'sihat dan cantik pilihan saya: Kelebihan bersedekah'
Showing posts with label Kelebihan bersedekah. Show all posts
Showing posts with label Kelebihan bersedekah. Show all posts

manfaat bersedekah

Assalamualaikum semua.Alhamdulillah masih lagi diberi peluang oleh ALLAH untuk terus bernafas di dunia ini.

Hari ini saya akan kupaskan tentang manfaat sedekah.Bukanlah nak berlagak atau tunjuk alim,sememangnya amalan bersedekah amatlah dituntut dalam Islam.Nanny anum selalu mengingatkan kami semua,walaupun dapat bonus RM 23,jangan lupa bersedekah.Dan jangan sesekali ingat,duit kita akan berkurang dengan bersedekah.

Antara manfaat bersedekah ialah :



1. Rezeki berganda

Tahukah anda,sebenarnya amalan bersedekah itulah yang menggandakan kekayaan kita.Ramai orang beranggapan,bila bersedekah harta akan berkurang.Anggapan ini salah sama sekali.Sedekah tidak pernah mengurangkan harta bahkan sedekah akan menggandakan rezeki kita sebanyak 10 kali ganda.Jadi tak mustahil kalau kita sedekah RM 10,kita akan dapat RM 100.

ALLAH S.W.T berfirman : " Perumpamaan (sedekah) yang dikeluarkan oleh orang-orang yang menafkahkan hartanya di jalan ALLAH serupa dengan sebutir benih yang menumbuhkan tujuh tangkai,pada setiap tangkai terdapat seratus biji.

ALLAH akan melipat gandakan (pahala) sesiapa saja yang Dia kehendaki.Dan ALLAH Maha Luas kurnian-Nya lagi Maha Mengetahui"

(Al-Baqarah :261)

2.menolak bala dan bencana

Sedar tak bersedekah memiliki kesan positif kepada pemberinya.

Terdapat pelbagai cara untuk bersedekah.Tidak semestinya wang.Orang kita sekarang nie sebut jer sedekah,cepat-cepat jawab,"eh,aku tak da duit la!ada pun ngam-ngam jer nak sampai hujung bulan nie".

Amal perbuatan kita kepada orang lain juga turut dikira sebagai sedekah.

Dalam Al-Quran,ALLAH memerintahkan hambanya supaya bersedekah kerana disebalik amalan bersedekah terdapat kekuatan dan kelapangan yang mengiringi kesulitan yang sedang kita hadapi.

3.sedekah dapat menyembuhkan penyakit.

Sedekah merupakan media spirititual bagi mendekatkan diri kepada ALLAH apabila kita sedang sakit dan meminta untuk diringankan dan disembuhkan daripada penyakit.Dalam hal ini,kita anggap jer sedekah sebagai doa untuk menolak bala.

4.sedekah dapat memanjangkan usia.

Sedekah merupakan salah 1 amalan yang dilakukan untuk memanjangkan usia.Memang ajal,maut adalah rahsia ALLAH.Apabila kiya memiliki keperluan memberi,secara tidak langsung ia merupakan vitamin bagi jiwa kita.


Hakikatnya bersedekah mempunyai pelbagai manfaatnya.Bila kita memberi,kita akan berasa tenang dan gembira.Ke ada jugak yang memberi tapi tidak gembira melihat orang lain gembira dengan pemberiannya?

Beri duit kepada adik-adik yang masih bersekolah atau anak saudara juga merupakan sebagai 1 sedekah.Janganlah anggap oh,aku nak bersedekahlah..nak kena pergi masukkan duit dalam tabung masjid nie.Definisi bersedekah amatlah luas.Beri kucing yang sedang kelaparan ketika makan di gerai juga merupakan sedekah.

Yakinlah dengan janji ALLAH,letakkan kebergantungan sepenuhnya kepada ALLAH S.W.T. dan In Shaa ALLAH setiap sedekah yang kita keluarkan akan mendapat balasan.

Sekian ^_^
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...