'sihat dan cantik pilihan saya: resepi biscotti badam ranggup'

resepi biscotti badam ranggup

Assalamualaikum semua,

Anda dah jemu asyik makan snek dan cekedis yang dibeli di pasar raya?Ha,apa kata kali ini,anda rajinkan diri untuk buat sendiri biskut.Di samping menjimatkan wang,kuantiti dan kualiti makanan pun sahih la lebih banyak dan agak berbaloi dari beli di pasar raya.Yer x?

Hidup sekarang haruslah berjimat cermat dan pandai berbelanja.Pendapatan RM 3600 sudah dikira miskin.Agak-agak kalau pendapatan RM 1500 dah tergolong dalam golongan fakir miskin kot ^_^.

Ok,tak nak membebel panjang-panjang.jom saya kongsikan resepi biskut ringkas iaitu biscotti badan rangup yang saya dapat dari majalah saji.Selamat mencuba semua!

Bahan-bahan :

  • 100 gm tepung gandum |diayak
  • 30 gm tepung beras | diayak
  • 4 biji putih telur.
  • 100 gm gula
  • 1/2 cawan kacang badam.
Cara penyediaannya :
  1. pukul putih telur sehingga kembang dan gebu.
  2. Tambahkan gula kastor dan pukul lagi sehingga berkrim.
  3. masukkan tepung gandum dan tepung beras sedikit demi sedikit ke dalam adunan.
  4. Kaup balikkan hingga sebati.
  5. Masukkan kacang badam.
  6. Tuangkan adunan ke dalam loyang yang telah digriskan dengan sedikit mentega.
  7. Bakar dalam oven selama 30 minit pada suhu 170 darjah celcius.
  8. Setelah masak,keluarkan dan hiris nipis-nipis.
  9. Susun semula di atas loyang pembakar dan pastikan tidak bertindih.
  10. Bakar lagi pada suhu 150 darjah celcius selama 7 hingga 8 minit atau sehingga ranggup.



bayangkan kalau buat 1kg tepung gandum,400 gm kacang badam.Tak ke dapat sebalang besar?Memang puas hati kalau makan.hehehe..apa-apa pun,selamat mencuba semua!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...