Kat Terengganu sekarang dah musim hujan.Tempat anda bagaimana?Hari ini saya nak tulis entry santai jer la.:) yang penting tulis dari hati.Itulah pesanan nanny muda saya.Barulah orang akan tertarik untuk baca.
Kalau dulu zaman mak nenek kita,sebelum tuala wanita pakai buang diperkenalkan,mereka hanya memakai kain batik yang dikoyak dan seterusnya dilipat.Bentuknya persis tuala wanita sekarang ini.Tuala good morning pun kira boleh la.Kreatif kan kaum hawa zaman dulu-dulu?
Baiklah,berbalik kepada tajuk entry hari ini,memakai tuala wanita sewaktu jungle trekking?Logikkah?Kalau bagi perempuan yang datang bulan sewaktu melakukan aktiviti jungle trekking memang logik dan boleh diterima akal.Tetapi kalau lelaki yang pakai tuala wanita?
Anda jangan fikir yang bukan-bukan taw.Maksud saya lelaki bukanlah pakai tuala wanita seperti kaum hawa pakai tu.Sebenarnya trend meletakkan tuala wanita di dalam kasut boleh dikatakan sudah menjadi tradisi kepada mereka yang gemar melakukan aktiviti lasak,berkawad dan sebagainya.
Tujuan meletakkan tuala wanita dalam kasut ini ialah untuk mengurangkan kesakitan kaki.Contohnya memakai kasut yang dikhususkan untuk kawad kaki.Kasut itu tebal dan berat.Kaki boleh melecet taw.Jadi,untuk elakkan kaki daripada melecet,baik masukkan tuala wanita :)
Begitu juga dengan aktiviti jungle trekking.Tujuannya ialah nak bagi tuala wanita tu serap cecair peluh yang berlebihan.Tapi sekiranya anda sudah tahu,semasa aktiviti jungle trekking tu anda semua akan melintasi sungai,lebih baik elakkan dari memasukkan tuala wanita ke dalam kasut.Ini akan menyukarkan pergerakan anda dan kemungkinan untuk anda tertingal dan jauh dari kumpulan adalah tinggi.Mesti anda tak sesat sorang diri dalam hutan tu kan?
Sebagai pelajar dulu,saya juga turut terlibat dalam kelab dan unit beruniform yang menganjurkan aktivit perkhemahan.Dan antara aktviti yang diselitkan ketika program perkhemahan itu adalah aktiviti jungle trekking.Kalau dulu aktiviti inilah yang paling digemari oleh semua pelajar.Yang geli dan takut pacat tu,pakai stoking panjang siap-siap.Baju lengan panjang wajib dah pakai,dalam hutan kan banyak nyamuk :)
kenangan sewaktu di sekolah teknik kangar |
Kedengaran orang ketawa di sekeliling.Kawan-kawan yang lain bukannya ketawa sebab beliau memakai tuala wanita.Tidak sama sekali!Tetapi kerana beliau tersilap beli tuala wanita yang bergel.Hahahaha..memang melekit la!
Tapi,pengalaman itulah yang mematangkan kita semua.
Antara tempat-tempat yang menarik untuk anda melakukan aktiviti yang agak mencabar dan menguji minda anda ialah:
- Sungai Sedim,Kulim,Kedah
- Taman Negara Kelantan,Kuala Koh
- Taman Negeri Perlis (berdekatan dengan Wang Kelian)
- Taman Negeri Royal Belum,Perak.
Dan banyak lagi tempat-tempat menarik.Semuanya ada kelebihan dan kekurangan masing-masing.Contohnya,Taman Negeri Perlis,mula-mula anda akan dibawa melawat gua.Dalam gua tu terdapat banyak khazanah alam yang tidak penah dilihat sebelum ini.Antaranya adalah kodok besar,kelawar,melalui lorong dan lubang tikus.Paling menarik adalah anda kena berjalan itik semasa dalam perjalanan untuk keluar dari gua tersebut.Paling penting,sediakan lampu suluh.Sebab dalam gua tersebut,memang betul-betul gelap.Buatlah pilihan mengikut bajet dan keadaan semasa.Kalau boleh,elakkan melakukan aktvitivi sebegini badan musim tengkujuh,:)
Sekian dulu untuk kali ini.