Assalamualaikum dan salam jumaat semua.
Oleh kerana hari ini merupakan hari cuti bagi negeri Terengganu,terpaksalah masak awal sikit.^_^.Selalunya kalau tinggal berdua jer dengan iman,pagi tu beli agak-agak boleh sampai ke tengah hari cukup dah.Lepas zohor atau lepas asar baru mula nak berkungfu di dapur ;).
Hari ini,pepagi lagi dah sibuk ke sana sini.Ke kedai mencari sarapan makan,roti canai jer pun.Alhamdulillah licin dan tidak dikategorikan sebagai 'membazir'.Bergegas ke pasar,mencari barang-barang basah dan keperluan lain.
Tapikan,bila sampai jer kat gerai jual sayur,saya tertarik dengan satu jenis sayur.Dalam kategori sayur la jugak agaknya kot.Hahaha.Serius,saya bukanlah penggemar sayur,vegetarian lagi la jauh panggang dari api.
Saya memang tertarik dengan labu air nie sebab ia merupakan salah satu makanan kegemaran suami.Kalau buat memang si suami akan menambah lagi nasi.Alhamdulillah bersyukur diketemukan dengan suami yang banyak cekadak.Walaupun masak simple,ucapan 'terima kasih' tetap diucapkan.Dan jika ada kekurangan.akan ditegur dengan cara berhemah ^_^.
Baiklah,berbalik kepada resepi saya hari ini,resepinya simple dan mudah sahaja.
labu air |
Labu Air Masak Tumis.
Bahan-bahan yang diperlukan;
- 1 biji labu air saiz sederhana.
- 1 biji labu bawang besar | dimayang
- 4 ulas bawang putih | diketuk
- 2 inci halia | diketuk @ dipotong
- ikan bilis secukupnya
- Cili besar | dipotong nipis
- lada hitam | ditumbuk
- air
- garam dan perasa secukup rasa.
Cara penyediaan :
- masukkan sedikit minyak masak ke dalam periuk.
- Apabila minyak dah panas,masukkan bawang besar,bawang putih dan halia sehingga naik bau.
- Kemudian masukkan air dan ikan bilis.
- Biarkan seketika.
- Apabila air dah mendidih,masukkan labu air.
- Masukkan lada hitam yang telah ditumbuk
- Masukkan cili besar yang telah dipotong.
- Perasakan dengan garam dan serbuk perasa secukup rasa.
- Tutup api,sedia untuk dihidang.
inilah hasilnya |
Dan inilah hasilnya.Enak dimakan bersama nasi panas.Kalau dah ada makanan berkuah begini,makan dengan ikan kembung goreng atau ayam goreng bersama sambal belacan pun dah cukup :).
Alhamdulillah settle memasak untuk isi perut suami dan anak.Walaupun saya ni tak mahir sangat memasak,sekurang-kurangnya suami terima kasih pun dah cukup.
Tak dapat bayangkan kalau boleh suami yang jenis banyak cekadak.Buat itu tak kena,buat ini tak kena,cakap pun pakai cakap lepas jer,tak fikir dah tentang perasaan orang lain.Bahaya ooi...kalau boleh isteri yang jenis sabar tak pe,kalau boleh isteri yang jenis melawan,tak dapat bayangkan berapa lama rumah tangga tu boleh bertahan.
Tips nak tahu labu air dah empuk atau belum.
Sebelum tutup api tu,ambillah seulas buah labu air yang telah dipotong,letakkan dalam pinggan.Ambil garfu atau pisau cucukkan labu air tersebut.Kalau pisau atau garfu tersebut boleh masuk dengan mudah ke dalam isi labu air tersebut,kira masaklah tu :)Selamat mencuba semua.
.