Hari ini saya nak menulis dengan tajuk yang agak santai,tetapi begitu bermakna dan mendalam bagi setiap orang Islam.
Sudah menjadi adat,sebagai hamba dan khalifah di muka bumi ini,kita akan cari tempat untuk bergantung,mengadu,berbicara dan meluahkan kepada sesuatu.Sesuatu itu mungkin kepada ALLAH ataupun kepada manusia.
Apabila dah terluah apa yang bermain di fikiran,apa yang kita rasa,secara automatik kita akan rasa lega.Betul tak?
Pengalaman 4/1/2015
Semalam,semasa berhenti singgah sekejap di kedai telefon,kami disapa oleh seorang hamba ALLAH.Mula-mula beliau cakap,aktifnya anak awak.Kami suami isteri hanya mampu tersenyum.Kemudian,beliau cakap,budak-budak mempunyai keistimewaan mereka tersendiri.Rupa-rupanya,beliau mempunyai seorang anak istimewa daripada 4 zuriatnya.Membesarkan anak istimewa amatlah memerlukan kekuatan yang tinggi.Kebergantungan kepada ALLAH juga perlu tinggi.Kenapa?
Ternyata ada satu kisah disebalik kehidupan anak istimewa ini.Sejak dilahirkan,tiada masalah untuk membesarkannya.Tetapi,apabila sudah memasuki umur 1 tahun,sebagai ibu bapa,mereka pastinya risau kerana anak mereka belum boleh bertatih apatah lagi berlari ke sana ke mari.
Perasaan kasih dan sayang yang mendalam membuatkan mereka membawa anak istimewa tersebut berjumpa dengan doktor pakar.Alangkah tersentapnya hati mereka berdua apabila doktor pakar sendiri memgesahkan yang anak mereka tidak berjalan.
Tetapi,sebagai ibu bapa mereka tetap berdoa semoga suatu hari nanti,anak mereka dapat membesar,berjalan dan berlari ke sana ke mari seperti kanak-kanak yang lain.Biarpun tidak sesempurna seperti kanak-kanak lain.
Doa dan harapan sentiasa mengiringi anak istimewa tersebut.Tahun demi tahun berlalu,dan akhirnya pasangan suami isteri terbabit dikejutkan dengan anugerah yang tidak terhingga daripada ALLAH.Pada usia anak istimewa tersebut 4 tahun,beliau secara perlahan-lahan mula belajar bertatih dan seterusnya berjalan seperti anak orang lain.
Namun,anak ini begitu istimewa bagi ibu dan ayahnya.Ini adalah kerana anak tersebut dikurniakan apa yang tidak ada pada orang lain.Anak tersebut seperti memahami apa yang terjadi di sekelilingnya,bila sampai ke sesuatu tempat,beliau akan duduk dan hanya mendengar dan melihat apa berlaku di sekelilingnya.
Beliau juga dianugerahkan boleh tahu apa yang ibu dan ayahnya tidak tahu.Contohnya ada orang akan datang bertandang atau melawat mereka.Apa yang tetamu itu nakkan dari keluarga mereka.
Apabila si ayah selesai berurusan,anak istimewa tadi bangun dan bersalam dengan orang yang berurusan dengan ayahnya.Alangkah damainya hati melihat perlakuan beliau.Walaupun tidak sesempurna orang lain,tetapi ibu dan ayahnya mengajar beliau apa yang patut untuk beliau meneruskan kehidupan di dunia yang sementara ini.Beliau juga dihantar ke sekolah untuk menuntut ilmu seperti kanak-kanak yang lain.
Manisnya bergantung kepada ALLAH.
Apa yang saya dapat simpulkan dari kisah adik istimewa tersebut ialah,- Doa ibu bapa untuk anak-anak tiada hijabnya.
- Yakin ALLAH akan makbulkan doa dan permintaan kita.
- Teruskan berdoa tanpa ada rasa putus asa.
- Doa secara spesifik.
- anak-anak merupakan tiket extra untuk ibu bapa mendapat pahala extra.
Semoga anak istimewa tersebut akan menjadi anak yang soleh,dunia dan akhirat,berjaya seperti insan-insan lain dan membanggakan ibu dan ayah yang membesarkan beliau.Begitu banyaknya pahala ibu dan ayahnya dapat sepanjang membesarkan anak syurga yang istimewa ini.