'sihat dan cantik pilihan saya: Menaiki motosikal boleh jejaskan kandungan?'

Menaiki motosikal boleh jejaskan kandungan?

Assalamualaikum semua.

Oleh kerana mengandung kali kedua ini,terimbau la balik kenangan sewaktu hamil anak pertama dulu.Banyak yang dilalui dan ditempuhi.Ada suka dan ada duka.Semua itu lumrah kehidupan.Syukur alhamdulillah,akhirnya anak pertama dilahirkan dengan selamat.

Dulu sewaktu mengandungkan anak pertama,saya dan suami menyewa rumah kampung.Memang tidak dinafikan tuan rumah memang baik hati dan ambil berat.Sampaikan duduk dalam rumah tak buka tingkap pun beliau akan panggil dan tanya kenapa tak bukak tingkap?Demam ker?Tak sihat ker?

Bila dah tahu saya mengandung,kebetulan waktu tu Perlis tengah musim buah mangga (orang perlis panggil buah pelam ;) ).Dikaitnya buah mangga muda  boleh sebakul berikan pada saya.Wah,untung taw bila tuan rumah alert sampai tahap macam tu.Kadang-kadang tu siap buatkan lagi garam belacan bagi.Kita cuma pergi duduk atas pangkin,kupas buah jer..hehehe.Nikmatnya dunia dirasakan ketika itu ^_^.

Waktu itu,ada la jugak tok (panggilan untuk tuan rumah) tanya,kenapa tak beli kereta lagi?Baby tak lambat lagi nak keluar dah.Kesian kat baby nanti nak bawak pergi klinik untuk checkup,kalau naik motor,kena angin pagi,sejuk.Aduyai.Tang ini saya speachless terus.

Bayangkan masa itu,usia perkahwinan baru 2 tahun.Mana la mampu lagi nak pakai kereta.sobs..sobs..Nak buat loan bank pun tak lepas dengan gaji yang sedia ada.Sabar je lah.

Tapi alhamdulillah,ALLAH permudahkan semuanya ^_^.

Bahaya ke menunggang motosikal semasa hamil?

Sebenarnya,tiada masalah untuk anda tunggang dan bawa sebarang kenderaan saat anda hamil seandainya anda menjaga keselamatan diri anda.

Keselamatan anda bergantung kepada :

  • kecekapan pemandu.
  • keadaan jalanraya.
Sekiranya kenderaan yang anda naiki melalui jalan yang berbonggol atau berlubang dan menyebabkan anda sering terhentak,ini boleh menyebabkan anda berasa sakit tulang pinggul dan tulang belakang.Tetapi,in shaa ALLAH tidak akan menyebabkan keguguran.

Abaikan pandangan dan kata-kata negatif dari orang lain.Janganlah terlalu ikutkan cakap orang sampai kita bebankan suami kita pulak yer puan-puan.Pilihan terletak ditangan anda.Anda nak ada kereta dan puaskan hati orang ataupun belajar hidup susah dahulu dan bahagia disamping suami dan anak yang bakal dilahirkan nanti?

5 Tips Elak Kecacatan Bayi.

  • Berhenti merokok --> sekiranya anda inginkan bayi yang sihat dan sempurna,berhentilah merokok.Amalan merokok ketika hamil boleh menyebabkan berat badan bayi berkurangan.
  • Makan makanan sihat --> Amalkan pemakanan yang mengandungi  5 jenis makanan utama yang paling diperlukan oleh tubuh iaitu gandum,sayur,buah,susu dan protein,
  • Elakkan kafein --> Kafein yang terdapat dalam minuman seperti teh,kopi,soda dan coklat haruslah dikurangkan.
  • Ikut nasihat doktor --> Jangan ambil sebarang ubat-ubatan tanpa cadangan doktor.Ini boleh memberi risiko kepada anda dan juga bayi didalam kandungan anda.
  • Ambil Asid Folik --> Kajian yang dilakukan menunjukkan pengambilan asid folik sebelum kehamilan mampu menurunkan risiko melahirkan bayi dengan kecacatan otak dan sum-sum tulang belakang sehingga 80 %.
Jadi,untuk bakal-bakal ibu diluar sana,jagalah kesihatan anda dan juga kandungan anda ok ^_^.In shaa ALLAH semuanya akan selamat jika kita sandarkan 100 % kebergantungan kita kepada ALLAH.

.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...