'sihat dan cantik pilihan saya: resepi chicken chop'
Showing posts with label resepi chicken chop. Show all posts
Showing posts with label resepi chicken chop. Show all posts

teringin nak makan chicken chop tapi segan nak keluar rumah?

Assalamualaikum semua.

Anda teringin nak makan chicken chop?Tapi dalam waktu yang sama terasa segan yang amat nak keluar rumah.Nak-nak pulak kalau yang ada anak kecil yang super aktif lagi lasak.Walaupun baru seorang hero,tapi kena makan bergilir.Kalau si suami yang makan dulu,si isteri tengok sambil telan air liur jer.Kalau si isteri dulu yang makan (biasanya orang perempuan makan agak lambat),si suami keluarkan kuasa veto 'makan la cepat sikit yang,abang lapar jugak nie'.

Hahaha,kadang kala benda remeh gini pun boleh jadi bahan gaduh taw.Jadi,penyelesaiannya ialah anda sebagai isteri atau tulis list barang-barang yang nak dibeli,mintak tolong suami anda yang tolong belikan di pasar.Mudah kan? ^_^.Suami penat pergi pasar,si isteri penat memasak.Boleh letih sorang sikit,baru la adil :)

Ok,tak nak cakap banyak,hari ini saya akan kongsikan resepi Chicken Chop dengan anda semua.Sebenarnya kalau tahu caranya,tak susah pun nak buat Chicken Chop.Buat sendiri saya rasa lebih berbaloi (kalau nak makan banyak la).Kalau setakat nak lepaskan hajat bagi orang mengidam,baik pergi makan kedai jer.Sebab apa?Selalunya kalau orang yang betul-betul mengidam ni,tak makan banyak mana pun sebenarnya.Kalau boleh rasa  pun dah cukup.Sekadar buat syarat jer ^_^

Resepi Chicken Chop

Bahan-bahan yang diperlukan
  • Peha ayam
  • 1/2 cawan serbuk roti
  • 1 biji telur
  • garam dan gula secukup rasa
Bahan untuk sos
  • 1 sudu mentega
  • 2 biji cendawan dalam tin
  • sos lada hitam
Bahan untuk dikisar
  • 7 ulas bawang putih
  • 2 biji bawang besar
  • 3 biji bawang merah
  • 1 sudu teh serbuk lada hitam
Bahan untuk hiasan
  • kentang goreng
  • timun
  • tomato
  • daun salad
  • bunga kobis
Bahan-bahan lain :
  • minyak masak
  • mentega
  • tepung gandum dibancuh bersama tepung gandum

Cara penyediaan Chicken Chop

Ayam
  • Perap ayam dengan bahan yang dikisar dan diperasakan dengan sedikit garam selama 1 jam
  • Celupkan ayam ke dalam telur dan kemudian golek di atas serbuk roti.
  • Goreng ayam sehingga masak.
Sos Chicken Chop
  • Panaskan minyak bersama mentega.
  • masukkan bahan kisar dan masak sehingga wangi.
  • masukkan cendawan dan sos lada hitam.
  • tambahkan garam dan gula secukup rasa.
*jika anda nakkan kuah yang pekat,anda boleh campurkan sedikit bancuhan tepung gandum.
**Hidangkan ayam bersama sos bahan-bahan untuk hiasan.



Bagi anda yang tidak gemarkan ayam yang bergoreng,anda bolehlah cuba untuk grill ayam tersebut.Cara perapkan ayam sama sahaja.Untuk mencipta sedikit kelainan sewaktu grill,anda boleh tambahkan:
  • sos tiram
  • sos tomato
  • sos cili
  • sedikit perahan limau kasturi
  • kiub ayam knorr.
Rasanya pasti terangkat.Pastikan anda bijak memainkan peranan dalam proses seimbangkan  rasa garam dan gula.^_^

Selamat mencuba semua.

.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...