'sihat dan cantik pilihan saya: misiku mencari si merah menggoda!'

misiku mencari si merah menggoda!

Misi mencari si merah menggoda?apakah yang berwarna merah yang saya nak cari?adakah baju?seluar?tudung?langsir atau cat berwarna merah?

Jeng..jeng...jeng...

Sebenarnya saya sedang mencari jubah berwarna merah ;)..hehehe.tak pernah seumur hidup saya pakai pakaian yang berwarna merah di luar.Risau nanti jumpa lembu gila,kena kejar dengan lembu tu :).

Tak de lah..sebenarnya saya tak suka sangat dengan warna merah ini.Sebabnya,saya rasa warna ini begitu kontra dan menyerlah.Rasa macam tak sesuai pulak dengan saya yang pemalu ini..pemalu ker? :)



Inilah sebabnya saya kena ada misi mencari si merah menggoda.Hari keluarga Kesukas (kelab sukan alam sekitar) anjuran Alam Sekitar Terengganu (Kuala Terengganu).

Sebenarnya,hari keluarga kesukas ini diadakan setiap tahun.Istimewanya tahun ini diadakan di luar Terengganu.Mengikut cadangan,tahun ini hari keluarga akan diadakan di Tok Aman Bali Resort,Kelantan.

Banyak faedahnya hari keluarga diadakan.Antaranya boleh mengeratkan silatulrahim antara keluarga staff-staff JAS Terengganu.Untuk makluman anda,JAS Terengganu terbahagi kepada 2 tempat iaitu 1 di Kuala Terengganu dan 1 lagi di Kemaman.

Jadi,semasa program inilah,isteri-isteri staff boleh berkenalan antara satu sama lain.Mungkin ada sebelum ini tak pernah kenal pun.Inilah masanya untuk membina silatulrahim :)

Aktiviti untuk kanak-kanak juga disediakan.Antaranya ialah pertandingan rebut kerusi dan iringan muzik..Permainnan ini mengajar anak-anak agar lebih peka dan cepat bertindak.Pelbagai ragam boleh dilihat.Ada yang menangis apabila tak dapat duduk.

Berbalik kepada misi mencari si merah tadi,sebenarnya saya baru intai-intai secara online.Melalui ig,facebook dan blog.Pening nak memilih kerana terdapat banyak sangat pilihan.Semuanya cantik-cantik belaka!

Antara yang saya sempat intai adalah :






Pilihan terakhir belum lagi dibuat..hehehe..tetapi sekiranya anda ada kawan-kawan yang menjual jubah online,tolong yer bagi link fb atau blog kawan anda tu.

Masa semakin suntuk,daku semakin pening untuk memilih si merah menggoda :)

In shaa ALLAH mudah-mudahan program hari keluarga ini berjaya dengan jayanya..aminn...

Sekian,wassalam.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...