'sihat dan cantik pilihan saya: kenapa 16 November merupakan tarikh Keramat?'

kenapa 16 November merupakan tarikh Keramat?

Assalamualaikum semua..

Kenapa 16 November merupakan tarikh keramat?tarikh keramat ker tarikh kiamat?hehehe.tak de lah,gurau jer.

Sebenarnya 16 November merupakan hari keluarga untuk anda semua.Saya sendiri pun tak pernah tahu pasal hari keluarga sedunia ini.Saya baru tahu apabila terdengar khutbah jumaat sebentar tadi.

Memang tak dinafikan keluarga adalah insan-insan penting dan insan yang sentiasa menjadi tulang belakang kita.Tapi hari ini,khutbah jumaat menekankan peranan ibu bapa dalam mendidik anak-anak.



Ibu bapa juga merupakan tulang belakang yang paling penting kepada kita.Tanpa mereka,siapalah kita di dunia ini.

Sebenarnya untuk menjadi ibu bapa yang betul-betul sempurna di mata anak-anak merupakan perkara yang mustahil pada zaman milenium ini.Sekarang,anak-anak lebih tertumpu kepada dunia luar melalui gajet-gajet yang canggih.

Adakah anda perasan iklan raya yang dihasilkan oleh Petronas semasa Aidilfitri lepas?Semua anak-anak balik ke kampung untuk beraya.Semuanya berkumpul ramai-ramai di ruang tamu.Tapi kenapa suasana begitu sunyi sepi umpama tanah kubur?Kerana semuanya masing-masing sibuk dengan gajet.

Apabila si bapa bertanya soalan itu dan ini,anak menantu hanya jawap ala kadar.Apabila si ibu menghidangkan air dan hulur kepada anak-anak,mereka passing yang akhirnya semua air tu si bapa yang dapat.Kalau secawan mungkin tak kisah sangat,tetapi kalau sampai 2 cawan air sampai ke tangan si bapa,agaknya apa yang si bapa rasa?

Sampailah saatnya ibu bapa ketuk periuk di pagi hari,kutip dan simpan semua gajet-gajet anak,cucu dan menantu.Kemudian membahagikan tugas masing-masing seperti tangkap ayam,ambik buluh lemang dan sebagainya.

Agak-agaknya,kenapa si ibu dan bapa bertindak sedemikian rupa?semuanya hanyalah untuk anak,cucu dan menantu mereka juga.Untuk mengeratkan balik ikatan kekeluargaan yang nampak macam sudah suam-suam kuku.

Itu zaman sekarang.Kalau 10 atau 20 tahun yang akan datang?apa yang akan terjadi?

Sebenarnya ibu bapa memainkan peranan yang sangat-sangat penting kepada anak-anak.Ibu bapalah yang akan mencorakkan bagaimana sikap anak-anaknya.Tapi sekarang ibu bapa lebih mementingkan duit daripada memberi ajar dan kasih sayang kepada anak-anak.

Anak-anak yang dilahirkan umpama kain putih.Menjadi tanggungjawab ibu bapanya bagaimana mahu mendidik mereka untuk menjadi yahudi,nasrani ataupun Islam.

Luangkanlah dan korbankan masa anda untuk anak-anak.Lakukan majlis ilmu di rumah sekurang-kurangnya seminggu sekali.Luangkan masa untuk bermain dan bergurau senda dengan anak-anak.

Mungkin alasan bekerja begitu sinonim sekarang ini.Tapi,adakah kita juga mahu anak-anak melayan kita sedemikian rupa apabila kita sudah tua nanti?



Mungkin sekarang kita letakkan anak di rumah pengasuh kerana sibuk dengan kerja.Tetapi adakah kita mahu,rela dan redha jika mereka meletakkan kita di rumah orang tua-tua dengan alasan mereka juga sibuk bekerja?

Penutup bicara,fikirkanlah.apa yang kita buat sekarang,semuanya akan berbalik kepada kita juga akhirnya.Luangkanlah masa dan berbaktilah kepada anak-anak dan ibu bapa sementara mereka masih hidup.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...