'sihat dan cantik pilihan saya: bagaimana nak meningkatkan pengeluaran susu ibu supaya bayi tidur lena dan kurang meragam?'

bagaimana nak meningkatkan pengeluaran susu ibu supaya bayi tidur lena dan kurang meragam?

Ada kalanya para ibu akan mengalami situasi pengeluaran susu ibu menurun akibat masalah tertentu contohnya stress,terpaksa berjauhan dengan bayi selama beberapa hari,mengurangkan aktiviti mengepam susu atas alasan sibuk dan sebagainya.

Tidak dinafikan ramai ibu-ibu di luar sana yang mengetahui kepentingan dan kelebihan susu ibu.Cuma terasa agak down bila susu badan makin hari makin sedikit.Anak pulak asyik menangis.Ditambah pulak dengan tuntutan tanggungjawab terhadap menguruskan rumah tangga,menguruskan anak-anak sememangnya boleh mendatangkan kesan terhadap emosi si ibu.

tingkatkan pengeluaran susu ibu dengan power pumping
susu ibu terbaik


Jangan risau ibu-ibu semua,ada caranya bagaimana untuk anda mengaplikasikan untuk banyakkan kembali pengeluaran susu ibu.Salah satu caranya ialah teknik 'power pumping'.

Kaedah ini merupakan teknik mengepam yang sangat berkesan untuk membantu anda meningkatkan kembali pengeluaran susu ibu.Caranya sungguh mudah dan senang.Anda cuma memerlukan pam dan masa selama satu jam sahaja untuk menjayakan misi penting ini.

tingkatkan pengeluaran susu ibu dengan power pumping
pam susu 


Jangan risau atau takut sakit dan seumpamanya ok.Sebenarnya teknik ini hanya melibatkan rutin mengepam seperti biasa yang anda lakukan.Cuma teknik 'power pumping' ini dijalankan dalam cara yang lebih unik berbanding sesi mengepam anda yang  biasa,

Anda perlu berusaha dan bersabar dalam melakukan kaedah 'power pumping' ini.Korbankan masa anda sekurang-kurangnya sejam setiap hari,tetapi jika anda boleh meluangkan lebih masa lagi,tidak salah sekiranya anda membuat kaedah 'power pumping' ini lebih dari sekali dalam masa 24 jam.

Waktu yang paling sesuai untuk melakukan teknik 'power pumping' ialah di tengah malam.Ini adalah kerana pada waktu tengah malam,pengeluaran hormon prolaktin adalah sangat tinggi.

Walaubagaimana pun,terpulanglah kepada anda nak lakukan kaedah ini diwaktu siang mahupun waktu malam.Terpulang kepada keselesaan anda.Yang penting,anda perlu dalam keadaan yang tenang dan selesa ketika melakukan teknik 'power pumping' ini.

Teknik power pumping

Pam Tunggal

  • Pam payudara kanan terlebih dahulu selama sepuluh minit.
  • Kemudian beralih ke payudara kiri pula selama 10 minit.
  • Tukar semula ke payudara kanan seterusnya ke payudara kiri.
  • Lakukan secara berterusan selama 1 jam.
Pam Berganda
  • pam kedua-dua payudara selama 10 minit.
  • kemudian berehat selama 10 minit.
  • sambung kembali mengepam selama 10 minit.
  • ulang langkah yang sama sehingga cukup 1 jam.

Tips Banyakkan susu ibu

  • pam atau susukan bayi setiap 2 hingga 3 jam ataupun mengikut kemahuan bayi anda.
  • usah tunggu payudara penuh baru nak pam.
  • Tendem pumping (sebelah menyusu,sebelah lagi mengepam)
  • kerapkan menyusu bayi pada waktu malam.
  • minum air kosong yang cukup (sekurang-kurangnya 3 liter sehari).
Tips tambahan
  • pastikan anda tenang dan selesa apabila melakukan teknik 'power pumping'.
  • lakukan teknik 'power pumping' di tempat yang tidak mengganggu anda.
  • dapatkan bantuan ahli keluarga yang terdekat untuk menjaga bayi anda sewaktu anda melakukan 'power pumping'.
Tidak dinafikan,ramai yang tidak sanggup untuk meneruskan kaedah ini.Mereka lebih sanggup memberi anak mereka susu formula kerana bagi mereka teknik 'power pumping' ini sesuatu yang melecehkan kan menuntut masa yang agak lama.

Jangan berfikir begitu wahai  ibu-ibu sekalian,percayalah setiap usaha yang disulami dengan kesabaran dan usaha yang berterusan pasti akan berhasil.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...