'sihat dan cantik pilihan saya: Aktiviti hujung minggu'
Showing posts with label Aktiviti hujung minggu. Show all posts
Showing posts with label Aktiviti hujung minggu. Show all posts

bersuka ria di hujung minggu

Assalamualaikum semua....kembali bersiaran selepas seharian menyepi.Menyepi la sangat kan? ^_^ Sebenarnya saya frust taw...frust sebab putus cinta ker?oh no..non..no...i dah bersuami ok.Frust sebab buat commentluv dari petang kelmarin lagi,tapi tak menjadi jugak.

Akhirnya,ajak suami tercinta dan keluarga mentua pergi makan jalan-jalan.Destinasi kitaorang adalah Lata Sekayu yang terletak di Kuala Berang,Hulu Terengganu.

Sewaktu bertolak dari rumah,cuaca elok jer.Panas terik lagi!Tapi apabila sampai je di kawasan sekitar Kuala Berang,hujan turun dengan lebatnya.Dah alang-alang nak sampai dah ke destinasi yang dituju,kitaorang teruskan juga niat untuk melihat dan melawat sekitar Lata Sekayu.

Bila dah sampai,nak masuk kena bayar RM 2 untuk orang dewasa dan RM 1 untuk kanak-kanak dibawah 12 tahun.Wah!tenang dan damai jer persekitaran situ.Siap ada chalet lagi.Jadi,kepada sesiapa yang sedang tercari-cari lokasi nak tenangkan fikiran,bolehlah cuba menginap di sini untuk semalam dua.



Yang istimewanya di sini,terdapat jambatan gantung yang menghubungkan dari seberang jalan ke perkampungan chalet.

Dan dari atas titi gantung ini juga anda boleh melihat air sungai yang jernih sedang mengalir.



Sebelum masuk ke kawasan Lata Sekayu ini,kitaorang memang telah diingatkan tentang fenomena 'kepala air'.Fenomena ini sering terjadi apabila hujan lebat.


Fenomena kepala air ini,air laju secara tiba-tiba.Semasa kitaorang sedang mandi tadi,tiba-tiba bunyi air terjun makin kuat.Air makin berkeladak @ makin keruh.Selang beberapa minit,mak cik yang mandi dikawasan berhampiran bertempik 'semua naik!kepala air nun!'.Semua yang sedang berendam dalam air sungai terus naik ke darat.

Alhamdulillah semuanya sempat naik ke darat dan rasanya tiada yang terkorban dihanyut arus kot.


Tengok,berbeza kan gambar ini dengan gambar di atas.Gambar ini diambil semasa fenomena 'kepala air' terjadi.

Ok,dah arus pun laju,buat apa nak tunggu kat situ lagi kan?siap salin pakaian basah,balik la *_*.

Dalam perjalanan balik,perut lapo kekong orang terengganu cakap :).Jalan-jalan la dulu sebelum pulang ke rumah.Dan kalau anda semua nak tahu,Kuala Berang sangat terkenal dengan jagung.Jadi,kitaorang memang beli jagung untuk alas perut sementara nak sampai ke rumah.



Tengok,betapa laparnya arjuna beta!Jagung pun makan :)

Baiklah,sekian dulu untuk entry hari ini.Selamat berhujung minggu semua :)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...