'sihat dan cantik pilihan saya: inginkan gigi yang putih dan cantik berseri?'

inginkan gigi yang putih dan cantik berseri?

Setiap orang inginkan gigi yang cantik dan putih berseri kan?Baru la keyakinan untuk berhadapan dengan orang itu tinggi sikit ^_^.Kebanyakan individu akan buat apa sahaja untuk mendapatkan gigi yang cantik dan putih   berseri.Kos tinggi pun tak pelah,janji gigi putih berseri dan cantik.

Jangan terkejut ok bila ada rakan taulan yang sanggup melabur kos yang tinggi untuk kikis gigi,pakai mendakap gigi,beli itu,beli ini dan sebagainya untuk dapatkan gigi yang cantik.Siapa nakkan gigi yang kuning,berkarat dan bertaik?Kalau boleh semua orang tak nak bukan? ^_^



Kalau zaman saya sekolah menengah dulu,gigi emas sangat popular.Biasa la remaja tengah membesar.Pelbagai gelaran nak beri pada kawan-kawan.Kalau sekeliling rumah si A dipenuhi dengan pokok petai,dipanggilnya si A dengan gelaran petai.Kalau bapa si B buat kebun kailan,dipanggilnya si B kailan.Kadang-kadang bila ingatkan balik memang akan senyum sorang-sorang.Sampaikan gelaran gigi emas pun ada ok.

Suatu hari,ada seorang cikgu lelaki,rasanya beliau sentiasa dengar kot budak-budak kelas kitaorang suka panggil dengan nama gelaran.Akhirnya beliau buat kertas peperiksaan dengan menggunakan semua nama gelaran itu.Bila tiba saat untuk menjawap peperiksaan,semua murid buka kertas soalan.Dewan peperiksaan gamat dan riuh dengan gelak ketawa kami semua.Itulah antara kenangan manis sewaktu bersekolah di daerah Sik,Kedah.

Baiklah,berbalik pada tajuk entry hari ini,sebenarnya tak susah pun nak putihkan gigi.Disamping menggunakan ubat gigi dan berus gigi yang sesuai,anda juga boleh gunakan bahan dari dapur rumah anda.Ha,biar betul?yer,hanya gunakan garam sahaja.Tapi garam halus la,jangan gunakan garam kasar pulak ^_^.


Bagaimana nak buat?

  • lembabkan dulu berus gigi anda.
  • ambil sesudu kecil garam halus dan letakkan di atas berus gigi anda.
  • kemudian,gosokkanlah ke semua gigi anda.
Amalkan 2 atau 3 kali seminggu.Seeloknya gunakan berus gigi yang rapat.Selain garam,anda juga boleh gunakan baking powder sebagai pengganti garam.

Hasilnya?gigi anda akan lebih bersih,putih dan menawan.


Cantik bukan?kalau senyum depan orang ramai,pasti mereka semua akan tertawan ^_^

Selamat mencuba semua.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...