'sihat dan cantik pilihan saya: rimas dengan asap rokok?bagaimana caranya untuk membantu suami berhenti merokok?'

rimas dengan asap rokok?bagaimana caranya untuk membantu suami berhenti merokok?

Assalamualaikum semua.

Mungkin isu merokok dikalangan lelaki merupakan isu yang agak sensitif.Sememangnya merokok merupakan tabiat yang agak sukar untuk dipadamkan.Bagi mereka,rokok itu umpama candu.Kalau tinggal sehari,tidak keruan hidup,hari yang mereka lalui akan tidak sempurna dan huru hara.

Namun,ada juga individu yang memberi alasan merokok adalah untuk mengelak rasa mengantuk dan sebagainya.Tapi jangan terkejut bila ada juga diantara mereka memberikan alasan 'saja' apabila merokok.

Rata-rata perokok terjebak dengan merokok adalah sewaktu zaman belajar di Sekolah menengah,Universiti,Kolej dan Institut.Memang tak dinafikan zaman belajar merupakan zaman yang agak stress dengan pelajaran,kerenah rakan-rakan,guru dan sebagainya.Namun,merokok bukanlah jalan keluar dari semua masalah yang anda hadapi.


Amat malang sekiranya anda boleh pasangan hidup yang kuat merokok.Malang sebab boleh suami yang habitnya merokok ^_^.

Cuba anda bayangkan seketika,andainya isteri anda demam.Bila demam nie,biasalah badan akan rasa lemah gemalai,tenaga secara automatik akan merudum.Anda menemani isteri anda pergi ke klinik berdekatan.Namun,setelah agak lama anda menunggu,nama isteri anda belum lagi dipanggil.Anda pun keluar sekejap untuk merokok.Dan sewaktu anda masuk kembali ke dalam klinik,isteri anda sudah tiada di trmpat duduk tadi.Dan dalam waktu yang sama,doktor menyuruh isteri anda untuk menjalani ujian air kencing.

Biasalah,ujian air kencing memang akan memakan sedikit masa.Tambahan pulak kalau waktu itu,orang agak ramai untuk masuk ke tandasSetelah agak lama menunggu,anda pun keluar kembali untuk merokok.Mengantuk la tunggu lama-lama.Kang tertidur dan berdengkur di situ,isteri jugak yang dapat malu (alasan popular para suami).

Dalam bilik doktor,isteri anda disahkan hamil.Kemudiannya doktor nak scan untuk memeriksa usia kandungan dan keadaan bayi anda,Tetapi dimanakah anda ketika itu?Tidak mahukan anda berkongsi detik gembira itu bersama-sama isteri tersayang?Apakah perasaan isteri anda agaknya,bila doktor bertanya 'dimana suami anda'?

Mungkin bagi anda  sebagai suami,itu adalah perkara biasa.Tak pe,lepas ini isteri aku boleh bersalin lagi.Nanti-nantilah lepas nie aku masuk.Tapi sehingga anak ke-4,isteri tetap keseorangan jugak masuk berjumpa doktor.Padahal anak-anak tinggal bagi mentua jaga.

Dan yang paling tidak boleh diterima akal ialah apabila si suami merokok ketika berada dalam kereta.Sedangkan ketika itu,anak kecil turut berada dalam kereta tersebut.Tidak terfikirkah anda apa kesan asap rokok kepada isteri dan anak kesayangan anda?Tak per,aku hisap rokok daun,bukannya rokok yang dalam kotak tu (alasan lagi)

Pernah terbayang tak apabila anak anda makin membesar dan ditakdirkan anak tersebut terjebak dengan masalah rokok.Bila si ibu menasihatinya,'merokok tak baik'.Si anak menjawap 'abah merokok tak pe pun'.Yang nak disalahkan kaum ibu juga sebab tak reti nak didik anak dan sebagainya.

Anak-anak belajar dari apa yang mereka lihat disekeliling mereka setiap hari.Mahukah anda melihat anak anda sebagai seorang perokok tegar?

Merokok lebih banyak keburukan daripada kebaikannya.Kalau si isteri tak sihat,si suami pulak merokok dalam kereta,isu merokok pun boleh dijadikan bahan untuk bergaduh.Tetapi untuk mengelak terjadinya pergaduhan,si isteri lebih rela berdiam diri dan sedut jer asap rokok itu walaupun sebenarnya isteri rimas dan rasa sesak dada dengan asap rokok.

Kesan merokok

Merokok meningkatkan risiko sehingga 10 kali ganda untuk mendapat 40 jenis penyakit serius seperti kanser paru-paru, penyakit jantung dan angin ahmar atau strok. Merokok boleh memberi kesan kepada hampir setiap organ dan tisu badan.




Faedah apabila berhenti merokok


  • Panjang umur - Satu dari dua perokok akan mati lebih awal disebabkan penyakit berkaitan merokok. Merokok membunuh hampir 5 ribu rakyat Malaysia setiap tahun.
  • Mengelakkan dari bahan-bahan berbahaya - Asap rokok mengandungi hampir 4,000 bahan kimia dan 50 daripadanya boleh menyebabkan kanser.
  • Mencegah penyakit - Hampir 40 jenis penyakit yang berkait dengan merokok. Kanser paru-paru, sakit jantung, penyakit paru-paru yang kronik,strok dan ulser di bahagian lapisan kulit perut adalah antara penyakit-penyakit bahaya akibat tabiat merokok
  • Kehidupan yang lebih sihat - Mereka yang tidak merokok kurang mendapat batuk, selsema dan lain-lain penyakit pernafasan berbanding dengan perokok
  • Mencegah daripada mendatangkan keburukan kepada orang lain - bila anda merokok, ia memberi kesan kepada orang di sekeliling anda, di mana asap rokok tersebut boleh mendatangkan serangan asma dan lain-lain penyakit berkaitan dengan pernafasan
  • Menjadi contoh yang baik terutama untuk keluarga dan anak-anak.
  • Meningkatkan tahap kecergasan dan memiliki badan yang sihat
  • Meningkatkan deria bau dan rasa
  • Memiliki gigi yang putih dan nafas yang segar
  • Rambut dan pakaian tidak berbau asap rokok
  • Menjimatkan wang - Labur wang anda berbanding membeli rokok (RM5.00 sehari, pelaburan =RM 150.00 sebulan = RM 1800.00 setahun. Jika anda melabur untuk 10 tahun, anda sudah mempunyai RM18,000.00 dalam akaun simpanan anda).
  • Melindungi alam sekitar - Puntung rokok dibuang oleh perokok boleh menyebabkan kebakaran
  • Meningkatkan kesuburan.
  • Meningkatkan tahap 'kelakian'
Macam mana ye nak kurangkan ketagihan merokok?


Selain menguatkan semangat dan lawan perasaan untuk tidak merokok,anda juga boleh mencuba makanan yang dipercayai boleh membantu anda untuk berhenti merokok.In shaa ALLAH,kuatkan semangat anda,fikirkan kesihatan orang tersayang sekeliling anda,anda mampu berhenti merokok.

Antara alternatif yang anda boleh cuba ialah :

Kayu manis

kulit kayu manis


Menghidu aroma kulit kayu manis boleh membuatkan seseorang itu seperti 'berkhayal' kerana baunya lebih segar dari asap rokok.Selain digunakan untuk mengecutkan jerawat,kulit kayu manis juga berfungsi sebagai penenang saraf dan otak.






Halia & bawang putih






Bawang putih dan halia mapu mengatasi keinginan untuk merokok.Rasa 'panas' halia apabila digabungkan bersama bawang putih akan melepaskan racun-racun yang berpunca daripada rokok.

Selain itu,gabungan sehati berdansa ini turut membantu dalam menjaga pengaliran darah dan tekanan seimbang apabila anda menolak untuk merokok.












Buah Epal



Merokok memberikan banyak racun dalam darah yang mana boleh menyebabkan pelbagai komplikasi penyakit.Makan epal setiap hari dapat memerangi racun yang disebabkan oleh rokok.

Epal mengandungi banyak air dan 'pektin' yang membantu mengeluarkan racun dalam tubuh.Malah,tekstur epal juga boleh kurangkan keinginan untuk merokok.








Madu





Makan madu secara bertahap akan melepaskan glukosa ke aliran darah.Tambahan pula,madu memiliki antikosidan yang akan membantu anda dalam menyingkirkan racun dalam badan.










Susu


 Perasan tak,orang yang merokok mempunyai bibir yang agak gelap dan ada jugak hitam.

Susu dikatakan mampu membantu menghidupkan zat bibir anda agar kelihatan kembali merah.

Susu juga boleh membuatkan mulut anda berasa pahit apabila menghisap rokok.



Anda juga disarankan untuk makan makanan yang mempunyai kadar antioksidan yang tinggi sebagai salah satu langkah untuk berhenti merokok.

Supplement yang mempunyai antioksida tinggi.

vitamin E shaklee

Vitamin E shaklee



vivix Shaklee
Viviv Shaklee
Anda ingin order dan bayar sendiri untuk Vitamin E Complex dan vivix dengan menggunakan kad debit atau kad kredit?sila klik 'order now'.

sebarang pertanyaan atau pesanan boleh hubungi saya 

>> pm | whatsapp : 013-9156881
>> facebook : https://facebook.com/srosnah
>> page : https//m.facebook.com/ImanInDaHouse

***Cod sekitar Kuala Terengganu,Manir,Kuala Berang & kawasan- kawasan yang sewaktu dengannya.


*This product is not intended to diagnose,treat,cure or prevent any diseases.
**Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos,merawat,mengubati,atau mencegah sebarang penyakit.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...