'sihat dan cantik pilihan saya: gangguan pencernaan bayi'
Showing posts with label gangguan pencernaan bayi. Show all posts
Showing posts with label gangguan pencernaan bayi. Show all posts

bayi anda gangguan pencernaan?bagaimana mahu mengenalpasti masalah ini?

Assalamualaikum semua.

Bayi yang baru dilahirkan umpama mutiara yang amat bernilai dan perlu dijaga dengan teliti oleh setiap ibu bapa.Ibu bapa yang baru kali pertama mempunyai bayi,anda seharusnya kena lebih peka dan tahu apa boleh dilakukan apabila bayi anda mula meragam.Mungkin pada permulaannya,anda tidak akan biasa,tetapi lama-kelamaan anda akan rasa selesa dan terbiasa dengan apa jua situasi yang mendatang.Selain masalah selsema,demam,batuk,gangguan pencernaan turut terjadi kepada si manja anda.

Antara tanda gangguan pencernaan yang terjadi kepada bayi anda adalah apabila bayi anda muntah,cirit birit dan sembelit.

Apabila gangguan pencernaan terjadi,bayi anda mungkin akan berasa tidak selesa dan akan selalu menangis.Jangan kelam kabut ok,kenalpasti dulu apa masalahnya,barulah bertindak.Tak dinafikan,kadang kala bayi memerlukan perhatian dan jagaan yang lebih rapi berbanding golongan kanak-kanak.

gangguan pencernaan pada bayi
mama,tolong saya


Apa itu gangguan pencernaan?

Secara amnya,terdapat pelbagai faktor terjadinya gangguan pencernaan kepada bayi anda.Ianya biasanya berpunca daripada

  • susu
  • makanan
  • persekitaran.
Namun,perkara yang perlu diberikan perhatian yang lebih adalah makanan bayi.Bayi boleh diberikan makanan setelah usianya mencapai 6 bulan.Tetapi,waktu ini sistem pencernaan bayi masih lemah dengan makanan yang bertekstur keras,Anda haruslah bijak ketika menyediakan makanan pejal bayi anda mengikut usianya.

Tetapi susu juga merupakan salah satu faktor kenapa berlakunya gangguan pencernaan ini.Ini terjadi disebabkan kesalahan penyukatan semasa membancuh susu formula.Pastikan anda membancuh susu formula mengikut panduan yang telah disediakan pada tin susu.Ini adalah kerana panduan yang disediakan bersesuaian dengan kemampuan fungsi pencernaan bayi anda.

gangguan pencernaan pada bayi
bagaimana nak dapatkan sukatan yang betul ketika membancuh susu formula?

Masalah pencernaan yang sering terjadi pada bayi.

Reflux

Reflux ini adalah bayi memuntahkan kembali susu.Situasi ini adalah perkara biasa bagi bayi yang baru dilahirkan jika bayi tersebut muntah dalam kuantiti yang sedikit atau lebih dikenali sebagai jeluak.

Hampir 85 % mengalami masalah jeluak ini seminggu selepas kelahiran,namun separuh daripada bayi mengalami situasi ini tempoh tiga bulan pertama usia mereka.

Perut bayi yang baru lahir mengambil masa selama beberapa minggu untuk diserasikan dengan sebarang susu.Apabila susu tersebut sudah serasi barulah susu tersebut akan dihadam dengan baik didalam perut.

gangguan pencernaan pada bayi
papa,saya muntah atas baju papa ^_^
Muntah

Bayi biasanya akan muntah dengan kerap selama beberapa minggu awal apabila bayi sedang dalam proses menyesuaikan diri kepada susu ibu mahupun susu formula serta tubuh badan mereka juga sedang membesar.

Muntah berlaku apabila mereka mengeluarkan balik susu yang diminum dalam kuantiti yang banyak.

Jika bayi anda muntah ketika beliau dalam keadaan berbaring,dan jika muntah memasuki laluan hidung mereka,bertindaklah segera dengan menyedut muntah tersebut.Jika tiada penyedut,anda boleh menyedutnya dengan mulut anda.Ini adalah untuk mengelakkan nafas bayi tersekat dan untuk keselesaan bayi anda.

gangguan pencernaan pada bayi
uwerk..
Cirit-Birit

Cirit birit ini sebenarnya ialah gangguan pencernaan yang menyebabkan pergerakan usus yang kerap.Cirit-birit dikalangan bayi biasanya terjadi disebabkan oleh virus.Salah satu virus yang menyebabkan cirit-birit berlaku ialah virus rota.

gangguan pencernaan pada bayi
rota virus

Sekiranya masalah ini terjadi kepada bayi anda,susukanlah dengan lebih kerap lagi.Ini kerana apabila mereka muntah dan cirit birit,mereka akan kehilangan banyak air dalam badan.Pemberian susu ibu atau susu formula sangat penting untuk memastikan  agar tubuh mereka tidak terhidrasi.

Tetapi jika situasi itu berlarutan,bayi anda kelihatan lemah dan sebagainya,segeralah bawa bayi anda ke klinik atau hospital yang berdekatan untuk mengelakkan sebarang perkara yang tidak diingini.

Tips penting :

***selalu sendawakan bayi selepas menyusu.
** posisikan bayi dalam keadaan tegak atau kedudukan duduk selepas penyususuan.

Entry berkaitan :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...