'sihat dan cantik pilihan saya: anak 1 hingga 2 tahun memberikan reaksi hambar apabila diajak berkomunikasi?Macam mana nak buat nie?'

anak 1 hingga 2 tahun memberikan reaksi hambar apabila diajak berkomunikasi?Macam mana nak buat nie?

Komuniaksi merupakan perkara yang penting dalam kehidupan manusia.Melalui komunikasi,kita boleh tahu situasi,perasaan,dan segala-galanya tentang individu tersebut.Begitu juga dengan anak-anak.Mereka boleh berkomunikasi seawal usia mereka sebulan.Tapi berkomunikasi dalam bahasa mereka la.Kang bayi berusia sebulan,tiba-tiba petah berkata-kata,tak ker agak pelik.Hehehe.Namun,dengan izin ALLAH,semua itu tidak mustahil .

Melalui berkomunikasi,si manja akan menerokai dunia dan mempelajari pelbagai ilmu baru.Ibu bapa boleh mula berkomunikasi dengan anak-anak seawal mereka dilahirkan.Mungkin mereka belum memhami apa yang kita ucapkan,tapi sekurang-kurangnya mereka memberi respond kepada kita.Contohnya mereka boleh tersenyum,memandang muka kita apabila kita bercakap,menyahut 'urmm' apabila nama mereka dipanggil.

comel kan?
Bagaimana mahu pupuk berkomunikasi berkesan dengan anak yang berusia sekitar 1 hingga 2 tahun?

Gunakan Ekspresi fizikal dan emosi.

Pada peringkat ini si manja akan berkomunikasi menerusi gabungan isyarat dan bunyi berdengus yang dihasilkan,Mereka sudah boleh melafazkan ayat yang terdiri dari satu atau 2 perkataan yang menunjukkan ekspresi emosi yang positif dan negatif disamping pergerakan badan.



 Tips komunikasi Berkesan


  • Berikan respond yang pantas kepada si manja anda - contohnya apabila si manja sebut 'nak,nak',berilah respond segera dengan bertanyakan,'adik nak apa?'
  • Luaskan cara komunikasi dengan perkataan yang disebut oleh si manja -contohnya bila anak menggunakan perkataan hujan.Cakaplah 'lebatnya hujan,adik tak boleh main hujan,nanti demam'.
  • Berikan arahan mudah - anda ajarkan terlebih dahulu kepada si manja.Kemudian,barulah anda berikan arahan,contohnya 'lepas buka baju dan seluar,adik kena letakkan dalam bakul baju'.
  • Labelkan  emosi si manja - contohnya si manja ketawa atau tersenyum apabila melihat sesuatu yang baru cakaplah 'gembiranya adik'.
  • Jadikan berbual dengan si manja sebagai rutin harian - selalulah berbual dengan simanja atau bercerita kepadanya.
  • Lepaskan anak-anak bermain dengan rakan-rakan sebayanya - biarkan mereka mencipta permainan baru mereka sendiri.
Jom luangkan masa anda untuk tengok ragam bayi comel ^_^


Semoga bermanfaat semua.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...