'sihat dan cantik pilihan saya: cara bantu anak makan sayur dan buah'

cara bantu anak makan sayur dan buah


Kanak-kanak enggan makan sayur dan buah-buah-buahan sudah terlalu biasa kita dengar sekarang nie.Anda jangan risau jika perkara ini berlaku pada anda.Jom kita tengok dan baca beberapa maklumat berguna untuk mengalakkan si comel makan buah dan sayur.



10 cara untuk bantu si manja anda makan sayur dan buah

1. Pastikan rumah anda sentiasa buah-buahan segar seperti pisang,epal,limau dan oren.Susun buah-buahan tersebut dalam bakuk yang cantik dan letakkan di atas meja makan.Cara ini boleh menggamit selera anak untuk menikmatinya.Potong buah-buahan yang besar seperti tembikai,jambu dan betik dipotong kecil-kecil dan disimpan dalam peti ais agar sentiasa segar dan enak dimakan.

2.Jangan lupa hidangkan buah-buahan dan sayur-sayuran setiap kali waktu makan.

3.Sekiranya anda sekeluarga makan di luar,pastikan anda memilih menu yang mengandungi sayur dan buah.

4.Bawa si manja anda bersama ketika membeli buah-buahan dan sayur-sayuran.Tanya mereka apa yang mereka gemari.

5.Galakkan seisi keluarga makan sayur dan buah.Kita sebagai ibu bapa haruslah terlebih dahulu menjadi contoh,barulah anak-anak akan ikut tanpa mempertikaikannya.

6.Hidangkan buah-buahan dan sayur-sayuran dengan cara kreatif agar anak anda terpikat melihatnya dan berselera untuk menikmati hidangan tersebut.



7.Jangan mudah putus asa jika anak anda masih menolak buah dan sayur..Ingat,usaha itu tangga kejayaan ;)

8. Beri anak anda makan buah-buahan dan sayur-sayuran mengikut citarasanya.Jangan terlalu memaksa.Kemungkinan anak akan memberontak.

9.Buah-buahan dan sayur-sayuran tidak semestinya dimakan begitu sahaja.Hidangkan bersama wafer atau yogurt.



10.Sekiranya anda mempunyai kawasan atau tempat untuk berkebun,ajak anak-anak untuk bersama-sama menyertainya.Biarkan anak-anak menjaga,menyiram dan membaja.Setelah sayur-sayuran atau buah-buahan tersebut matang,biarkan mereka memetiknya.Tentu mereka akan lebih teruja untuk menikmatinya.

Keselamatan semasa makan

♥ hidangkan buah- buahan dan sayur-sayuran dalam saiz yang sesuai.Hal ini penting bagi mengelakkan si manja tercekik.

♥ Anda perlulah berada di sisinya setiap kali si manja anda makan agar anda dapat memberikan bantuan segera jika terjadi sesuatu yang tak diingini contohnya tersedak.

♥ Pastikan anak-anak tidak berlari-lari ketika makan.Didik anak agar duduk semasa makan.

♥ Sekiranya anda ingin memberi sayur-sayuran keras seperti kentang,lobak merah dan brokoli,rebuslah sehingga betul-betul lembut agar anak dapat menelannya tanpa sebarang masalah.

Kesabaran amatlah diperlukan dalam mendidik anak-anak dalam proses membesar.Bak kata pepatah,melentur buluh biarlah dari rebungnya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...