'.

Kedai kek paling popular di Kuantan

Ha,nak habaq mai ni!Inilah Kula Cakes house,kedai kek yang paling terkenal di Kuantan.



Kedainya hanyalah kedai kecil.Tapi kecil-kecil cili api nie! Sebabnya Kula Cakes menyediakan tempat menjamu selera yang begitu santai dan mendamaikan!

Dengan pancaran lampu diwaktu malam,kita akan terasa seolah-olah berada didalam taman reakrasi yang direka kreatif walaupun ketika itu kita berada ditengah bandar yang begitu sibuk ;).








Kek apakah yang mampu memikat penduduk Kuantan ini???

Jeng..jeng..jeng..

Inilah dia kek yang paling terkenal di Kula Cakes iaitu Mango Cheese Cake.


Cheese kek yang begitu menyelerakan :) Tidak muak dimakan,dilimpahi sos mangga dan dihiasi dengan hirisan mangga yang begitu manis.Yummy :).

Sekali sekala terpaksa reward untuk diri sendiri.Hehehe.Tapi,jangan selalu makan sangat ok.Nantikan protein AGE menimbun banyak,kesan penuaan begitu ketara kepada anda.

Jika anda nak cari dan mencuba pelbagai jenis kek di Kula Cakes ini,pastikan anda memandu secara berhati-hati supaya anda tidak terlepas simpang dan untuk mengelakkan anda supaya berpatah balik dan susah untuk mencari parking.

Sedikit info untuk anda :

Kula Cakes
A96,Jalan  Besar,
25000 Kuantan,Pahang.
HP : 017- 9711396

Open : 1 PM - 9 PM
Tutup setiap hari Isnin.



.



Metabolisme rendah punca sukar turunkan berat badan anda?





Selamat pagi semua !!

Semalam,ada dapat pm dari pelanggan tersayang.Beliau cakap,kenapa yer saya makan set kurus tak berapa nak berkesan?Saya diet dah,bersenam pun sudah.Tapi berat badan susahnya nak turun !! 

Siapa yang tak stress kan,nak naikkan badan senang jer.Semudah ABC gitu.Tapi,bila nak turunkan berat badan,Ya ALLAH,susah yang amat.Tambahan lagi kalau orang tersayang kutuk-kutuk pulak.Kutuk-kutuk manja gitu ^_^

Sebenarnya,salah satu faktor anda sukar untuk turunkan berat badan adalah disebabkan metabolisme badan anda rendah.

Berbanding dengan mereka yang mempunyai metabolisme yang tinggi,makan apa sahaja namun badan mereka sukar untuk naik.


Apa itu metabolisme?

Metabolisme adalah jumlah tenaga atau kalori yang dibakar oleh tubuh untuk mengekalkan fungsi tubuh yang asas.

Dan sebenarnya,tubuh kita sentiasa membakar kalori,ketika tidur,berjalan,dan sebagainya.

Jumlah metabolisme bagi setiap individu adalah berbeza.Metabolisme seseorang individu ditentukan oleh jumlah otot dan jumlah lemak dalam badan.

Tisu otot akan membakar lebih banyak kalori berbanding lemak untuk mengekalkan fungsinya.Makan,tidak hairanlah sekiranya mereka yang mempunyai lebih banyak otot akan mempunyai metabolisme yang tinggi.

Tips tingkatkan metabolisme badan.

Minum air secukupnya. --> akan membantu tubuh untuk berfungsi pada tahap yang optimum.



Makan dengan kerap --> pilihlah makanan yang mempunyai kandungan fiber dan protein yang tinggi seperti buah-buahan,biskut berfiber tinggi dan sebagainya.



Tidur yang berkualiti --> tidur 7 hingga 8 jam setiap malam untuk kekalkan metabolisme badan yang sihat.


Hindari stress --> stress akan meningkatkan akan meningkatkan jumlah kortisol didalam badan.Kortisol merupakan hormon yang memberitahu tubuh untuk menyimpan lemak sekiranya badan berada dalam tekanan.


Amalkan pengambilan Vitamin C dan kalsium --> kekurangan  kalsium boleh menyebabkan tubuh mencetuskan hormon yang menyebabkan badan anda berpaut pada lemak yang boleh dibakar (ruginya lemak yang boleh dibakar tersimpan rapi ).
                                                                           --> untuk meningkatkan metabolisme 
                                                                           --> membantu tubuh dalam menyerap mineral lain.


Minum teh hijau --> ini adalah kerana teh hijau mengandungi polifenol yang dapat meningkatkan metabolisme badan anda.



Cadangan supplement untuk tingkatkan metabolisme badan anda.




  • Gabungan teh merah,hijau dan putih.
  • Mengandungi Taurina.
  • Meningkatkan metabolisme.
  • Meningkatkan tenaga.
  • Tinggi antioksida.
Anda juga mungkin tertarik :



sebarang pertanyaan atau pesanan boleh hubungi saya 
Siti Rosnah Abdullah
>> pm | whatsapp : 013-9156881
>> facebook : https://facebook.com/srosnah
>> page : https//m.facebook.com/ImanInDaHouse

***Cod sekitar Kuantan,Perkampungan Chenderawasih,Indera Mahkota,Bukit Setongkol & kawasan- kawasan yang sewaktu dengannya.



*This product is not intended to diagnose,treat,cure or prevent any diseases.
**Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos,merawat,mengubati,atau mencegah sebarang penyakit.

.



Cara semulajadi untuk bebas daripada sakit sendi

SENDI.

sesungguhnya sendi merupakan komponen yang paling penting untuk kita bergerak aktif dan kesana kemari tanpa halangan.Tanpa kehadiran sendi,anda mungkin akan mengalami kesusahan untuk berjalan,apatah lagi berlari.

Sendi memang mempengaruhi kualitit hidup seseorang individu.1/2 individu akan mengalami ketidakselesaan sendi sebelum mencapai umur 85 tahun.

Kalau zaman dulu-dulu,selalunya orang yang sudah berumur seperti nenek dan atuk yang akan mengalami masalah sakit sendi ini.Tapi,zaman milenium ini,umur 30 an pun dah mula alami sakit sendi.Faktor utama yang mempengaruhi ialah gaya hidup.

Aktif bersukan merupakan salah satu faktor.Dah,macam mana nak buat ni?Aktif bersukan pun berisiko,takaktif bersukan pun berisiko jugak.Apa yang harus dilakukan?

Baiklah,seperti  yang dijanjikan,hari ini saya akan kupaskan berkenaan kesihatan sendi untuk anda semua.

Apa itu sendi?

Sendi merupakan sambungan antara tulang yang memberikan sokongan kepada tulang untuk membantu anda bergerak.


Tulang rawan 
  • bertindak sebagai kusyen (sebagai pelindung terhadap sendi).
  • Membenarkan tulang-tulang untuk bergeseran sesama sendiri tanpa rasa sakit.
Bendalir Sivonia
  • sebagai pelincir dalam sendi.
  • Memberikankhasiat kepada tulang rawan.
Komponen lain.
  • Tendon --> struktur berserat yang menghubungkan otot pada struktur tulang.
  • Ligamen --> serat yang fleksibel yang mengikat tulang bersama.

Seperti yang saya nyatakan sebelum ini,sendi memang akan mempengaruhi kualiti hidup anda.Cuba anda bayangkan apabila sakit sendi menyerang di waktu usia senja anda,anak-anak sibuk dengan tanggungjawab dan kerja mereka masing-masing.Sedangkan anda nak bergerak ke sana ke mari pun susah.Dalam keadaan begini,semestinya ibubapa akan mengharapkan keperihatinan anak-anak untuk menguruskan mereka.Dan ada yang menangis kerana ini.Bukanlah menangis kerana anak-anak,jangan salah faham ok.Tapi kerana kesakitan sendi yang terlampau sakit.

Namun demikian,sendi juga berisiko untuk menghadapi keradangan (Artitis).

Jenis keradangan sendi.

  • osteoarthritis
  • Rheumatoid arthiritis.
  • Gout.
osteoarthritis

  • Osteoarthritis berlaku apabila tulang rawan yang membentuk permukaan sendi menjadi haus.
  • Kemerosotan tulang rawan ini akan menyebabkan kesakitan yang tidak terperi akibat pergeseran tulang.

Selalunya osteoarthritis berpunca daripada :
  • Obesiti (berat badan berlebihan akan membebankan sendi)
  • penuaan sendi
  • kecederaan.
osteoarthritis turut menyerang :
  • tulang pinggul
  • lutut
  • tangan
  • kaki
  • tulang belakang.
Rheumatoid Arthritis

Rheumatoid Arthritis ialah jenis keradangan sendi yang kronik yang biasanya terjadi pada sendi seperti tangan,pergelangan tangan dan lutut.

Rheumatoid Arthritis bukan sekadar mempengaruhi sendi,bahkan ia turut memberi kesan keapda organ dalaman kita seperti jantung,paru-paru,darah,saraf dan kulit.

Simptom Rheumatoid Arthritis
  • bengkak
  • sakit sendi
  • keletihan
  • kekakuan sendi terutamanya pada waktu pagi dan malam.


Gout

Gout adalah disebabkan oleh asid urik yang berlebihan didalam badan.

Asid urik ini adalah bahan kumuhan yang yang berasal daripada sejenis protein yang dipanggil purin.Badan kita membuang asid ini melalui urin (pembuangan air kecil).Jadi,minum air kosong yang banyak adalah sangat digalakkan.

Jom kita lihat bagaimana gout terjadi.


Cadangan Supplement untuk kesihatan sendi.


Ternyata sendi merupakan komponen yang paling penting kepada kita semua.Berusahalah untuk membaiki dan mengekalkan kesihatan sendi anda sebelum terlambat.Cara yang paling efektif untuk menggantikan sendi yang haus adalah dengan memasukkan 'besi' yang  mirip dengan sendi kita.Namun,besi tersebut haruslah dibuat  rawatan susulan selepas  10 tahun.Andainya besi tersebut haus,maka kena digantikan dengan baru.Apabila tukar baru ni,faham-faham sajalah.Modal adalah perkara utama.

Jadi,sebelum terlambat dan menelan belanja yang lebih besar,eloklah sekiranya kita pelihara dan kekalkan kesihatan sendi ^_^.

sebarang pertanyaan atau pesanan boleh hubungi saya 
Siti Rosnah Abdullah
>> pm | whatsapp : 013-9156881
>> facebook : https://facebook.com/srosnah
>> page : https//m.facebook.com/ImanInDaHouse

***Cod sekitar Kuantan,Perkampungan Chenderawasih,Indera Mahkota,Bukit Setongkol & kawasan- kawasan yang sewaktu dengannya.



*This product is not intended to diagnose,treat,cure or prevent any diseases.
**Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos,merawat,mengubati,atau mencegah sebarang penyakit.

.

h & w talk Shaklee | Hotel Vistana Kuantan


Assalamualaikum semua.

Alhamdulillah kita bersua lagi ^_^.

Januari 2015 telah melabuhkan tirainya.Kini,February telahpun bermula dengan semangat yang membara dan kental !!

Alhamdulillah berpeluang menikmati H & W talk yang dianjurkan oleh Shaklee.Kebetulan encik suami cuti sempena hujung minggu,keizinan terus diberi tanpa banyak soalan.Arigaro encik suami !

H & W pada kali hari ini adalah berkenaan 'Kesihatan Sendi'.Walaupun masa yang ada untuk menuntut ilmu hanyalah 2 jam,namun pelbagai  kupasan dan info-info menarik yang diperolehi.Mula-mula masuk dewan tu,alahai gerun rasa !! Serius saya cakap,saya mengenali kak Fiza Zasmi dan Ida hanya dalam telegram sahaja.Belum pernah bersua muka.Tapi diaorang memang best,ramah seperti dalam telegram jugak.hehehe.

Menariknya majlis ini diacarakan sendiri oleh kakitangan Pemasaran Shaklee Wilayah Timur iaitu Encik Azmi.Apabila pengacara pun bersemangat waja,semangat orang yang menuntut ini pun haruslah seiring dan sejalan gitu.Bak lagu nyanyian Nurul dan Ajai ^_^.




Talk kali ini disampaikan oleh nutritionist yang comel lotte iaitu puan Nurul.

Berkisar tentang kesihatan sendi.Seronok sebenarnya bila melibatkan topik ini.Seperti yang diketahui ramai,sendi merupakan antara aspek yang paling penting bagi manusia untuk bergerak bebas ke sana ke mari.

Sendi ini diibaratkan seperti kenderaan.Apabila mencapai tahap tempoh tertentu,kalau tidak dijaga dengan rapi,akan mendatangkan risiko kepada tuan badan.

1/2 individu akan mengalami ketidakselesaan sendi sebelum mencapai umur 85 tahun.

Tayangan video juga dimainkan berselang seli sepanjang program tersebut berlangsung.Dan apa yang paling menggerunkan saya ialah video pembedahan memasukkan besi untuk menggantikan tulang rawan yang haus.Pelbagai bunyi boleh kedengaran.Bunyi seperti pahat,tukul dan mengetam kayu menyedarkan diri saya sendiri betapa pentingnya untuk menjaga kesihatan sendi terutamanya lutut.

Isi kandungan program ini in shaa ALLAH saya akan kupaskan dalam entry akan datang. ^_^.

Untuk penduduk-penduduk sekitar Perkampungan Chenderawasih,Indera Makhota,Bukit Setongkol dan Kuantan,Pahang yang ingin dapatkan produk Shaklee,anda bolehlah hubungi saya.

In shaa ALLAH saya akan menyediakan konsultansi yang terbaik untuk anda semua.'Anggaplah pelanggan itu umpama orang yang kita sayang' - kata-kata ini sentiasa tersemat kemas dalam sanubari ;-).

sebarang pertanyaan atau pesanan boleh hubungi saya 
Siti Rosnah Abdullah
>> pm | whatsapp : 013-9156881
>> facebook : https://facebook.com/srosnah
>> page : https//m.facebook.com/ImanInDaHouse

***Cod sekitar Perkampungan Chenderawasih,Indera Mahkota,Bukit Setongkol,Kuantan & kawasan- kawasan yang sewaktu dengannya.



*This product is not intended to diagnose,treat,cure or prevent any diseases.
**Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos,merawat,mengubati,atau mencegah sebarang penyakit.

.


masakan anda terlebih masin? | Petua hilangkan rasa masin masakan.

Assalamualaikum semua.

Hari ini saya nak kongsikan sedikit petua dapur untuk semua.

Mesti anda pernah mengalami situasi di mana masakan anda terlebih masin bukan?Nak buang,sayangnya makanan tu ! Tapi,tak kan la nak telan jugak masakan yang masin tu?

Jangan risau,jangan gundah gulan ok.In shaa ALLAH ada jalannya untuk anda semua supaya masakan yang anda masak tu selamat masuk ke dalam perut ^_^.

Tak baik membazir,membazir itu amalan syaitoon...

Petua hilangkan rasa masin dalam masakan.

Saya juga mengalami situasi begini beberapa hari lepas.Dalam kesibukan mengemas rumah untuk berpindah,dengan kesihatan yang tak berapa nak mengizinkan.Apabila badan tak berapa nak sihat,deria rasa pun dah tak berapa nak berfungsi dengan baik.Mula-mula rasa tak masin,tambah lagi garam dalam masakan.Rasa lagi sekali,Tak cukup masin.Tambah lagi 1 sudu dan akhirnya bila rasa nak telan pun tak tersangkut di tekak.Masin yang amat !!

Jadi,apa yang saya buat?Anda cuma perlukan beberapa biji ubi kentang sahaja.


Kupas kulit ubi kentang kemudian masukkan ubi kentang yang dibelah dadu ke dalam masakan anda.Ubi kentang ini berfungsi untuk menyerap rasa masin yang berlebihan dalam masakan anda.

Petua lain untuk menghilangkan rasa masin dalam masakan.

Ataupun,jika anda tiada stok ubi kentang di rumah,anda juga boleh menggantikannya dengan timun.Potong timun secara memanjang dan masukkan ke dalam masakan anda selama beberapa minit.

Cubalah !!! Anda pasti akan berpuas hati dengan hasilnya ^_^.

.

Sesal separuh nyawa : diabetes membawa maut !


Takziah kepada ibu sahabat saya merangkap teman sekampung atas pemergian ibu anda tercinta.Memang memeritkan apabila kita kehilangan orang tersayang,apatah lagi individu tersebut merupakan tempat kita bermanja dan menumpang kasih.

Pada permulaannya,saya hanya mendapat perkhabaran yang ibu beliau koma.Dalam masa yang sama,anggota badan dari kaki ke pinggang sudah bernanah gara-gara diabetes.Betapa meremangnya bulu roma saat mendapat berita ini.Doktor juga mengesahkan bahawa otak ibu beliau sudah tidak berfungsi lagi.Ingin dilakukan pembedahan,peluangnya hanyalah 50-50.

Keesokannya,sebak bercampur terkejut apabila mendapat perkhabaran yang ibu beliau sudah meninggal dunia.Bersabarlah wahai kawan,ini adalah dugaan untukmu.Setiap yang bernyawa pasti akan mati.Dan mati itu adalah pasti.

Sesungguhnya diabetes merupakan  penyakit yang begitu popular dan sinonim dengan rakyat Malaysia.Untuk pengetahuan anda,Malaysia berada di tangga ke-4 dikalangan negara Asia yang memiliki penyakit diabetes.

Salah siapakah apabila mendapat penyakit ini?Adakah salah Malaysia kerana digelar 'Syurga Makanan'?atau salah chef-chef kerana suka memasak?atau salah diri sendiri kerana makan tak ingat dunia?

diabetes membawa maut


Tepuk hati,tanyalah jiwa.

Apa itu Diabetes?


diabetes shaklee


Diabetes ialah penyakit yang berpunca daripada kandungan gula yang tinggi dalam darah.

Kebiasaannya,paras gula dalam darah dikawal oleh pankreas yang akan menghasilkan hormom insulin.Hormon insulin ini berfungsi untuk mengubah gula dalam darah untuk menjadi tenaga.

Jenis-jenis diabetes

  1. Organ Pankreas tidak mampu menghasilkan insulin --> selalunya pesakit sebegini memerlukan suntikan insulin untuk mengawal gula dalam darah.
set diabetes shaklee


2.Badan tidak menghasilkan insulin yang mencukupi atau sel tidak bertindak balas dengan insulin sebaiknya.

3. Diabetes Gestasi --> Terjadi kepada wanita hamil.

set diabetes shaklee


Tanda-tanda Diabetes.
  • cepat merasa lapar dan dahaga.
  • berat badan menurun sebaliknya nafsu makan makin meningkat.
  • sering  buang air kecil terutama pada waktu malam.
  • cepat berasa letih dan mengantuk.
  • mengalami kesemutan pada anggota badan seperti kaki dan tangan.
  • ghairah seks menurun.
  • penglihatan makin kabur.
  • luka lambat sembuh.

Ayuh hentikan diabetes sebelum diabetes hentikan hayat anda 

Cadangan supplement untuk pesakit diabetes.


Bagaimanakah vivix bertindak?

Kandungan resrevatrol dalam Vivix bertindak untuk mencegah rintangan insulin.

Apa itu rintangan insulin?

Rintangan insulin adalah suatu keadaan dimana tubuh tidak sensitif terhadap hormon insulin.Keaadaan ini akan menjurus terjadinya penyakit diabetes.

Senang kata,resveratrol ini akan membuatkan badan kita sensitif balik terhadap insulin.

Atau jika anda tak nak minum vivix,anda juga dicadangkan untuk ambil pil.Antaranya ialah:


set diabetes shaklee

  • membantu menukarkan gula kepada tenaga.
  • membantu mengurangkan keletihan.

set diabetes Shaklee

  • membantu menghalang komplikasi diabetes.
  • memberi kesan positif kepada diabetic neuropathy.

set diabetes shaklee
  • membantu penghasilan insulin.
  • membantu dalam proses pemulihan luka.
Testimoni Pesakit Diabetes.

testimoni vivix shaklee


set diabetes shaklee


setdiabetes shaklee


sebarang pertanyaan atau pesanan boleh hubungi saya 
Siti Rosnah Abdullah
>> pm | whatsapp : 013-9156881
>> facebook : https://facebook.com/srosnah
>> page : https//m.facebook.com/ImanInDaHouse

***Cod sekitar Perkampungan Chenderawasih,Indera Mahkota,Bukit Setongkol,Kuantan & kawasan- kawasan yang sewaktu dengannya.



*This product is not intended to diagnose,treat,cure or prevent any diseases.
**Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos,merawat,mengubati,atau mencegah sebarang penyakit.


.

Kehebatan VIVIX seiring dengan kemajuan teknologi dunia?

Assalamualaikum dan selamat malam semua.

Oleh kerana Vivix adalah salah satu produk promosi bulan January 2015.saya akan kupaskan mengenai info vivix yang begitu menjadi kegilaan ramai peminat tegar Shaklee di luar sana.

Vivix atau lebih dikenali sebagai tonik ajaib merupakan penemuan saintifik yang hebat dari Shaklee.Kenapa hebat?

Untuk pengetahuan anda semua,Vivix dihasilkan daripada gabungan bahan semulajadi yang memanfaatkan kuasa anggur muscadine yang jarang ditemui dalam resveratrol.

Apa itu revesratrol?

Merupakan salah satu sebatian polyphenols dari tumbuhan.


  • Anti oksida yang kuat
  • anti-inflamasi
  • anti-kanser


Revesratrol terkenal disebabkan di serata pelusuk dunia kerana terdapat di dalam wain merah.Resveratrol banyak terdapat dalam kulit anggur,bluberry,rasbery dan mulberries.



Tetapi yang istimewanya  Vivix adalah kandungan resveratrolnya daripada polyganum cuspidatum iaitu sejenis tumbuhan yang tinggi dan lebat.


Keistimewaan resveratrol dalam Vivix

  • penyediaan dan kepekatan,magnitud dan kekuatannya.
  • ketulenan dan keberkesanan yang tinggi.
  • cara pengekstrakan membolehkan ekstrak diambil pada ketulenan yang tinggi iaitu 98 %.
Dan untuk pengetahuan kita semua,vivix merupakan resveratrol yang paling tulen di dunia.Kehebatan Vivix bukanlah hanya bergantung kepada resveratrol semata-mata,tetapi ianya turut digabungkan dengan bahan-bahan semulajadi yang lain untuk melengkapkan lagi fungsinya.

Anda boleh  lihat di sini untuk mengetahui tentang lebih lanjut lagi.

Sebab supplement didatangkan dengan resveratrol




1. Ketahanan badan - suplemen resveratrol boleh memberikan manfaat yang sama otot rangka sebagai latihan ketahanan.Berdasarkan kajian yang dilakukan didapati bahawa suplemen resveratrol juga menyebabkan peningkatan ketahanan, metabolisme oksidatif, dan fungsi peningkatan jantung.

2. Keselamatan Kardiovakular - Satu kajian di Kanada mendapati bahawa dengan minum 1-2 gelas 5-auns wain setiap hari, peserta kajian dapat mengurangkan dengan ketara risiko mereka mendapat penyakit artherosclerotic, pelopor untuk penyakit jantung dan strok, dan seterusnya juga mengurangkan risiko kematian oleh kira-kira 30%. Para penyelidik di Connecticut ditentukan bahawa prasyarat resveratrol hati dengan itu menyediakan dengan perlindungan yang terbaik untuk mengelakkan serangan jantung.

Kebaikan Vivix Shaklee




  • Menggalakkan penuaan yang sihat --> awet muda dan anti-penuaan.
  • Membantu mengelakkan kanser --> merencat sel kanser menjadi semakin serius.
  • Mengurangkan risiko penyakit jantung --> melindungi jantung
  • Mengurangkan komplikasi diabetes --> lebih dikenali sebagai kencing manis.
  • Membantu memulihkan strok,
  • Meningatkan kesihatan imun badan.
  • Menggalakkan kesihatan menyeluruh.
4 Mekanisme Utama Vivix
  • membaiki sel DNA
  • Mengurangkan Inflamasi
  • Meningkatkan penghasilan tenaga
  • Mengelakkan Akumulasi protein AGE.
Siapa yang memerlukan Vivix?
  • Pesakit diabetes
  • Pesakit darah tinggi
  • Pesakit jantung
  • pesakit SLE
  • Pesakit radang  usus
  • pesakit yang nyayuk
  • Pesakit gout.
  • Pesakit kanser
  • Pesakit yang mengalami sakit sendi.
  • Pesakit lemah daya tahan penyakit.




Testimoni Vivix Shaklee



Kepada anda semua yang inginkan yang terbaik untuk ibu bapa,saudara mahupun untuk orang tersayang,anda bolehlan mencuba vivix sementara masih promosi.

Belian 2 botol Vivix melayakkan anda menjadi AHLI SHAKLEE seumur hidup dan mendapat BONUS TUNAI pada bulan berikutnya.

                                   promosi vivix shaklee

sebarang pertanyaan atau pesanan boleh hubungi saya 
Siti Rosnah Abdullah
>> pm | whatsapp : 013-9156881
>> facebook : https://facebook.com/srosnah
>> page : https//m.facebook.com/ImanInDaHouse

***Cod sekitar Perkampungan Chenderawasih,Indera Mahkota,Bukit Setongkol,Kuantan & kawasan- kawasan yang sewaktu dengannya.



*This product is not intended to diagnose,treat,cure or prevent any diseases.
**Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos,merawat,mengubati,atau mencegah sebarang penyakit.

.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...