'sihat dan cantik pilihan saya: jom nyahkan lemak degil di peha anda!'

jom nyahkan lemak degil di peha anda!

Badan dah cun elok,bak kata pepatah 'sedap mata memandang'.Tak kurus sangat dan tak gemuk sangat.

Tapi cuba pakai jeans,tersangkut di peha.Hati dah mula resah dah.Hai,tak kan la peha dah makin besar.Lagi stress bila orang trang tang-tang tegur 'weyh!besarnya peha kau!'.Huwaaaa,malu weyh!

Ha,anda pernah hadapi tak situasi ini?Stress melanda bila saudara mara,kawan-kawan semua dah tegur peha besar!Ini secara tidak langsungnya akan menurunkan tahap keyakinan diri kita.

Berita baik untuk anda,sebenarnya terdapat senaman yang mampu mengecilkan peha anda.Tak perlu nak pergi gimnasium ok.

Anda boleh lakukan senaman ini dan mempraktikkan senaman ini dalam kehidupan seharian anda.



Berjalan dengan cepat

Apabila anda berjalan dengan cepat,otot di sekitar peha dan betis akan bergerak-gerak.Ini secara tak langsungnya turut membakar kalori dan lemak badan anda.


Melakukan senaman yoga

Luangkanlah masa anda selama 15-20 minit untuk melakukan senaman yoga walaupun hanya sekali dalam seminggu.




Naik turun tangga

Selain membakar lemak-lemak degil dipeha,anda juga boleh membakar kalori untuk turunkan perut dan berat badan anda ;)



Lakukan senaman sit up




Bersenam



Cuba luangkan masa anda untuk berjoging walaupun hanya 30-40 minit sekali dalam masa seminggu.Memang aktiviti ini agak memenatkan tetapi ianya adalah percuma!Cuba bayangkan anda berjoging sambil menghirup udara segar dan pemandangan taman yang indah lagi mempesona.

Sekian dulu entry untuk kali ini.Selamat mencuba semua :)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...