Assalamualaikum semua.
Semalam bila sampai rumah jer sibuk kemas rumah.Setelah semalaman tinggalkan rumah,debu pun dah ada balik.Pergi honeymoon ker?haish...tak lah..ada la pergi some where ;)
Dalam keadaan kelam kabut bersihkan rumah,basuh pinggan mangkuk,ke sana ke mari memang tak perasan langsung kaki terpijak ulat bulu.Sedar-sedar panas jer kaki.Tak miang!Mungkin sebab kulit kaki tebal kot :)
Saya memang spesies geli dengan ulat-ulat nie.Walaupun ulat bulu.Tengok liuk lentok badan ulat pun dah mampu buat perasaan geli geleman tu hadir tanpa diseru.
Kalau ulat yang sebesar anak jari pun saya dah geli geleman,ular apatah lagi!
Comelkan ulat buli di atas?hehehehe..itu adalah gambar yang saya sempat google.Yang kelmari punya cerita saya tak sempat nak snap gambar,penyapu dulu bertindak :)
Bila dah selesai buat kerja semua,rehat-rehatlah sambil tengok telegram sanak saudara dalam awesome 2 dan rti 2.Tiba-tibakan rasa panas jer tapak kaki.
Kalau ikutkan petua arwah nenek saya dulu,gosokkan tempat yang terkena ulat bulu tu di rambut.Ishhh...pikir punya pikir,mana sampai nak letakkan tapak kaki atas rambut sendiri.
Nak gosok tapak kaki kat rambut encik suami kang,nampak sangat tak senonoh!nampak macam kurang ajaran pun yer jugak.Nampak sangat tak hormatkan suami kalau buat gitu.
Urmmm,macam mana nak buat yer?Akhir sekali tanya la suami.Dan yesss!Suami cakap rendamkan jer kaki tu dalam air garam.Apa lagi,lepas tidurkan anak terus buat rendaman garam.
Kalau anda semua nak jimat,anda boleh gunakan garam kasar.Garam kasar lebih murah berbanding garam halus yang kita selalu guna dalam masakan tu.Sekilo baru 50 sen ;)
Alhamdulillah,selepas 20 minit sesi rendaman kaki bersama air garam,memang betullah!Hilang terus rasa gatal tu.
Selamat mencuba semua!
Harap maaf yer..gambar semasa sesi rendaman memang tak disediakan.kaki itu kan tergolong dalam kategori aurat ;)