'sihat dan cantik pilihan saya: cuakkk kot!'
Showing posts with label cuakkk kot!. Show all posts
Showing posts with label cuakkk kot!. Show all posts

anak tertelan gula-gula keras


Buat ibu bapa di luar sana berhati dan berwaspadalah selalu dengan keadaan anak anda.Tidak kira di mana jua anda berada.Di rumah sendiri ker,rumah mertua ker,sentiasa peka dengan anak anda.

Kisahnya petang tadi,masa di rumah mertua.Sekarang iman dah pandai buka peti sejuk sendiri.Apa yang ada dalam peti semua iman ambik makan.Sampaikan susu pekat manis tu,dia ambik sapu kat kepala.Ingat gel rambut agaknya kot.

Kebetulan tadi ada tetamu jauh datang rumah mertua.Jadi,selepas tetamu menjamu selera saya pun tolong la apa yang patut.Kemas sikit dan membasuh pinggan mangkuk.

Tengah leka membasuh pinggan mangkuk,tiba-tiba iman bunyi uwekkkk..banyak kali pulak tu.Sampai mengalir mata.Rasa dah macam ada sesuatu yang tak kena jer.Lepas tu nangis pulak.Lagi la saya cuak.

Bagi minum air tak nak.Mentah-mentah tolak.

Tanya suami,bagi iman makan apa.Suami cakap bagi makan gula-gula...wah...dasyat.Saya terus ambik iman,bagi meniarap atas riba.Apa lagi..tepuk belakang la.

Suami cakap jangan la tepuk kuat sangat,nantikan gugur jantung anak.Saya pekakkan telinga jer.Tepuk punya tepuk,makin kuat iman nangis.Saya beranikan diri juga teruskan tepuk belakang anak.

Akhirnya syukur alhamdulillah iman muntahkan gula-gula tu.Agak besar jugak la.Gula-gula tu keras jugak kot.

Fuhhhh...lega.tapi iman mengalir air mata lagi..syukur...semuanya selamat..

Nak tepuk belakang bayi yang tercekik sesuatu kena ada caranya taw.Tak boleh tepuk sembarangan.Jika ditepuk dengan tapak tangan,memang lagi kuat bayi menangis.Rasa macam kena penampar agaknya kot :)


Seeloknya,lengkungkan jari anda ketika tepuk belakang bayi.

Tapi pastikan muka bayi mengadap ke bawah.letakkan bayi supaya dalam keadaan meniarap di atas riba anda.

Sebetulnya saya tak pernah tahu pun cara tepuk sebelum nie.Tapi alhamdulillah saya pernah terbaca 1 artikel apabila bayi tercekik duit syiling.

Alhamdulillah,semuanya selamat.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...