'sihat dan cantik pilihan saya: cabaran menyusukan anak'

cabaran menyusukan anak

Tak dinafikan zaman sekarang,kalau tahu yang kita masih menyusukan anak,pelbagai persoalan akan dilontarkan.Kadang-kadang boleh sebabkkn hati jadi walang dan was-was nak teruskan penyusuan.

Dalam ISLAM,kaum ibu digalak menyusukan anak sehingga anak tersebut berusia 2 tahun.

Dan adakah anda tahu,sebemarnya otak bayi berkembang dengan pesat semasa dua tahun pertamanya dan ini adalah waktu yang penting dalam perkembangan dirinya.

Dan kajian turut membuktikan bahawa lebih lama dan lebih kerap bayi disusukan,anak akan menjadi lebih bijak.Hal ini kerana terdapat 'lemak genius' di dalam susu ibu yang dinamakan sebagai asid lemak omega 3 atau lebih dikenali sebagai DHA.

DHA merupakan makanan untuk otak.Apabila otak mendapat makanan yang secukupnya,sel-sel dalam otak akan berhubung dan berkembang dengan pesatnya.Ini membolehkan bayi cepat fokus dan belajar dengan lebih cepat.

Tapi apabila ditanya soalan-soalan yang tak masuk akal,elakkan diri anda daripada menjadi marah.Jawaplah dengn penuh berhemah :)

Antara soalan yang sering ditanya ialah :

  • HAH!  Masih menyusu lagi ker?

Jawap jer : Alhamdulillah,anak saya masih nakkan susu badan.Banyak kebaikan susu badan nie,antaranya ialah memberikan perlindungan imunisasi dan zat yang optimum kepada bayi.Selain itu,ia turut membantu saya mencegah dari barah payudara dan kanser serviks.


  • Anak tak gigit ker?Diakan dah ada banyak gigi!
Jawap jer : sepanjang proses penyusuan,gigi anak tidak akan terkena pada payu dara.Malah,penyusuan susu ibu dapat membantu bayi mendapatkan gigi yang cantik.

  • Bila nak berhenti menyusu?
Cakaplah doktor sendiri yang beritahu banyak zat terdapat dalam susu ibu.Dan beritahu bahawa anda mahukan yang terbaik untuk anda.Siapa nakkan anak mereka sakit selalu?

Sesungguhnya kesakitan anak-anak merupakan kesengsaraan bagi ibu bapa.Dan saya rasa semua ibu bapa mahukan yang terbaik untuk anak-anak mereka kan?

Cuma kita hendaklah menggunakan kata-kata yang berhikmah.Semoga orang yang bertanya itu akan lebih memahami betapa pentingnya kebaikan susu ibu.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...