'sihat dan cantik pilihan saya: April 2015'

Bagaimana suri rumah boleh menjana pendapatan dengan SHAKLEE?

Alhamdulillah masih berkesempatan mencoretkan apa yang dirasakan setelah sekian lama menyepi. ^_^.

Mengandung untuk kali ketiga sangatlah menguji kesabaran fizikal dan mental.Apa-apa pun,alhamdulillah berjaya harungi dengan semangat dari anda semua :)

Siapa saya?

Saya juga manusia biasa seperti anda.Seorang isteri dan dan juga umi kepada seorang anak syurga yang cergas lagi aktif.Mempunyai masa yang sama dengan anda semua iaitu 24 jam sehari,7 hari seminggu untuk melakukan rutin harian.

Cuma apa yang saya ingin kongsikan kali ini mungkin akan menyentuh sensitiviti anda.Harap maaf yer kalau ada yang terasa hati.

Kenapa saya terjebak dengan Shaklee?

Saya mula-mula terjebak  dengan Shaklee secara tidak sengaja sebenarnya.Selepas berpindah mengikut suami,waktu tu usia anak sulung adalah 3 bulan ++.Apa yang saya perasan,sejak2 berpindah,emosi saya agak kurang stabil.Mungkin kerana kepenatan untuk membiasakan diri tempat baru.

Saya memang menyusukan anak sulung sepenuhnya.Tidak dicampur dengan air masak,apatah lagi memberikan makanan pejal.Bukanlah kerana alasan tidak bekerja membuatkan saya berazam untuk menyusukan bayi saya sepenuhnya.Tetapi kerana saya ingin memberikan yang terbaik untuk bayi saya.

Apa yang saya perasan sejak berpindah,susu badan makin merudum.Sedangkan usia anak tidak mencecah 5 bulan lagi pun.Memang sedih,tertekan dan sebagainya.

Tetiba teringat balik,eh,rasanya ada kawan dalam facebook yang jual Shaklee.Saya pun pm beliau,tanya itu ini dan sebagainya.Buat permulaan,saya cuma mengambil ESP Shaklee dan Zinc Complex.

Namun apa yang boleh saya katakan,adalah saya merasai sendiri kesan produk ini.Stretch mark sewaktu hamil dulu kian beransur hilang,tenaga pun lebih tahan lama,dan paling penting semestinya kulit makin cantik :).

Produk pun tahan berbulan-bulan.Super duper jimat.

Entry kali ini dicoretkan dengan hati yang seikhlas mungkin.Berkongsi sesuatu yang akan membuka mata para ibu bapa diluar sana harapnya.In shaa ALLAH.

Sejak kebelakangan ini,sering keluar di tv dan dada-dada akhbar.Bayi mati terjatuh dari  tingkat sekian-sekian.Bayi meninggal didera pengasuh.Bayi koma didera amah.Dan banyak lagi la berita yang kita sendiri tak sanggup dan tengok dan tak sanggup nak fikir.

Memang apabila kita sudah bergelar ibu dan bapa,perkara utama yang difikirkan adalah tak nak anak-anak kita lalui kesusahan hidup yang pernah kita lalui dulu.Nak anak-anak belajar dengan selesa,tinggal dirumah yang selesa dan sebagainya.

Sebab itulah selepas habis berpantang,bayi dihantar ke rumah pengasuh dan taska.Pagi hantar,petang selepas habis waktu bekerja ambik.

Alasannya? Saya bekerja nak cari duit.Untuk anak-anak juga.

Cuba fikir balik,adakah kita cari duit semata-mata untuk anak atau untuk diri sendiri?Kadang-kadang kan,belanja bulanan lebih tinggi jika nak dibandingkan dengan belanja bulanan anak.

Sebagai contohnya lah,kita beli baju ke anak sebulan mungkin 2 @ 3 helai.Tak boleh beli banyak-banyak,anak-anak makin membesar.Tetapi,baju kerja kita?Sebulan 4 @ 5 pasang.Alasannya?Tak nak pakai baju yang sama jer,nanti officemate perasan,malu lah.Itu tak termasuk perfume,handbag dan kasut lagi.

Saya juga mungkin tidak sesempurna mana.Namun,apa yang membuatkan saya terus bertahan dan bertahan daripada bekerja dengan orang,keluar awal pagi,pulang lewat petang adalah kerana anak.

Nak sangat-sangat melihat anak membesar depan mata.Nak lalui setiap detik-detik perkembangannya.Kalau anak terjatuh atau menangis,kita adalah insan pertama yang memujuknya.

Kenapa Shaklee menjadi pilihan saya?

Shaklee sememangnya MLM.Tetapi,yang membezakan Shaklee dengan MLM yang lain adalah :

  • downline boleh berada sama level dengan upline.
  • lebih kepada networking marketing (bantu orang lain untuk berjaya).
  • bonus adalah berdasarkan jualan produk,bukannya berdasarkan kepada cari downline semata-mata.
  • penerangan produk2 yang tertentu akan dilakukan untuk setiap bulan (walk in & berbayar) .
Lagi banyak kita lahirkan leader,lagi besar peluang kita untuk berjaya dan mencapai cita-cita kita.TETAPI,diri sendiri haruslah bergerak seiring dan sejalan dengan downline yer.

Kalau anda sebagai upline,diam menyepi seribu bahasa,downline anda yang pulun buat sales,tidak mustahil sekiranya downline anda melepasi atau berada di level yang sama dengan anda.

Adil dan saksama kan sistem ini?

Disamping itu,bonus bukanlah hanya masuk ke akaun tanpa sebarang penyata.Apabila keluarnya bonus,anda bolehlah semak penyata anda di laman web Shaklee.


Dan yang menariknya adalah penyata bonus anda boleh digunakan untuk membeli rumah dan sebagainya.Tetapi haruslah memenuhi kriteria yang diperlukan oleh bank yer ^_^.

Sesungguhnya kehidupan sebagai seorang suri rumah,ada pendapatannya sendiri,disamping dapat melihat keletah dan kerenah anak-anak merupakan sesuatu yang sungguh indah.

Letih dan penat memang tak dinafikan.Tapi yang untungnya sebagai suri rumah,saya hanyalah menghadapi politik di rumah sahaja.Politik di luar sana?abaikan :).

Anda juga ingin menjana pendapatan dari rumah ataupun anda sedang mencari base yang sesuai untuk memcari sumber kewangan yang kukuh sebelum anda meletakkan jawatan?

Apa kata anda isi dulu form dibawah,in shaa ALLAH saya akan menghubungi anda kemudian.

http://goo.gl/forms/4AB3UOYnUk

.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...