'sihat dan cantik pilihan saya: ruam lampin'
Showing posts with label ruam lampin. Show all posts
Showing posts with label ruam lampin. Show all posts

Jenis ruam lampin

Masalah ruam lampin bukanlah sesuatu yang luar biasa jika berlaku pada kulit bayi.Ia lazimnya berlaku pada bayi yang memakai lampin terlalu lama kerana tindak balas air kecing.



ruam lampin
Oleh itu,pesanan untuk semua mama-mama gojes di luar sana,anda hendaklah sentiasa peka dengan sebarang perubahan kulit pada bayi anda terutamanya sekitar kawasan lampin.Sekiranya anda melihat bintik-bintik halus kemerah-merahan pada punggung bayi dan sekitarnya,segeralah rawat.

Ini kerana apabila ruam tersebut sudah melarat,bayi akan mula memerap,merengek dan sebagainya.Kita sebagai ibu bapa turut akan merasa tempiasnya.Masa untuk melakukan pelbagai kerja teramatlah terhad.Mencegah lebih baik dari mengubati kan..? ^_^

Faktor bayi mendapat ruam lampin


  • kulit yang sensitif dan mudah terkena jangkitan kuman.
  • bayi dibiarkan memakai lampin yang kotor terlalu lama.
  • tukar lampin tanpa membasuh punggung dan alat kelamin bayi.
Kegatalan pada kulit bayi berlaku apabila bahan kimia dalam air kecing mula dipecahkan oleh kuman-kuman.

Jenis Ruam Lampin

  1. Ruam Biasa - Bintik-bintiknya nipis,kemerahan dan keradangan.Kadang-kala mengelupas.
  2. Interrigo : ruam yang lebih spesifik yang turut berlaku di bahagian pelipat.
  3. Ruam Kulat : kulat daripada usus boleh menyerang kulit yang sudah dijangkiti.Disebabkan oleh penggunaan antibiotik atau ruam lama.
  4. Impetigo : disebabkan oleh bekteria menyerang kulit yang telah rosak.
  5. Seborrhea : radang boleh merebak ke bahagian badan yang lain terutama sekitar kawasan lampin.
Langkah untuk memastikan ruam tidak berulang

  • Bersihkan bahagian punggung dan sekitarnya dengan menggunakan air setiap kali menukar lampin.Lap sehingga kering.
  • Pastikan kawasan lampin sentiasa kering.
  • Bebaskan anak tanpa memakai lampin.Tapi pastikan anda melapik dengan pelapik kalis air.
  • Tukar jenama lampin atau pampers
  • Tukar lampin dengan lebih kerap,sekurang-kurangnya 3 atau 4 jam sekali.
  • Latih anak yang berusia 2 tahun ke atas untuk membuang air di tandas.
Krim untuk ruam lampin

Zinc Oxide : untuk ruam yang sederhana.
Clotrimazole anti fungal cream : untuk ruam yang lebih tebal dan serius.
Acid Mantle : untuk ruam sederhana

Satu lagi petua orang tua-tua,sapu tepung ubi pada ruam bayi.Ini adalah kerana tepung ubi bersifat menyerap cecair atau air.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...