'sihat dan cantik pilihan saya'

cara mengenali kehamilan anak kedua.

Assalamualaikum semua.

Alhamdulillah rezeki ALLAH memang tak dapat kita nak jangka.Boleh tiba bila-bila masa jer.Sebab ALLAH tahu bilakah waktu yang terbaik untuk kita bersedia semua tu kan? ;)

Sebenarnya memang kehamilan kedua ini tidak dijangka langsung.Sebabnya tak ada langsung tanda-tanda hamil pada diri saya.

Memang berbeza sewaktu mengandungkan iman dulu.Kalau dulu,berdiri lama sikit rasa macam nak pitam.Gelap jer rasa pandangan kita tu.Badan pun rasa lemau yang teramat.

Secara jujurnya,kali ini saya akan surf internet.Cari segala cerita-cerita yang berkaitan tentang kehamilan kedua.Tapi,serius hampa beb,sebab tiada satu pun yang kena dengan diri saya.

Cuba pujuk diri sendiri,tak pe lah,mungkin bukan rezeki lagi kot.Nanti-nanti ada lah tu (padahal dalam hati frust menungeng ).

Nak dijadikan cerita 14/2/2015 keluar darah tapi ada la dalam 2 3 titis je kot.Dalam hati risau dah.Kenapa ni?Lebih kepada risau jugak sebenarnya,risau keguguran.

Tapi setelah surf internet dan bertanya Mrs.Kamalia berkemungkinan besar persenyawaan baru nak terjadi.Dan itu dipanggil spotting bleeding.

Bleeding?Ngeri taw i dengar bleeding-bleeding nie..hehehe.

Disini saya nyatakan tanda-tanda kehamilan kedua.Namun,rasanya tidak semua wanita akan mengalami tanda-tanda yang sama kot ;).

Tanda-tanda hamil anak kedua.

  • Hilang selera makan.
  • Malas untuk memasak & menjamah hidangan.
  • Asal jumpa bantal terus tidur.
  • Cepat penat.
  • Payudara terasa nyeri (sakit).
  • Emosi tidak stabil.
  • Mengidam buah yang masam-masam.

Kejutan yang tidak dijangka!

Oleh kerana 14/03/2015 pun haid tak kunjung jua,saya cuba gagahi diri untuk buat upt (urine pragnancy test).Dan cuba teka apa keputusannya?!

Suprise ^_^

Alhamdulillah.Semuanya berlaku dengan keizinan-NYA.

Untuk kali kedua,kena la amalkan doa khas untuk ibu hamil.Semoga semuanya selamat.In shaa ALLAH.



Buat semua wanita yang telah bertahun berkahwin tapi masih belum hamil,usaha selagi anda mampu,teruskan berusaha dan jangan lupa lepas solat,berdoalah secara spesifik.

Alllah tak pernah kejam dengan kita semua.Abaikan kata-kata negatif dari orang lain.Ingatlah,ALLAH sentiasa bersama kita ^_^.

.

Payudara Kendur Berpunca Daripada Kasut Tinggi?

Rata-rata wanita diluar menginginkan mereka dipandang cantik,anggun dan menawan dimata semua orang.Tapi bukan semua yer ^_^.Ada juga wanita yang hanya ingin nampak cantik dimata suami sahaja,apabila keluar rumah,mereka hanya berpakaian ala kadar ataupun cukuplah setakat selesa dipakai dan menutup aurat.

Namun,tidak dinafikan,kasut tinggi atau lebih glamour dengan 'high heel' semakin popular dikalangan wanita pada hari ini.Mereka sangggup 'berkorban ' supaya mereka kelihatan lebih anggun,seksi,tinggi dan cantik bergaya.

Pergorbanan yang bagaimanakah saya ingin katakan?

Tahukah anda,apabila memakai kasut tumit tinggi,kaki akan berasa sakit dan tidak selesa.Tambahan lagi kalau kasut tumit tinggi terbabit mempunyai zip dibelakang tumit.Seandainya anda tidak memakai stoking,bersedialah untuk belakang kaki anda menghadapi kehausan (melecet & luka).

Mitos atau Fakta Kasut tinggi menyebabkan payudara kendur?

Sebut je 'payudara kendur' semua wanita tidak menginginkan hal iniberlaku langsung pada mereka.Malah,ada sesetengah wanita yang tanpa segan silu tak nak menyusukan anak mereka sejurus bersalin kerana takut payudara kendur.Anda jangan terkejut ye,sebab saya pernah terjumpa hal ini berlaku.

Hasil kajian sanitis dari New York mendapati amalan pemakaian kasut tumit tinggi secara berterusan menjadi PUNCA payudara kendur.Ini adalah kerana pemakaian kasut tinggi secara berterusan akan meyebabkan otot kecut pada bahagian dada.

Kasut tinggi juga menyebabkan bahagian tumit sehingga ke belakang menjadi tegang,

Perasan tak,bila pakai kasut tumit tinggi,punggung seoalah-olah akan tertolak ke belakang.Ramai beranggapan bahawa situasi ini memberikan kecantikan kepada kaun wanita,

Tapi,tahukah anda bahawa sebenarnya ia menyebabkan kesakitan sepanjang hidup.Keadaan ini dinamakan Visceroptosis yang mana ramai wanita menderita sakit selepas menggunakan kasut tumit tinggi sama seperti terseksa menggunakan korset.

Menjejaskan peluang untuk dapat anak

Pakar Kesihatan dan Kecergasan Dax Moy Personal Training Studios melihat kebiasaan memakai kasut tumit tinggi juga akan menjejaskan peluang untuk dapat anak.

Ini adalah kerana posisi berdiri yang tidak seimbang setiap kali memakai kasut bertumit tinggi 12.7 cm memberikan kesan kepada organ dalaman kesuburan wanita.

Risiko memakai kasut tinggi


  • payudara kendur
  • jejaskan peluang dapat anak
  • punca rambut gugur
Jadi,kepada wanita-wanita diluar sana,anda perlulah membuat keputusan bijak sama ada anda mahukan kecantikan luaran atau menderita pada usia yang muda?

.




Herbal Blend : Krim Ajaib Untuk Ekzema dan Ruam

Assalamualaikum semua.

Sebelum ini,memang tak dinafikan,saya tak fokus langsung pada Herbal Blend a.k.a Krim serbaguna ini.Memang ada juga stok dirumah,tapi setakat gunakan untuk sapu pada tumit kaki dan sapukan pada badan anak jer lah apabila digigit nyamuk.

Tapi,tiba-tiba semalam ada prospek tanya,ada jual tak krim herbal blend?Terus saya jawap ada.Beliau bagitahu yang anaknya ada ekzema.Sebagai ibu,mana sanggup beliau melihat permata hatinya yang baru berusia 5 bulan mengidap ekzema.

Apa sangatlah bayi yang berusia 5 bulan tahu?Mereka hanya tahu menangis.Nak beritahu yang ekzema gatal,tak fasih bercakap lagi.Pernah seorang sahabat saya beritahu,beliau pernah terjumpa dengan seorang prospek yang mempunyai 4 orang anak.Kesemuanya anak-anaknya ada ekzema.Bayangkan,setiap malam ibu tersebut tidur tidak cukup.Ini adalah kerana seorang demi seorang anak-anaknya akan bangun menangis akibat gatal pada ekzema tersebut.

Ya ALLAH,tak dapat bayangkan sebenarnya bagi kaum ibu yang mempunyai anak-anak yang ada ekzema.Begitu kuat semangat mereka.Mereka tinggi kesabaran dalam diri mereka demi anak-anak tersayang.

Untuk entry kali ini saya akan kupaskan apa itu ekzema,kesan penggunaan steroid kepada pesakit ekzema dan rahsia menarik tentang krim ajaib serbaguna Herbal Blend Shaklee.

Apa itu Ekzema?

Ekzema adalah keadaan dimana kulit menjadi kering dan gatal.15 hingga 20 % kanak-kanak akan mengalami ekzema sebelum mereka berusia 2 tahun.

herbal blend terbaik untuk ekzema
ekzema di pipi bayi

herbal blend terbaik untuk ekzema
ekzema dibelakang tengkuk

Ekzema juga dikenali sebagai ekzema atopik atau dermatitis.

Ekzema Atopi 

Kecenderungan mendapat penyakit seperti asma dan demam alergi.

Kesannya:

  • kulit kering
  • gatal
  • merah
  • merekah
Ekzema juga bermakna penghalang kulit tidak berfungsi sebaiknya.Ini akan menyebabkan kulit bayi anda lebih senang diserang jangkitan alergik yang akan membuatkan kulit bayi anda bertambah teruk.


Adakah Steriod Membantu Mengurangkan Ekzema?

Sebenarnya,steriod adalah hormon semulajadi yang dihasilkan oleh tubuh manusia.Steriod ini bertindak dengan mengawalfungsi badan.
Steriod diketegorikan sebagai racun terkawal dimana pengambilannya adalah hanya diatas nasihat doktor.
Jenis-jenis Steroid.
  • steroid anabolik --> steroid buatan yang bertindak seperti hormon lelaki (kebiasaannya dalam bentuk cecair)
  • kortikosteroid --> tersedia dalam bentuk kapsul,krim,inhaler,titis mata.
Kesan sampingan penggunaan steroid.
  • menambahan berat badan yang mendadak.
  • muka akan menjadi sembab.
  • botak
  • masalah jerawat.
  • kulit akan menjadi nipis.
  • pening
  • mual
  • mampu merosakkan buah pinggang.
  • terdedah kepada penyakit diabetes dan darah tinggi.
Apa akan terjadi apabila menggunakan steroid untuk jangka masa panjang?

Akan mengakibatkan tulang rapuh,tulang tidak kuat dan mudah patah walaupun terkena hentakan yang perlahan.

Steroid juga menghalang penghasilan hormon tumbesaran dalam badan manusia.


Walau bagaimanapun, steroid adalah selamat jika digunakan secara betul. Kesan sampingan utama ialah membuat kulit jadi nipis jika digunakan bagi jangka masa panjang, tetapi tiada bukti yang penipisan ini akan berkekalan. 


Herbal Blend Shaklee terbaik untuk ekzema.



rawat ekzema anak anda
herbal blend shaklee

Diperbuat daripada bahan-bahan semulajadi seperti :
horse chestnut seed terdapat dalam herbal blend shaklee
Horse Chestnut Seed

Horse Chestnut Seed --> merawat alergi pada kulit

chamomilla teoutita terdapat dalam herbal blend
Chamomilla Reoutita
Chamomilla Reotita --> Bagus untuk kulit sensitif,mengurangkan kemerahan kulit,melegakan keradangan (jerawat),anti-radang,antiseptik

rosemary leaf terdapat dalam herbal blend
Rosemary Leaf
Rosemary --> musuh bagi serangga seperti nyamuk,lalat,ulat dan kumbang

sage leaf terdapat dalam herbal blend
sage Leaf
Sage Leaf --> merawat masalah dan jangkitan kulit & gigitan serangga.

yarrow terdapat dalam herbal blend shaklee
Yarrow
Yarrow --> menyembuhkan luka.


Testimoni  Herbal Blend Shaklee

testimoni herbal blend 1

Keistimewaan Hebal Blend Shaklee :

  • nyaman
  • bermenthol
  • tidak melekit
  • tidak berminyak
  • cepat meresap
Anda ingin order dan bayar sendiri menggunakan kad debit @ kredit untuk herbal blnd ini?

Sila klik 'order now'.

sebarang pertanyaan atau pesanan boleh hubungi saya 
Siti Rosnah Abdullah
>> pm | whatsapp : 013-9156881
>> facebook : https://facebook.com/srosnah
>> page : https//m.facebook.com/ImanInDaHouse

***Cod sekitar Kuantan,Perkampungan Chenderawasih,Indera Mahkota,Bukit Setongkol & kawasan- kawasan yang sewaktu dengannya.

.




*This product is not intended to diagnose,treat,cure or prevent any diseases.
**Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos,merawat,mengubati,atau mencegah sebarang penyakit.

Kula Cakes memikat hati penduduk Kuantan

Assalamualaikum semua.

Kembali bersua lagi ^_^.Hari ini saya nak share tentang kedai kek yang paling terkenal di Kuantan.

Tetiba teringin sangat-sangat nak makan cheese kek.Dalam fikiran baru terbayang,urmmmm sedapnya cheese kek.Terasa umpama kek cheese sedang dikunyah.Yummy!

Nak pergi cari sendiri tanpa suami disisi,memang tak lah.Alhamdulillah ALLAH hadirkan pembantu kepada saya untuk memudahkan misi mencari cheese kek.

Aktiviti dihujung minggu

Selepas kepuasan berjalan dan berlari kejar iman di Teluk Chempedak,misi.mencari kek bermula!

Oleh kerana masa pun sudah suntuk,mahgrib menjelma,kedai kek pun tak jumpa,hasrat untuk mencari cheese kek terpaksa dibatalkan.

Tup-tup bapa mertua ajak selepas maghrib.Kalut cari lokasi kedai kek di Google.Akhirnya terjumpalah 1 blog yang menceritakan tentang kedai kek paling popular di Kuantan.

Whatsapp taukey kedai mintak beliau kirimkan lokasi kedai ^_^.

Akhirnya misi bermula!

Sebenarnya memang perasan 1 kedai kek dalam kawasan bandar Kuantan ini.Sebabnya bila kitaorang lalu jer jalan utama tu,selalu ternampak orang ramai beratur dalam kek.

Sampaikan encik suami pun pernah tegur,'apa la yang hebat sangat kedai kek nie?sampai beratur orang nak beli kek!'.

Kedai kek paling popular di Kuantan

Ha,nak habaq mai ni!Inilah Kula Cakes house,kedai kek yang paling terkenal di Kuantan.



Kedainya hanyalah kedai kecil.Tapi kecil-kecil cili api nie! Sebabnya Kula Cakes menyediakan tempat menjamu selera yang begitu santai dan mendamaikan!

Dengan pancaran lampu diwaktu malam,kita akan terasa seolah-olah berada didalam taman reakrasi yang direka kreatif walaupun ketika itu kita berada ditengah bandar yang begitu sibuk ;).








Kek apakah yang mampu memikat penduduk Kuantan ini???

Jeng..jeng..jeng..

Inilah dia kek yang paling terkenal di Kula Cakes iaitu Mango Cheese Cake.


Cheese kek yang begitu menyelerakan :) Tidak muak dimakan,dilimpahi sos mangga dan dihiasi dengan hirisan mangga yang begitu manis.Yummy :).

Sekali sekala terpaksa reward untuk diri sendiri.Hehehe.Tapi,jangan selalu makan sangat ok.Nantikan protein AGE menimbun banyak,kesan penuaan begitu ketara kepada anda.

Jika anda nak cari dan mencuba pelbagai jenis kek di Kula Cakes ini,pastikan anda memandu secara berhati-hati supaya anda tidak terlepas simpang dan untuk mengelakkan anda supaya berpatah balik dan susah untuk mencari parking.

Sedikit info untuk anda :

Kula Cakes
A96,Jalan  Besar,
25000 Kuantan,Pahang.
HP : 017- 9711396

Open : 1 PM - 9 PM
Tutup setiap hari Isnin.



.



Metabolisme rendah punca sukar turunkan berat badan anda?





Selamat pagi semua !!

Semalam,ada dapat pm dari pelanggan tersayang.Beliau cakap,kenapa yer saya makan set kurus tak berapa nak berkesan?Saya diet dah,bersenam pun sudah.Tapi berat badan susahnya nak turun !! 

Siapa yang tak stress kan,nak naikkan badan senang jer.Semudah ABC gitu.Tapi,bila nak turunkan berat badan,Ya ALLAH,susah yang amat.Tambahan lagi kalau orang tersayang kutuk-kutuk pulak.Kutuk-kutuk manja gitu ^_^

Sebenarnya,salah satu faktor anda sukar untuk turunkan berat badan adalah disebabkan metabolisme badan anda rendah.

Berbanding dengan mereka yang mempunyai metabolisme yang tinggi,makan apa sahaja namun badan mereka sukar untuk naik.


Apa itu metabolisme?

Metabolisme adalah jumlah tenaga atau kalori yang dibakar oleh tubuh untuk mengekalkan fungsi tubuh yang asas.

Dan sebenarnya,tubuh kita sentiasa membakar kalori,ketika tidur,berjalan,dan sebagainya.

Jumlah metabolisme bagi setiap individu adalah berbeza.Metabolisme seseorang individu ditentukan oleh jumlah otot dan jumlah lemak dalam badan.

Tisu otot akan membakar lebih banyak kalori berbanding lemak untuk mengekalkan fungsinya.Makan,tidak hairanlah sekiranya mereka yang mempunyai lebih banyak otot akan mempunyai metabolisme yang tinggi.

Tips tingkatkan metabolisme badan.

Minum air secukupnya. --> akan membantu tubuh untuk berfungsi pada tahap yang optimum.



Makan dengan kerap --> pilihlah makanan yang mempunyai kandungan fiber dan protein yang tinggi seperti buah-buahan,biskut berfiber tinggi dan sebagainya.



Tidur yang berkualiti --> tidur 7 hingga 8 jam setiap malam untuk kekalkan metabolisme badan yang sihat.


Hindari stress --> stress akan meningkatkan akan meningkatkan jumlah kortisol didalam badan.Kortisol merupakan hormon yang memberitahu tubuh untuk menyimpan lemak sekiranya badan berada dalam tekanan.


Amalkan pengambilan Vitamin C dan kalsium --> kekurangan  kalsium boleh menyebabkan tubuh mencetuskan hormon yang menyebabkan badan anda berpaut pada lemak yang boleh dibakar (ruginya lemak yang boleh dibakar tersimpan rapi ).
                                                                           --> untuk meningkatkan metabolisme 
                                                                           --> membantu tubuh dalam menyerap mineral lain.


Minum teh hijau --> ini adalah kerana teh hijau mengandungi polifenol yang dapat meningkatkan metabolisme badan anda.



Cadangan supplement untuk tingkatkan metabolisme badan anda.




  • Gabungan teh merah,hijau dan putih.
  • Mengandungi Taurina.
  • Meningkatkan metabolisme.
  • Meningkatkan tenaga.
  • Tinggi antioksida.
Anda juga mungkin tertarik :



sebarang pertanyaan atau pesanan boleh hubungi saya 
Siti Rosnah Abdullah
>> pm | whatsapp : 013-9156881
>> facebook : https://facebook.com/srosnah
>> page : https//m.facebook.com/ImanInDaHouse

***Cod sekitar Kuantan,Perkampungan Chenderawasih,Indera Mahkota,Bukit Setongkol & kawasan- kawasan yang sewaktu dengannya.



*This product is not intended to diagnose,treat,cure or prevent any diseases.
**Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos,merawat,mengubati,atau mencegah sebarang penyakit.

.



Cara semulajadi untuk bebas daripada sakit sendi

SENDI.

sesungguhnya sendi merupakan komponen yang paling penting untuk kita bergerak aktif dan kesana kemari tanpa halangan.Tanpa kehadiran sendi,anda mungkin akan mengalami kesusahan untuk berjalan,apatah lagi berlari.

Sendi memang mempengaruhi kualitit hidup seseorang individu.1/2 individu akan mengalami ketidakselesaan sendi sebelum mencapai umur 85 tahun.

Kalau zaman dulu-dulu,selalunya orang yang sudah berumur seperti nenek dan atuk yang akan mengalami masalah sakit sendi ini.Tapi,zaman milenium ini,umur 30 an pun dah mula alami sakit sendi.Faktor utama yang mempengaruhi ialah gaya hidup.

Aktif bersukan merupakan salah satu faktor.Dah,macam mana nak buat ni?Aktif bersukan pun berisiko,takaktif bersukan pun berisiko jugak.Apa yang harus dilakukan?

Baiklah,seperti  yang dijanjikan,hari ini saya akan kupaskan berkenaan kesihatan sendi untuk anda semua.

Apa itu sendi?

Sendi merupakan sambungan antara tulang yang memberikan sokongan kepada tulang untuk membantu anda bergerak.


Tulang rawan 
  • bertindak sebagai kusyen (sebagai pelindung terhadap sendi).
  • Membenarkan tulang-tulang untuk bergeseran sesama sendiri tanpa rasa sakit.
Bendalir Sivonia
  • sebagai pelincir dalam sendi.
  • Memberikankhasiat kepada tulang rawan.
Komponen lain.
  • Tendon --> struktur berserat yang menghubungkan otot pada struktur tulang.
  • Ligamen --> serat yang fleksibel yang mengikat tulang bersama.

Seperti yang saya nyatakan sebelum ini,sendi memang akan mempengaruhi kualiti hidup anda.Cuba anda bayangkan apabila sakit sendi menyerang di waktu usia senja anda,anak-anak sibuk dengan tanggungjawab dan kerja mereka masing-masing.Sedangkan anda nak bergerak ke sana ke mari pun susah.Dalam keadaan begini,semestinya ibubapa akan mengharapkan keperihatinan anak-anak untuk menguruskan mereka.Dan ada yang menangis kerana ini.Bukanlah menangis kerana anak-anak,jangan salah faham ok.Tapi kerana kesakitan sendi yang terlampau sakit.

Namun demikian,sendi juga berisiko untuk menghadapi keradangan (Artitis).

Jenis keradangan sendi.

  • osteoarthritis
  • Rheumatoid arthiritis.
  • Gout.
osteoarthritis

  • Osteoarthritis berlaku apabila tulang rawan yang membentuk permukaan sendi menjadi haus.
  • Kemerosotan tulang rawan ini akan menyebabkan kesakitan yang tidak terperi akibat pergeseran tulang.

Selalunya osteoarthritis berpunca daripada :
  • Obesiti (berat badan berlebihan akan membebankan sendi)
  • penuaan sendi
  • kecederaan.
osteoarthritis turut menyerang :
  • tulang pinggul
  • lutut
  • tangan
  • kaki
  • tulang belakang.
Rheumatoid Arthritis

Rheumatoid Arthritis ialah jenis keradangan sendi yang kronik yang biasanya terjadi pada sendi seperti tangan,pergelangan tangan dan lutut.

Rheumatoid Arthritis bukan sekadar mempengaruhi sendi,bahkan ia turut memberi kesan keapda organ dalaman kita seperti jantung,paru-paru,darah,saraf dan kulit.

Simptom Rheumatoid Arthritis
  • bengkak
  • sakit sendi
  • keletihan
  • kekakuan sendi terutamanya pada waktu pagi dan malam.


Gout

Gout adalah disebabkan oleh asid urik yang berlebihan didalam badan.

Asid urik ini adalah bahan kumuhan yang yang berasal daripada sejenis protein yang dipanggil purin.Badan kita membuang asid ini melalui urin (pembuangan air kecil).Jadi,minum air kosong yang banyak adalah sangat digalakkan.

Jom kita lihat bagaimana gout terjadi.


Cadangan Supplement untuk kesihatan sendi.


Ternyata sendi merupakan komponen yang paling penting kepada kita semua.Berusahalah untuk membaiki dan mengekalkan kesihatan sendi anda sebelum terlambat.Cara yang paling efektif untuk menggantikan sendi yang haus adalah dengan memasukkan 'besi' yang  mirip dengan sendi kita.Namun,besi tersebut haruslah dibuat  rawatan susulan selepas  10 tahun.Andainya besi tersebut haus,maka kena digantikan dengan baru.Apabila tukar baru ni,faham-faham sajalah.Modal adalah perkara utama.

Jadi,sebelum terlambat dan menelan belanja yang lebih besar,eloklah sekiranya kita pelihara dan kekalkan kesihatan sendi ^_^.

sebarang pertanyaan atau pesanan boleh hubungi saya 
Siti Rosnah Abdullah
>> pm | whatsapp : 013-9156881
>> facebook : https://facebook.com/srosnah
>> page : https//m.facebook.com/ImanInDaHouse

***Cod sekitar Kuantan,Perkampungan Chenderawasih,Indera Mahkota,Bukit Setongkol & kawasan- kawasan yang sewaktu dengannya.



*This product is not intended to diagnose,treat,cure or prevent any diseases.
**Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos,merawat,mengubati,atau mencegah sebarang penyakit.

.

h & w talk Shaklee | Hotel Vistana Kuantan


Assalamualaikum semua.

Alhamdulillah kita bersua lagi ^_^.

Januari 2015 telah melabuhkan tirainya.Kini,February telahpun bermula dengan semangat yang membara dan kental !!

Alhamdulillah berpeluang menikmati H & W talk yang dianjurkan oleh Shaklee.Kebetulan encik suami cuti sempena hujung minggu,keizinan terus diberi tanpa banyak soalan.Arigaro encik suami !

H & W pada kali hari ini adalah berkenaan 'Kesihatan Sendi'.Walaupun masa yang ada untuk menuntut ilmu hanyalah 2 jam,namun pelbagai  kupasan dan info-info menarik yang diperolehi.Mula-mula masuk dewan tu,alahai gerun rasa !! Serius saya cakap,saya mengenali kak Fiza Zasmi dan Ida hanya dalam telegram sahaja.Belum pernah bersua muka.Tapi diaorang memang best,ramah seperti dalam telegram jugak.hehehe.

Menariknya majlis ini diacarakan sendiri oleh kakitangan Pemasaran Shaklee Wilayah Timur iaitu Encik Azmi.Apabila pengacara pun bersemangat waja,semangat orang yang menuntut ini pun haruslah seiring dan sejalan gitu.Bak lagu nyanyian Nurul dan Ajai ^_^.




Talk kali ini disampaikan oleh nutritionist yang comel lotte iaitu puan Nurul.

Berkisar tentang kesihatan sendi.Seronok sebenarnya bila melibatkan topik ini.Seperti yang diketahui ramai,sendi merupakan antara aspek yang paling penting bagi manusia untuk bergerak bebas ke sana ke mari.

Sendi ini diibaratkan seperti kenderaan.Apabila mencapai tahap tempoh tertentu,kalau tidak dijaga dengan rapi,akan mendatangkan risiko kepada tuan badan.

1/2 individu akan mengalami ketidakselesaan sendi sebelum mencapai umur 85 tahun.

Tayangan video juga dimainkan berselang seli sepanjang program tersebut berlangsung.Dan apa yang paling menggerunkan saya ialah video pembedahan memasukkan besi untuk menggantikan tulang rawan yang haus.Pelbagai bunyi boleh kedengaran.Bunyi seperti pahat,tukul dan mengetam kayu menyedarkan diri saya sendiri betapa pentingnya untuk menjaga kesihatan sendi terutamanya lutut.

Isi kandungan program ini in shaa ALLAH saya akan kupaskan dalam entry akan datang. ^_^.

Untuk penduduk-penduduk sekitar Perkampungan Chenderawasih,Indera Makhota,Bukit Setongkol dan Kuantan,Pahang yang ingin dapatkan produk Shaklee,anda bolehlah hubungi saya.

In shaa ALLAH saya akan menyediakan konsultansi yang terbaik untuk anda semua.'Anggaplah pelanggan itu umpama orang yang kita sayang' - kata-kata ini sentiasa tersemat kemas dalam sanubari ;-).

sebarang pertanyaan atau pesanan boleh hubungi saya 
Siti Rosnah Abdullah
>> pm | whatsapp : 013-9156881
>> facebook : https://facebook.com/srosnah
>> page : https//m.facebook.com/ImanInDaHouse

***Cod sekitar Perkampungan Chenderawasih,Indera Mahkota,Bukit Setongkol,Kuantan & kawasan- kawasan yang sewaktu dengannya.



*This product is not intended to diagnose,treat,cure or prevent any diseases.
**Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos,merawat,mengubati,atau mencegah sebarang penyakit.

.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...