'sihat dan cantik pilihan saya: adab mandikan bayi baru lahir'
Showing posts with label adab mandikan bayi baru lahir. Show all posts
Showing posts with label adab mandikan bayi baru lahir. Show all posts

Adab mandikan bayi baru lahir

Semua orang suka bayi yang baru lahir bukan ? Baunya yang harum dan menenangkan jiwa ! Bayi yang dikandung 9 bulan telah menjengah melihat dunia kini.Justeru ibu bapa yang beragama ISLAM mestilah menyambut kelahirannya mengikut cara yang dianjurkan Islam.

Mungkin antara kita yang tidak memberi perhatian dalam tatacara memandikan bayi baru lahir iaitu dari usia sehari hingga 40 hari.Dalam tempoh ini,kaedah mandian memainkan peranan penting dalam membentuk aliran darah dan pembentukan tulang yang baik.

mandikan bayi yang baru lahir
Antaranya ialah :

  1. Seeloknya mandikan bayi pada waktu dhuha,kerana pada waktu ini fisiologi kitaran darah dan degupan jantung bayi dalam keadaan tenang.Gunakan air yang suam.
  2. Siraman pertama perlu dimulakan ke atas belakangnya secara perlahan-lahan,kemudian baru disiramkan ke kaki,seterusnya naik ke bahagian punggungnya.
  3. Belaian dan gosokan lembut memainkan peranan penting semasa memandikan bayi.Ini akan membuatkan pengaliran darah bayi lancar dan baik.
  4. Seterusnya siram dari belakang hingga ke kepala.Siraman di kepala dilakukan secara perlahan,supaya air tidak mengalir masuk ke dalam lubang telinga.Semasa menyiramkan air di belakang kepala ke bahagian hadapan dahi,tangan digunakan untuk menggosok dahi.
  5. Sebaiknya tugas memandikan bayi dilakukan oleh bapa.Sambil memandikan,hati berzikir Ya Latif,Ya Hadi.
  6. Pastikan siraman tidak dilakukan pada muka bayi kerana ia boleh melemaskan bayi serta menyebabkan lubang hidungnya lembap seterusnya mudah selsema atau jangkitan kuman.
  7. Siraman yang terakhir.dilakukan ke atas dada seterusnya hingga ke bawah.Tidak digalakkan menyapu sabun pada bahagian hadapan tubuh bayi usia ini,kerana bimbang air dan sabun menyebabkan bahagian pusatnya lembap dan seterusnya melambatkan proses 'gugur' tali pusat.
  8. Selepas selesai mandi,lapkan seluruh badan bayi dengan tuala yang bersih.
  9. Cara mengelap dimulakan dari kepala kerana kelewatan mengelap bahagian kepala dan ubun-ubun bayi basah serta membawa masalah lemah paru-paru.
Credit to : Kakinovel
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...