'sihat dan cantik pilihan saya: majlis resepsi besar-besaran penyebab penceraian terjadi?'

majlis resepsi besar-besaran penyebab penceraian terjadi?

Assalamualaikum semua.

Tak dinafikan sekarang ini membuat majlis perkahwinan secara besar-besaran sudah menjadi satu trend terkini.Semuanya nak nampak grand lagi mewah dimata masyarakat sekeliling.Risau nantikan buat kecil-kecilan,panggil orang pun dalam 200 orang,lembu tumbang seekor jer,dekorasi bilik tidur pun berapa nak cantik,nantikan ada pulak mami jarum kampung tu canang 1 kampung.Siapa yang malu?Mak bapak kita jugak yang malu.

Kerana takut malu,kebanyakan pasangan muda yang berkahwin sekarang  tidak memikir panjang.Sanggup buat pinjaman puluhan ribu ringgit semata-mata untuk mengadakan majlis perkahwinan yang besar-besaran dan gah.



Saya bukanlah nak mengata mana-mana pihak.Tetapi tertarik untuk mengulas isu ini berikutan terbaca akhbar berita harian baru-baru ini.Ada betulnya apa yang ditulis di dada akhbar.Pasangan muda sekarang tidak memikirkan kesan jangka panjang.Mungkin mereka mampu tersenyum bahagia semasa hari majlis perkahwinan tetapi pada masa akan datang,isu kewangan akan menjadi faktor rumah tangga bergolak.Dan tidak mustahil rumah tangga yang bergolak akan runtuh dalam sekelip mata.

Buktinya sekarang,bertunang saja dah buat secara besar-besaran.Makan modal sampai beribu-ribu.Dipanggilnya orang kampung datang beramai-ramai,pelamin dihias indah,tempahan baju untuk majlis pertunangan dan sebagainya.

Berbanding dengan zaman dulu-dulu,majlis pertunangan hanyalah dihadiri oleh ahli keluarga yang terdekat dan jiran tetangga sahaja.Tiada pelamin dihias indah dan sebagainya.Selalunya pertunangan tidak dihebohkan pada orang ramai kerana jika majlis nikah tak menjadi,mereka juga yang turut menanggung malu dan akibatnya.

Berbeza bukan zaman dulu dan zaman sekarang?Orang zaman dulu lebih mementingkan maruah dan status keluarga mereka agar tidak tercemar.Tapi orang zaman sekarang lebih mementingkan 'glamour' dan kalau boleh nakkan majlis tersebut akan disebut-sebut selama setahun tanpa henti.


Berita mengejutkan semua orang.

Berdasarkan kajian yang dilakukan oleh Pusat Kecemerlangan Keluarga,Remaja dan Kanak-Kanak (FACE) Fakulti Ekologi Manusia,Universiti Putra Malaysia (UPM) terhadap 549 pasangan yang baru 2 tahun mendirikan rumah tangga mendapati bahawa 37 % daripadanya sudah meluahkan rasa tidak berpuas  hati dengan perkahwinan mereka.



Seperti yang dijangka,masalah kewangan menjadi punca utama timbulnya konflik dalam perkahwinan.Masalah kewangan dikatakan masalah yang lebih teruk berbanding dengan isu-isu lain seperti sikap pasangan,masalah komunikasi dan pengurusan konflik.

Yang baik dijadikan teladan,yang buruk dijadikan sempadan.

Selalunya orang lelaki akan berfikir lebih panjang dan lebih ke hadapan berbanding dengan wanita.Ini adalah kerana lelaki mempunyai 9 akal tetapi 1 nafsu.Tetapi perempuan memiliki 9 nafsu tapi 1 akal.

Pernah terjadi kepada kawan saya,si lelaki sanggup berhutang dengan bank untuk majlis perkahwinan.Oleh kerana tidak mahu tinggal bersama dengan keluarga mentua,mereka berpindah menyewa rumah lain selepas berkahwin selama beberapa bulan.

Apabila masuk rumah baru,segala-galanya perlu serba baru.Si lelaki berhutang lagi dengan bank untuk memberi keselesaan kepada isteri tersayang.Beberapa bulan selepas itu,si isteri berkias suruh membeli kereta.Oleh kerana kasihankan isteri yang asyik terperuk di rumah,kehendak isteri diikutnya.Pinjaman bank dibuat lagi.Walaupun si suami hanya ada  motor waktu itu,si suami sanggup berkorban asalkan isteri selesa.

Selepas 6 tahun berlalu,mereka tidak juga dikurniakan anak.Si suami mula berasa bosan berada dirumah.Keluar mencari ketenangannya tersendiri.Keluar pagi balik malam.Dalam masa yang sama,nafkah untuk isteri dan rumah tangga tidak dilupakan.Segala permintaan isteri cuba dipenuhi sebaik mungkin.

Si isteri mula memikirkan yang bukan-bukan.Naluri isteri mana yang tidak terusik bukan apabila suami keluar pagi balik lewat malam?

Tetapi lain yang terjadi kepada si suami.Si suami rasa terbeban dengan segala hutang.Bemula dengan hutang peribadi yang keliling pinggang,duit sewa rumah,duit bulanan kereta,segala bil,duit nafkah isteri dan sebagainya.Kepala si suami sesak setiap hari ditambah lagi dengan bebanan kerja di tempat kerja.

Gaji dari RM 3 k ++ kini tinggal hanya RM 900 ++.Pinjaman dibuat lagi sehinggalah gaji si suami tinggal hanya cukup-cukup makan.Akibat kerana terlalu resah dengan masalah yang dihadapi,tiada kata sepakat dicapai,akhirnya rumah tangga mereka tidak dapat diselamatkan.

Sebenarnya krisis kewangan adalah isu yang sinonim dengan pasangan yang sudah berkahwin.Sebagai isteri,jalanilah kehidupan anda mengikut kemampuan si suami.Terima lah apa adanya suami anda semua.Yakinlah suami anda adalah insan terbaik yang ALLAH hadiahkan untuk anda.

Kalau tak terbaik,bagaimana pintu hati anda boleh terbuka untuk menjadi isterinya bukan? ^_^


Dalam hal ini,sama ada si suami atau isteri,anda hendaklah sama-sama memainkan peranan penting.Bijak mengatur dan kemudikan rumah tangga anda berpandukan iman bukannya berpandukan nafsu.Bagi kaum adam,berhati-hatilah dalam menguruskan perbelanjaan gaji anda.Jangan terlalu boros dan membazir.

Mungkin anda tidak pernah terfikir,setelah berlakunya penceraian,si isteri berhak membuat tuntutan muta'ah.Bayangkan bekas isteri anda membuat  tuntutan muta'ah sebanyak RM 850 sebulan x 7 tahun hidup bersama.Adakah anda mampu membayarnya dikala hutang keliling pinggang pada waktu itu?

Wahai para suami,sediakanlah payung sebelum hujan dan gunakanlah akal sewaktu mengemudi rumah tangga anda semua.

.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...