Dirasakan hari isnin merupakan hari yang agak boring,sibuk dengan itu ini.Agaknya kalau bakul boleh diisi dengan alasan,tentu tak cukup sebakul ^_^.Syukur alhamdulillah nasib baik la saya seorang suri rumah :)
Kenapa Monday Blues?
Bagi yang sudah punya keluarga,cuti selama 2 hari dirasakan belum cukup.Masa untuk melayan anak-anak dan suami dirasakan begitu pantas berlalu.Kalau hari bekerja biasa,pagi-pagi lagi :
- Bangun pagi-pagi kena siapkan sarapan untuk anak-anak
- Hantar anak-anak ke nurseri,petang baru ambik semula.
- Bila sampai rumah,sibuk menguruskan rumah pulak.Memasak untuk makan malam dan sebagainya.
- Malam anak-anak dah tidur.
- Rasa seperti tidak cukup masa dengan anak-anak.Sedangkan mereka semakin hari semakin membesar.
Bagi yang bujang pulak,mungkin alasan malas untuk bangun awal menjadikan hari isnin agak suam-suam kuku.Bangun pagi hari,nak kena seterika baju,meredah jalan raya yang sesak dan menghadapi kerenah pengguna jalanraya dan sebagainya.
Apabila samapai di pejabat,terpaksa pula menghadapi kerenah rakan-rakan sepejabat.Kerenah bos lagi,politik pejabat lagi.Ditambah pulak dengan kerja yang menimbun di atas meja kerja.Wuarghhh,boleh stress gini.
Jangan biarkan perasaan dan tenaga anda yang menurun menguasai fikiran serta tubuh anda pada hari isnin ok.Ayuh,bangkitkan semangat untuk bekerja secara produktiviti dengan :
Cara Bangkitkan Semangat di Hari Isnin
- hindari beraktiviti di media sosial sewaktu bekerja.
- senaraikan 'list to do' suapaya kerja anda lebih teratur
- bertanggungjawab pada kerja sendiri.
- rapikan meja kerja.
- luangkan masa untuk berehat (meregangkan punggung dan kaki selama 15 minit)
- Jangan terus buka email atau pesanan ringkas sejurus sampai di pejabat.
Tiba-tiba teringat balik tentang kuliah pagi.Mengenai isu keibubapaan.
Layakkah kita meminta anak-anak meluangkan masa untuk kita apabila kita tua nanti,sedangkan semasa mereka kecil kita jarang sangat meluangkan masa untuk anak-anak?
Mungkin sekarang kita berfikir,duit boleh beli kasih sayang.Anak-anak kecil lagi,bukannya diaorang faham.Bagi mereka,kita ada atau tiada sama jer.Sebenarnya anda silap.Kanak-kanak memerlukan orang dewasa untuk mereka meluahkan apa yang mereka rasa.Mereka juga memerlukan kita untuk mendidik mereka menjadi insan yang berguna.
Dan jangan sesekali cakap,'ala,nanti bila aku dah berhenti kerja,pendapatan isi rumah sahih la berkurangan,nak beli apa pun kena hadkan'.
Rezeki,ajal,maut,jodoh,pertemuan dan perpisahan terletak di tangan ALLAH.Bukannya dibawah tapak kaki kita atau ditangan kita.Jangan sesekali memandai membuat tilik nasib sendiri.Rezeki ALLAH ada dimana-mana.Asalkan kita sentiasa berusaha berterusan,letakkan kebergantungan kita kepada ALLAH 100 %,in shaa ALLAH kita akan berjaya walaupun kita bergelar suri rumah tangga,terperuk jer dalam rumah jaga anak-anak.
Dan salah satu cabang untuk menjamin kewangan anda supaya stabil walaupun anda bergelar suri rumah,anda boleh menceburkan diri dalam dunia perniagaan.Berniaga online contohnya.
Disamping itu,anda boleh mengamalkan 10 amalan untuk murahkan rezeki anda.
Sekian dulu untuk entry hari ini.Semoga anda semua berjaya di dunia dan akhirat.Saya juga doakan supaya anda menjadi hartawan dan dermawan yang diberkati ALLAH S.W.T.