Alhamdulillah masih lagi diberi peluang untuk bernafas di dunia yang sementara ini.Akhirnya berjaya jugak mencuri masa untuk update entry terbaru dalam keadaan yang agak sibuk.Hujung-hujung tahun gini,banyak perkara perlu difikirkan,dibereskan dan perlu dilayan.^_^.Iman pun dua tiga hari ini asyik memerap jer,mungkin nak berubah bulan agaknya kot.Sabar je la selagi mampu :)
Baiklah,hari ini saya nak kongsikan sedikit tentang resepi cheese kek leleh.Kali pertama cuba ketika adik ipar yang belikan.Lepas cuba terus jatuh cinta gitu ^_^.Ha,hebat tak hebat penangan cheese kek leleh ni.Beli 2 bekas (dalam bekas plastik tu) sekali hadap jer licin.Hahaha,terus suami cakap,'kata nak diet,tapi bila mengadap cheese kek leleh terus lupa dunia '.Sabar je la.Entah kenapa tetiba jer teringin dan jatuh cinta dengan cheese kek leleh.Semalam pergi cari kat sabasun dah out of stock :(
Hari ini terus google,in shaa ALLAH ada masa terluang akan cuba buat sendiri jugak.Jom godek-godek dulu resepinya .
Resepi Cheese Kek Leleh
Bahan untuk kek- 100 g tepung hongkong (nak guna tepung gandum pun xde masalah)*
- 60 g tepung jagung*
- 1 sudu kecil baking powder*
- 1 sudu besar ovalette
- 100 gm gula kastor
- 4 biji telur
- 2 biji kuning telur
- 500 ml air sejuk (dari peti sejuk)
- 75 g mentega cair
Cara Membuat
- ayakkan dulu bahan yang bertanda *
- pukul telur terlebih dahulu
- masukkan bahan yang telah diayak sedikit demi sedikit.
- bila bahan yang dipukul telah gebu,masukkan mentega yang telah dicairkan.
- Bakar dalam oven pada suhu 150'c selama 45 minit.(api atas bawah)
Untuk Cream
- 250 g cream cheese
- 120 g susu pekat manis
- 50 ml UHT wiping cream.
*campurkan kesemua bahan di atas sehingga sebati.
Untuk hiasan
- 1 buku (250 g) cheddar cheese,diparut.
Cara penyediaan Cheese Kek Leleh
- Kek disejukkan terlebih dahulu,kemudian dibelah 2 menjadi 2 keping.
- Tuangkan cream cheese pada lapisan pertama.
- Lapikkan lagi kek yang telah dibelah tadi.
- Tuangkan cream cheese dan parutkan cheddar cheese diatas kek tadi.
pic from rahelblog. |
Selamat mencuba semua ^_^
Nie kalau dapat suami yang jenis tak makan kek,memang puas hati kalau boleh sorang-sorang :) Barulah dinamakan makan sehingga rasa nak termuntah.Tapi bagi penggemar kek dan cheese,in shaa ALLAH tak akan rasa nak termuntah kalau ikut sukatan betul-betul.
Eh,lupa pulak.Untuk orang-orang sekitar Kangar,Perlis yang nak membuat tempahan kek untuk kek harijadi ker,kek majlis kahwin ker,majlis tunang ker,anda bolehlah berhubung denganEima Belleza atau lawati masmudabakery untuk melihat dan intai apa yang dibuat.