'sihat dan cantik pilihan saya: Family Day Kesukas Terengganu'

Family Day Kesukas Terengganu


Assalamualaikum semua.

Alhamdulillah,hari keluarga anjuran Kesukas (Kelab Sukan dan Kebajikan Alam Sekitar) Negeri Terengganu berjaya dengan jayanya.

Hari keluarga tahun ini diadakan di luar negeri Terengganu iaitu di Tok Aman Bali Beach Resort,Kelantan.Program ini berlangsung selama 2 hari  1 malam.

Pemandangan di tempat tersebut sangatlah mengagumkan.Memang sesuai untuk anda yang ingin mencari ketenangan,rehatkan minda setelah penat bekerja ataupun ingin meluangkan masa bersama keluarga di musim cuti sekolah  ini.Kalau nak berbulan madu pun sesuai jugak ^_^.

Kenapa saya cakap tempat ini begitu tenang,aman dan damai?Ini adalah kerana Resort ini berhadapan dengan pantai dan dikelilingi oleh tasik.Di samping itu,struktur bangunan juga boleh dikategorikan sebagai 'sedap mata memandang'.Struktur bangunan dan warna resort juga mempengaruhi suasana di sini.

tok aman bali beach resort
credit picture to www.cutikelantan.com
Yang paling menarik,resort ini mempunyai kolam renang yang begitu luas keluasannya.Anak-anak begitu teruja apabila melihat kolam renang ini.Dengan dilengkapi dengan papan gelongsor dan air ala-ala air hujan yang turun dari bumbung menjadikan mereka lebih teruja lagi untuk bermandi-manda-bergurau senda bersama rakan sebaya mereka di dalam kolam renang.

Kolam renang ini terbahagi kepada 4 bahagian iaitu zon kanak-kanak 1,zon kanak-kanak 2 (2 buah kolam renang) dan zon dewasa (paling dalam).Kalau kebiasaannya kita pergi ke mana-mana resort,kolam renang direka sama tinggi dengan lantai yang kita pijak tu.Tapi kat sini,kolam renangnya begitu limited edition gitu.Chewah ^_^.Sebelum sampai ke kolam renang tersebut,anda akan mendaki tangga terlebih dahulu.Kerusi rehat turut disediakan berhampiran dengan kolam renang untuk memudahkan ibu bapa memantau anak-anak mereka.

tok aman bali beach resort
pemandangan kolam renang
Suasana dalam bilik juga menarik.Ada perkhidmatan astro,ada penghawa dingin,kipas,kerusi rehat,meja kerja dan sebagainya.Di balkoni turut disediakan meja kopi untuk anda bersantai menenangkan fikiran.Yang menariknya,balkoni anda berhadapan dengan tasik.Anda boleh lihat orang memancing dan melakukan aktiviti air.

tok aman bali beach resort
semua kelengkapan tersedia


tok aman bali beach resort
rehat tenangkan jiwa
Alhamdulillah,program hari keluarga ini berlangsung dengan meriah dan dihiasi oleh pelbagai aktiviti-aktiviti yang menarik.Makan malam bertemakan warna merah.Tetamu jemputan mendendangkan lagu,pertandingan fesyen kanak-kanak,cabutan bertuah,sesi fotografi bersama keluarga,anugerah untuk staf-staf Jabatan Alam Sekitar Terengganu.Paling menguntungkan hadiah cabutan bertuah tahun ini semuanya hebat-hebat belaka.Televisyen 32",oven,pemanggang,broadband,dan sebagainya.Tahniah diucapkan kepada semua.

Selepas habis makan malam,semuanya tidur kekenyangan seperti ular sawa ^_^.Dengan keadaan letih sebab perjalanan agak jauh dan makanan yang disajikan pada malam tersebut semuanya sedap-sedap belaka.Makan memang tak ingat dunia dah.hehehe.hancur diet yang diamalkan  sebelum bercuti.

Terima kasih buat semua ahli jawatankuasa Kesukas Negeri Terengganu kerana berjaya menjalankan program yang menggembirakan hati ahli keluarga yang lain.Memang betul-betul relax hari keluarga kali ini.Jauh dari pencemaran bunyi dan pencemaran alam.Line telefon pun ada 2 bar sahaja,line internet statusnya ialah 'g'.

Bukan niat memerli,tapi inilah program yang betul-betul menenangkan saya ^_^.Selalunya saya dan telefon bimbit tidak dapat dipisahkan.hehehe.Tetapi 2 hari ini,saya berjaya menjauhkan diri daripada memegang telefon bimbit selalu.

Kepada anda yang sedang tercari-cari lokasi percutian menarik semasa musim cuti sekolah ini,cubalah pergi ke Tok Aman Bali Beach Resort.Tapi,pastikan anda telah selesaikan semua tugas anda sebelum pergi bercuti.Barulah percutian anda akan lebih tenang dan bermakna.

Tengok betapa sukanya Iman dan anak-anak staf yang lain menghayati keindahan alam semulajadi dan menyertai pertandingan mewarna.

Tok aman bali beach resort
Muhammad Hariz Iman


tok aman bali beach resort
sesi mewarna untuk kanak-kanak

Sekian dulu untuk entry kali ini.Selamat berhujung minggu semua ^_^.Jumpa lagi di lain waktu.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...