'sihat dan cantik pilihan saya: berita terkini'
Showing posts with label berita terkini. Show all posts
Showing posts with label berita terkini. Show all posts

sedihnya anak yatim dibuli tanpa belas kasihan!

Beberapa hari lepas,setelah selesai membuat tugasan RTI2,saya luangkan sedikit masa untuk melihat berita-berita terkini lagi sensasi di muka buku.

Terkejut bila lihat post dari seorang rakan tentang kes buli di kalangan pelajar.Pelajar lelaki senior membuli seorang pelajar junior tanpa belas kasihan.Mangsa diheret ke sana ke mari,dipukul dan dibelasah ramai-ramai tanpa bela kasihan.Paling menyedihkan si perakam kejadian buli boleh ketawa.

Wahai adik-adik semua,di manakah sifat keperimanusiaan kalian semua?Ke mana menghilangnya perasaan kasih dan sayang sesama saudara seagama?

Dan mengejutkan rupanya kes buli tersebut berlaku di salah sebuah sekolah anak yatim di Perlis.



Saya bukanlah nak salahkan mana-mana pihak.Apatah lagi menghentam dan mempersoalkan tanggungjawab guru dan warden.

Seperti yang kita ketahui,semua pihak memainkan peranan masing-masing dalam membentuk akhlak pelajar.Bermula dari ibu bapa,para guru,warden dan kawan-kawan tidak kira yang di sekolah mahupun di luar sekolah.

Sebenarnya,diri pelajar tersebut yang memainkan peranan.Tersilap memilih kawan memang buruk padahnya.Tambahan pula apabila diri dan akal dikuasai nafsu,dari sayang pun boleh menjadi benci!

Dan cadangan saya untuk anda adik-adik yang berniat nak jadi pembuli,alangkah baiknya anda menyertai pasukan rukun tetangga contohnya.Atau nak extrem lagi,lepas habis SPM anda boleh menyertai askar atau polis.Menjaga keamanan negara lebih baik dan bijak dari menjadi pembuli yang dicaci dan dimaki hamun oleh segenap masyarakat luar sana.

Alangkah baiknya jika adik-adik memilih untuk didoakan bukannya dicaci!

Dan sekiranya adik-adik ingin menguji kehebatan dan ketangkasan diri masing-masing,lebih baik cadangkan ke pihak sekolah untuk mewujudkan kelab tae kwan do atau gimnasium di sekolah.

Fikirkanlah masa depan masing-masing.Fikirkan pengorbanan ibu dan bapa memerah keringat demi melihat anda semua berjaya.Ibu bapa manakah yang sanggup melihat anak-anak mereka mengulangi kesusahan hidup mereka?Ibu bapa mana yang sanggup melihat anak mereka hidup susah?Semua ibu bapa nakkan yang terbaik untuk anak-anak mereka.

Kita hidup untuk menghubungkan silatulrahim,menguatkan lagi ikatan ukhuwah yang terjalin bukannya untuk mengeruhkan hubungan yang baik,membuli yang tidak bersalah,melepaskan kemarahan bukan pada tempatnya.



Dan yang paling penting,fikirkanlah masa depan anda semua!Bayangkan jika 1 hari nanti,kita menjadi ibu bapa dan pelajar senior membuli dan memukul anak kita.Apa perasaan kita?adakah kita masih mampu ketawa terbahak-bahak?

Atau lebih memilukan lagi,anak yang dibuli tadi mengalami kecacatan kekal contohnya seperti lumpuh dan trauma.Adakah anda masih mampu tersenyum?adakah hati anda puas?

Fikirkanlah sebelum melakukan sesuatu tindakan.Fikir semasak-masaknya!Paling penting jangan buat keputusan dalam keadaan amarah.

Jadilah contoh dan teladan yang baik kepada orang yang lebih muda dari anda.Siapa anda pada hari ini akan menentukan siapa anda pada masa akan datang.

Anda sendiri yang pilih,anda sendiri yang akan tentukan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...