'sihat dan cantik pilihan saya: kelebihan solat sunat dhuha'
Showing posts with label kelebihan solat sunat dhuha. Show all posts
Showing posts with label kelebihan solat sunat dhuha. Show all posts

kelebihan solat sunat dhuha



Assalamualaikum semua.

Sedap kan dengar lirik doa diatas?sebagai halwa telinga dipagi hari setelah matahari mula menerbitkan sinarnya menerangi dunia.

Itulah doa dhuha kalau anda nak tahu.Tengok macam susah jer nak hafal lirik doa ini.Dengan bahasa arab bagai.Sebenarnya tak susah pun untuk hafal doa dhuha ini.Mainkan doa ini selalu di masa terluang anda.Buat permulaan,ikutlah sikit-sikit.Lama-kelamaan anda akan mahir menyebut dan menghafalnya.In shaa ALLAH.

Terus terang saya katakan,saya mula melakukan solat sunat dhuha ini selepas terlibat dengan Shaklee.Bila kita nak berjaya.nak capai apa yang hajati,ingin menjemput rezeki,inginkan rezeki yang halal lagi berkat,lakukalah solat sunat dhuha.In shaa ALLAH jiwa tenang,rezeki mudah masuk,rezeki tiba tanpa diduga dan sebagainya.Sesungguhnya melakukan solat sunat dhuha ini merupakann kemanisan yang tidak digambarkan dengan kata-kata.

Apa itu solat sunat dhuha?

Solat sunat dhuha ini sesuai dilakukan pada waktu pagi dan berakhir sebelum masuknya solat fardhu Zohor.Jadi,ruang waktu untuk melakukan solat sunat dhuha ini ialah sekitar pada pukul 7.30 pagi sehingga pukul  1 petang.Tetapi sekarang,waktu Zohor masuk di awal waktu.Kalau di Terengganu,Sebelum pukul 1,sudah masuk waktu Zohor.

Waktu afdal melakukan solat sunat dhuha ini ialah ketika sinar matahari kian panas.

Namun,ada juga yang mengatakan bahawa solat dhuha dilakukan sekitar 8 pagi hingga pukul 11 pagi.Namun,terpulanglah kepada anda untuk melakukannya di awal atau di akhir waktu.

Cara melakukan solat sunat Dhuha.

solat sunat dhuha
Add caption


Jumlah rakaat solat sunat Dhuha adalah 2,4,8 atau 12 rakaat.Cara menunaikannya adalah sama seperti solat-solat sunat yang lain iaitu dua rakaat satu salam.

Bacaan yang dianjurkan oleh Rasulullah S.A.W. ialah:

Rakaat pertama ; Surah Al-Fatihah Dan As-Syams


Rakaat kedua : Surah Al-Fatihah dan Ad-Dhuha


Setelah selesai memberi salam,anda bolehlah baca doa dhuha ini.Atau anda juga boleh rujuk lirik doa di atas sebagai panduan.



Jika anda ingin luangkan lebih masa lagi untuk bercinta dengan ALLAH setelah selesai solat sunat dhuha,anda bolehlah amalkan baca surah Al-Waqiah (96 ayat) selepas selesai menunaikan solat sunat dhuha.


Namun jika anda malu untuk mengusung Al-Quran yang besar ke sana ke mari,risau kawan-kawan sepejabat cop anda sebagai haji/hajah alim,anda bolehlah belikan Al-Quran yang bersaiz kecil.



Atau jika anda risau terbawak Al-Quran ketika anda masuk ke tandas,anda boleh download aplikasi 'muslim pro' di telefon bimbit anda.Keistimewaan aplikasi ini ialah,

  • laungan azan setiap kali masuknya waktu solat fardhu mengikut kawasan yang telah ditetapkan,
  • peringatan membaca surah-surah tertentu pada waktu malam.
  • boleh tanda surah apa yang sudah dibaca.
  • kompas arah kiblat.
  • kalender.
  • 99 nama ALLAH.
  • Lokasi masjid yang terdekat dan tempat makan yang halal berhampiran dengan anda.

Anda juga boleh mengamalkan surah-surah tertentu sebagai amalan harian anda.



Jemput jenguk Entry berkaitan dengan topik ini :

fadhilat zikir dan istiqfar

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...