Kesihatan fizikal bukanlah punca tunggal yang menyebabkan penyakit-penyakit di atas.Namun,dalam perkahwinan,tekanan boleh memberi pelbagai masalah.Contohnya salah faham,perbezaan pendapat,pergaduhan dan sebagainya.Kadang-kala tekanan yang melampau boleh meruntuhkan sesebuah institusi kekeluargaan tersebut.
Namun begitu,dalam rumah tangga,suami isteri perlu mengambil langkah dan peranan penting untuk memastikan keharmonian rumah tangga sentiasa terjamin dan terjaga.Kedua-duanya perlu berwaspada dan selesaikan dengan bijak untuk menghadapi tekanan dalam rumah tangga.
Disini saya kongsikan maklumat yang anda boleh lakukan untuk mengelak tekanan dalam rumah tangga.
Cara elak tekanan dalam rumah tangga.
- Meletakkan pasangan di tempat yang pertama dalam segala hal - Fikirkan kesannya atas setiap perkara yang anda lakukan,Fikirkan apa perasaannya.Seeloknya mintalah pendapat pasangan anda terlebih dahulu walaupun hal sebegitu remeh bagi anda.Jangan terlalu ego dan mementingkan diri.Kelak ego dan sikap mementingkan diri anda akan memakan diri anda sendiri.Contohnya rumah tangga anda mengalami krisis kewangan,anda secara diam-diam meminjam dengan saudara anda.Namun,bila nak bayar,duit tak cukup,suami pula duit cukup-cukup untuk perbelanjaan rumah.Tidakkah situasi begini akan memberi tekanan kepada suami anda?
- Fokus pada kebaikan pasangan - Dengan ini,anda akan terlupa kesalahan kecil yang dilakukan oleh pasangan secara sendirinya.Saling memahami kelebihan dan kekurangan masing-masing.Cubalah untuk melengkapkan sesama sendiri.Jika ada perkara yang tidak puas hati,sampaikan kritikan secara berhemah untuk mengelakkan ketegangan dan stress kepada pasangan.Gunakan intonasi suara dan ekspresi muka yang tidak keterlaluan.
- Komunikasi dengan jelas dan hormat - Salah paham mengenai hal remeh temeh juga kadang kala boleh menyebabkan tekanan kepada suami mahupun isteri,Berkomunikasilah dengan jelas dan penuh kasih sayang untuk mengelakkan salah faham.Ada ketikanya lelaki lebih faham dengan ayat yang terang dan jelas maksudnya.
- Melakukan aktiviti yang menyeronokkan - seperti berkelah,menonton wayang,melancong bersama.Ini secara tidak langsungnya akan memberikan anda lebih masa untuk bersama dan peluang untuk lebih memahami pasangan anda.
- Jangan sesekali menipu pada pasangan anda - Beritahulah dengan jujur perkara sebenar kepada pasangan anda.Individu yang sering merahsiakan sesuatu daripada pasangan seringkali berasa stress dalam perhubungan.
- Wujudkan masa untuk bersemuka biar sesibuk mana pun - Jadikan sehari dalam sebulan atau 2 minggu sekali sebagai masa untuk anda menghabiskan masa bersama pasangan anda.
- Selalulah memaksimumkan hubungan fizikal - Sentuhan secara fizikal terbukti sebagai penawar stress.Selalulah berpegangan tangan dan memeluk pasangan anda.Ops,namun,jangan keterlaluan di khalayak ramai ok :)
- Hidup dengan kemampuan anda - Kebanyakan tekanan dalam perkahwinan disebabkan oleh masalah kewangan.Jangan berbelanja di luar kemampuan suami atau luar kemampuan anda untuk mengelakkan pasangan daripada makan hati berulam jantung.
Sabar itu penting.
Paling penting dalam kehidupan berumahtangga adalah kesabaran.Pernah tengok tak filem 3 Abdul?makan pun setakat ambil bau jer,sanggup tidur di kandang kuda dan sebagainya.Akhirnya,si isteri pun turut menemani si suami tidur di kandang kuda ^_^.Jangan marah aa,nanti kena jual.Banyak pengajaran yang anda boleh dapat dari filem tersebut.Walaupun filem tersebut dikategorikan sebagai filem 'veteren',namun jalan ceritanya sarat dengan pengajaran dalam kehidupan berumah tangga.
Sedangkan lidah lagi tergigit,inikan pula suami isteri.
Saya doakan para pembaca blog ini sentiasa hidup dengan aman,tenang,harmoni dan rumah tangga anda semua berkekalan sehingga ke syurga.