'sihat dan cantik pilihan saya: Resepi Nasi Daging ringkas mampu menambat selera orang tersayang.'

Resepi Nasi Daging ringkas mampu menambat selera orang tersayang.

Assalamualaikum dan selamat berhujung minggu semua.

Kering idea untuk menyediakan hidangan tengah hari anda di hujung-hujung minggu begini?Apa kata anda cuba resepi nasi daging yang ringkas ini.Nak kata ringkas bukanlah ringkas sangat..kikiki.Kalau sekadar nasi dan daging seketol,adakah mampu memikat selera suami dan anak-anak?Ibu mengandung pun tiada selera nak makan ^_^

Sebenarnya resepi ini saya dapat dari ibu mentua saya Puan Zaharah Binti A.Ghani.Kalau di Terengganu,hari raya Aidilfitri jer,adik-adik ipar akan request nasi daging.Kat sini,memang makanan berat akan dihidangkan apabila syawal menjelma.Nasi dagang,nasi beriani,daging daging adalah pemandangan biasa yang akan dinikmati.Kalau ada laksa,mihun sup ker,ko teaw sup ker,memang jarang sangat jumpa.

Pernah dulu,sewaktu mengandungkan iman,berat badan saya 4 kg dalam masa 2 minggu.Nurse yang check tu pun terkejut ;) Nasi daging buatan ibu mentua saya memang kegemaran saya dan keluarga sebelah suami.Kalau makan,orang sibuk bergosip pun tak layan dah ^_^.

Apa yang istimewanya nasi buatan ibu mentua saya?jeng..jeng..jeng.Cukup rasa,cukup masin dan segala-galanya cukup.Bak kata orang perfect lah.Sup bunjutnya ibu mentua saya buat sendiri.Cuma beli daging,tulang dan bahan-bahan asas yang lain jer.Ada pulak air asam dan kari,fuh memang sedap habis la.

Bagi saya,buat sendiri lebih berbaloi dari kita makan di kedai.Kalau buat sendiri,nak makan nasi banyak mana.daging nak banyak mana,semuanya terpulang kepada kita.Tiada cas tambahan dikenakan.Tapi perlukan 'kerajinan' yer semua.Kalau malas,buat apa pun tak jadi.Yang penting,masak dengan penuh kasih sayang ^_^

nasi daging ringkas
pic source from google


Macam mana nak buat nasi daging?Jom check it out.

Bahan yang diperlukan untuk menghasilkan nasi Daging

Bahan-bahan sup bunjut

  • ketumbar
  • jintan putih
  • *bungkus bahan-bahan ini dengan kain dan ikat (seperti sup bunjut kat kedai tu)
Bahan-bahan untuk buat sup
  • 1 kg daging lembu (kalau anda gunakan daging segar,tak payah guna tulang dah)
  • tulang lembu (optional)
  • bawang besar (dimayang halus)
  • bawang putih
  • bunga cengkih
  • bunga lawang
  • halia (diketuk)
  • kulit kayu manis
  • buah pelaga
  • garam
  • air secukupnya.
Bahan-bahan untuk air asam
  • bawang besar
  • cili boh (cap kura-kura)
  • air asam jawa
  • gula nisan 
  • sedikit air masak.
Bahan-bahan untuk gulai
  • sedikit daging
  • air rebusan daging.
  • bawang besar,bawang putih dan halia (dikisar)
  • sayur seperti terung,timun,betik muda,bendi dan lain-lain (optional)
  • susu cair atau santan

Bahan-bahan lain

  • minyak sapi
  • air secukupnya.
  • beras (sukatan terpulang kepada anda)

Cara-cara membuat nasi daging

Untuk sup
  • basuh daging terlebih dahulu (2 kali basuhan dan cukup)
  • rebus daging sehingga empuk 
  • bahan-bahan yang lain masukkan sekali.
  • Bila daging sudah empuk,perasakan dengan garam secukup rasa.
  • Rebus lagi buat seketika.
Untuk Nasi
  • Basuh beras terlebih dahulu.
  • Masukkan air rebusan daging tadi.
  • Sukatan air rebusan daging hendaklah sama dengan sukatan beras yang anda gunakan tadi.
  • Nak mudah masak jer gunakan periuk eletrik ;)
Air rebusan tadi dah selesai,sekarang kita beralih kepada daging yang telah direbus.
  • Panaskan minyak sapi. (jangan terlalu banyak,cukup sekadar untuk boleh balikkan daging yang akan digoreng)
  • Bila minyak sapi dah panas,masukkan daging yang tersebut.
  • Jangan goreng terlalu lama,sebab daging tadi sebenarnya dah masak.
  • Goreng daging dalam minyak sapi hanyalah untuk membangkitkan aroma nasi.
  • Dah siap goreng,masukkan dalam periuk nasi.
Untuk air asam
  • bawang besar dimayang halus.
  • gula nisan diracik halus-halus.
  • Masukkan bahan-bahan tersebut ke dalam mangkuk bersama air asam jawa yang telah dibancuh.
  • masukkan sedikit air masak.
  • gaulkan sehingga sebati.
Untuk gulai
  • panaskan minyak masak.
  • tumis bahan-bahan yang telah dikisar.
  • Bancuh serbuk kari daging dengan air rebusan daging.
  • Bila bahan yang ditumis tadi telah naik bau,masukkan bancuhan serbuk kari.
  • Apabila rempah kari tadi dah agak masak,masukkan lagi air rebusan daging.
  • masukkan susu cair.
  • masukkan sayur yang anda suka.
  • Bila sayur dah masak,bolehlah tutup api dapur.
Sedikit tips untuk anda,anda boleh masukkan 1 kiub daging lembu untuk menyedapkan lagi rasa sup anda.

Kenapa sukatan beras dan air rebusan daging kena sama?
Sebab selepas goreng daging bersama minyak sapi,kita bukan sekadar masukkan daging sahaja yer tuan-tuan dan puan-puan sekalian.Kita akan masukkan sekali dengan minyak sapi.Nantikan kalau terlebih  sukatan air rebusan daging,ditambah pulak dengan sukatan minyak sapi,nasi anda akan menjadi lembik.

Kesedapan nasi daging ini bergantung kepada supnya.Kalau supnya cukup rasa,in shaa ALLAH yang lain-lain akan terasa sedap.Jadi,pastikan sup anda betul-betul sedap,barulah menjadi nasi daging anda,Confirm suami dan  anak-anak akan bertambah lagi apabila makan.

Kalau anda nakkan kelainan dalam masakan anda,anda boleh buat nasi tu berwarna kuning (masukkan sedikit kunyit selepas membasuh beras).Anda juga boleh buat nasi daging berempah,tetapi yang lecehnya nasi daging berempah ini tidak sesuai untuk yang ada anak kecil.

Mohon maaf yer,gambar nasi daging tak sempat nak snap.Sedap sangat nasi daging buatan ibu mentua saya tu,bila makan jer terus lupa nak tangkap gambar ^_^

Selamat mencuba semua.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...