'sihat dan cantik pilihan saya: 2015'

Tips | berat badan unggul walaupun ketika hamil

Setiap ibu hamil  pasti mengimpikan berat badan yang unggul sewaktu hamil bukan?Berat badan naik mengikut skala yang telah ditetapkan merupakan satu nikmat okey...Paling nikmat bila nurse pun tak bising,ibu tidak perlu berjumpa dengan pakar pemakanan dan yang paling PENTING,ibu hamil tak susah-susah nak kena minum air gula yang manis dan pekat itu..opsss...



Tetapi sekarang,ibu hamil yang berumur 27 dan ke atas sudah wajib kena minum air gula.Sekiranya anda berumur 27 kebawah,anda hanya perlu minum air gula sekiranya :

  • berat badan anda naik secara mendadak.
  • sejarah keluarga anda mempunyai penyakit diabetes.
Mengenai pengalaman minum air gula,saya sendiri sudah merasainya ketika mengandungkan anak sulung.Gara-gara berat badan naik mendadak selepas raya.Mungkin bagi anda yang penggemar minuman atau makanan manis,tiada masalah.Tetapi,bagi saya,ia merupakan satu dugaan.Apabila minum air gula tersebut,terasa seolah-olah rasa manis itu tersangkut di kerongkong.Fuh,nasib baiklah tidak muntah.

Penambahan berat badan sihat :
  • bagi jangkamasa kandungan 5 bulan pertama ------ 0.5 KG /sebulan.
  • bagi jangkamasa kandungan seterusnya ------0.5 KG / seminggu.

Kenapa perlu minum air gula?

Tujuannya adalah untuk mengesan kencing manis atau lebih dikenali sebagai diabetes sewaktu hamil.Sesetengah orang berpendapat,apabila ibu hamil pengidap diabetes,kemungkinan besar bayi yang akan dilahirkan besar.Ada kemungkinan juga bayi akan meninggal didalam kandungan.

Sekiranya anda kena minum air gula,minumlah walaupun tekak anda terpaksa menelannya.Ini adalah merupakan langkah pengcegahan dan pemantauan awal untuk mengelak masalah lain sekiranya si ibu adalah pesakit diabetes.

Tips mendapatkan berat badan unggul sewaktu hamil.

Sepanjang mengandung,saya cuma amalkan makan supplement Shaklee.Walaupun ada hari saya menjadi 'hantu' makan,mulut kerja nak mengunyah jer,nak makan apa sahaja yang ada didepan mata,tetapi alhamdulillah,berat badan saya naik mengikut skala yang ditetapkan.

Kalau lebih pun,sikit sangat.heheh..dalam 100 ke 200g sahaja.

Nak tahu apa rahsianya?



Esp (protein) ---> memberikan tenaga berpanjangan
                      ---> membuatkan kulit ibu dan bayi catik dan mulus.
                     ---> soya berkualiti tinggi (NON-GMO)

Vitalea ---> mengelak masalah anemia dan kekurangan sel darah merah.
            ---> mengurangkan risiko bayi pramatang dan masalah bayi kurang berat badan.

B-Complex ---> melindungi bayi daripada kecacatan saraf tunjang.
                   ---> membantu menambah selera makan ibu.

Vitamin C ---> mengurangkan risiko demam dan selsema ibu.

Omega Guard ---> membantu perkembangan otak bayi
                       ---> meningkatkan hormon leptin ibu agar tidak terlalu lapar (mengawal selera makan ibu)

Ostematrix ---> membantu pertumbuhan tulang dan gigi ibu dan bayi.
                   ---> mengelakkan masalah kekejangan pada ibu.
                  ---> mengelak masalah sembelit

Disamping itu,anda juga haruslah mengamalkan makanan sunnah seperti madu,kismis,kurma,buah delima dan sebagainya agar anda kekal sihat dan bertenaga walaupun anda berpuasa ;)


Anda nak order set ibu hamil ini sendiri menggunakan kad debit @ kad kredit?Sila klik 'order now'.


sebarang pertanyaan atau pesanan boleh hubungi saya 
Siti Rosnah Abdullah
>> pm | whatsapp : 013-9156881
>> facebook : https://facebook.com/srosnah
>> page : https//m.facebook.com/ImanInDaHouse

***Cod sekitar Kuantan,Perkampungan Chenderawasih,Indera Mahkota,Bukit Setongkol & kawasan- kawasan yang sewaktu dengannya.

.

Julai | Debaran bermula

Assalamualaikum semua.

Alhamdulillah kembali bersua setelah sekian lama menyepikan diri.Alhamdulillah,syukur kerana masih dipanjangkan umur,bertemu lagi dengan Ramadhan.Bagi saya,tahun ini merupakan ramadhan yang agak istimewa kerana berpuasa bersama dengan janin yang kian aktif dari sehari ke sehari.

Ha,jangan terkejut ok,walaupun kandungan saya baru berusia 22 minggu,tapi bayi dah aktif.Menendang dan mengeras merupakan perkara biasa ^_^.Alhamdulillah juga bayi saya kuat,tabah dan sabar mengharungi puasa bersama umminya.Terima kasih sayang.



Hari ini 1 Julai 2015.

Bermulah episod saingan yang hebat diantara kawan-kawan seperjuangan daripada group 'Master Talent' dibawah bimbingan MJ.

Saingan?


Saingan untuk apa?Untuk dapatkan sales yang awesome?Atau untuk bersaing siapa yang dapat uv paling banyak?

Sebenarnya,kami semua bersaing untuk merebut emas yang akan diberikan secara percuma oleh 'super upline' kitaorang iaitu Master Lyna atau lebih mesra dengan panggilan nanny.



Terima kasih buat Nanny Lyna.Semoga nanny terus berjaya dan sentiasa dimurahkan rezeki hendaknya.Amin...amin..amin ya rabbal alamin.

Perlu ke sertai pertandingan ini?


Bagi saya,YA,MEMANG PERLU.Ini adalah kerana saya begitu tertarik dengan syarat-syarat untuk menyertai peraduan ini.Disamping menaip entry sambil membayangkan emas yang akan diberikan secara PERCUMA,ini juga akan melatih diri kami semua untuk terus kekal bersemangat dan lebih berpengalaman dalam dunia blogger.

Ayuh kembali segarkan diri anda semua dengan dunia blogger :)

Doakan supaya saya menang emas yer kawan-kawan :) In shaa ALLAH.

Buat rakan-rakan  seperjuangan,teruskan berusaha tanpa jemu dan tanpa mengenal erti penat mahupun putus asa.

Semoga berjaya semua.

.

bayi asyik menangis? | bagaimana nak atasinya?

Assalamualaikum dan selamat bersua kembali :)

Saya rasa semua ibu bapa akan mengalami situasi begini.Bayi asyik menangis dan meragam memang akan membuatkan ibu bapa agak kelam kabut.Nak-nak lagi buat mereka yang baru bergelar ibu bapa buat pertama kali.Betul tak?

Kalau diikutkan petua orang tua-tua,apabila bayi menangis biarkan dahulu buat seketika.Jangan terus ambil,nanti lama-kelamaan bayi akan menjadi manja atau bahasa kasarnya pijak kepala ibu dan bapa.Asyik menangis nak dukung jer.

Sepatutnya,pada pendapat saya lah sebagai seorang ibu dan suri rumah sepenuh masa,ibu dan bapa harus segera bertindak dengan cepat dan pantas apabila bayi dah mula menangis.

Membiarkan mereka tanpa pujukan hanya akan menggalakkan tangisan mereka bertambah kuat.Betul tak?Jadi,sebelum tangisan mereka semakin kuat,eloklah kita ambil tindakan segera.Sebab kadang-kala apabila tangisan mereka sudah menjadi semakin parah,makin susah untuk mereka berhenti menangis.

Tips tenangkan tangisan bayi



  • Memberi susu
ibu,saya lapar :(
Pada bulan-bulan pertama kelahiran,kelaparan merupakan punca utama bayi menangis.Memberikannya susu adalah cara yang paling berkesan untuk tenangkannya.Bayi anda akan terus berhenti menangis sebaik sahaja anda acukan puting payudara ke dalam mulutnya.Ini menunjukkan bahawa bayi anda lapar atau dahaga.

  • Membelai bayi

Ini merupakan jenis hubungan mesra yang bayi anda perlukan untuk menenangkan dirinya dan berhenti menangis.Dukunglah secara menegak pada bahu anda dan gosok belakang badan bayi anda secara perlahan-lahan.Mungkin ada angin didalam badannya.

  • Membedung bayi

Balut bayi anda dalam selimut bayi dengan agak ketat.Jangan terlampau ketat sangat sudah la ^_^.
Ini mungkin akan menenangkan bayi anda.Bayi akan berasa lebih selesa dalam keadaan sempit umpama berada didalam rahim.

Dan jika anda tidak reti untuk membedung bayi anda dengan menggunakan kain selimut bayi atau kain batik,anda boleh beli bedung segera yang banyak terdapat dipasaran kini.

  • Menepuk bayi secara perlahan

Berikan tepukan  lembut dan usapan manja dibelakang badan atau perut bayi anda secara berirama.Ini akan dapat membantub bayi anda sendawa dan sekaligus akan meredakan tangisannya jika ianya berpunca daripada masalah kembung.

  • Mengalihkan perhatian

Berikan mainan yang berwarna warni kepada bayi anda.Mungkin dengan cara ini,tangisan mereka akan berkurangan.Berikan mainan yang berwarna- warni dan boleh dipegang oleh mereka.

Tips-tips lain

  1. Gantikan lampin pakai buang bayi anda.
  2. Sapukan minyak telon pada perut,betis dan tapak kaki bayi anda.
  3. Bawa bayi anda berjalan-jalan sekeliling rumah.
  4. Mandikan bayi anda (ketika cuaca panas)
Semoga tips-tips diatas sedikit sebanyak dapat membantu dan memudahkan anda untuk meredakan tangisan si comel.Apabila bayi tidak meragam,si ibu pun lebih selesa untuk berehat atau membuat kerja rumah.Di samping itu,emosi ibu dan bapa juga  stabil dan lebih tenang .

.

Bagaimana suri rumah boleh menjana pendapatan dengan SHAKLEE?

Alhamdulillah masih berkesempatan mencoretkan apa yang dirasakan setelah sekian lama menyepi. ^_^.

Mengandung untuk kali ketiga sangatlah menguji kesabaran fizikal dan mental.Apa-apa pun,alhamdulillah berjaya harungi dengan semangat dari anda semua :)

Siapa saya?

Saya juga manusia biasa seperti anda.Seorang isteri dan dan juga umi kepada seorang anak syurga yang cergas lagi aktif.Mempunyai masa yang sama dengan anda semua iaitu 24 jam sehari,7 hari seminggu untuk melakukan rutin harian.

Cuma apa yang saya ingin kongsikan kali ini mungkin akan menyentuh sensitiviti anda.Harap maaf yer kalau ada yang terasa hati.

Kenapa saya terjebak dengan Shaklee?

Saya mula-mula terjebak  dengan Shaklee secara tidak sengaja sebenarnya.Selepas berpindah mengikut suami,waktu tu usia anak sulung adalah 3 bulan ++.Apa yang saya perasan,sejak2 berpindah,emosi saya agak kurang stabil.Mungkin kerana kepenatan untuk membiasakan diri tempat baru.

Saya memang menyusukan anak sulung sepenuhnya.Tidak dicampur dengan air masak,apatah lagi memberikan makanan pejal.Bukanlah kerana alasan tidak bekerja membuatkan saya berazam untuk menyusukan bayi saya sepenuhnya.Tetapi kerana saya ingin memberikan yang terbaik untuk bayi saya.

Apa yang saya perasan sejak berpindah,susu badan makin merudum.Sedangkan usia anak tidak mencecah 5 bulan lagi pun.Memang sedih,tertekan dan sebagainya.

Tetiba teringat balik,eh,rasanya ada kawan dalam facebook yang jual Shaklee.Saya pun pm beliau,tanya itu ini dan sebagainya.Buat permulaan,saya cuma mengambil ESP Shaklee dan Zinc Complex.

Namun apa yang boleh saya katakan,adalah saya merasai sendiri kesan produk ini.Stretch mark sewaktu hamil dulu kian beransur hilang,tenaga pun lebih tahan lama,dan paling penting semestinya kulit makin cantik :).

Produk pun tahan berbulan-bulan.Super duper jimat.

Entry kali ini dicoretkan dengan hati yang seikhlas mungkin.Berkongsi sesuatu yang akan membuka mata para ibu bapa diluar sana harapnya.In shaa ALLAH.

Sejak kebelakangan ini,sering keluar di tv dan dada-dada akhbar.Bayi mati terjatuh dari  tingkat sekian-sekian.Bayi meninggal didera pengasuh.Bayi koma didera amah.Dan banyak lagi la berita yang kita sendiri tak sanggup dan tengok dan tak sanggup nak fikir.

Memang apabila kita sudah bergelar ibu dan bapa,perkara utama yang difikirkan adalah tak nak anak-anak kita lalui kesusahan hidup yang pernah kita lalui dulu.Nak anak-anak belajar dengan selesa,tinggal dirumah yang selesa dan sebagainya.

Sebab itulah selepas habis berpantang,bayi dihantar ke rumah pengasuh dan taska.Pagi hantar,petang selepas habis waktu bekerja ambik.

Alasannya? Saya bekerja nak cari duit.Untuk anak-anak juga.

Cuba fikir balik,adakah kita cari duit semata-mata untuk anak atau untuk diri sendiri?Kadang-kadang kan,belanja bulanan lebih tinggi jika nak dibandingkan dengan belanja bulanan anak.

Sebagai contohnya lah,kita beli baju ke anak sebulan mungkin 2 @ 3 helai.Tak boleh beli banyak-banyak,anak-anak makin membesar.Tetapi,baju kerja kita?Sebulan 4 @ 5 pasang.Alasannya?Tak nak pakai baju yang sama jer,nanti officemate perasan,malu lah.Itu tak termasuk perfume,handbag dan kasut lagi.

Saya juga mungkin tidak sesempurna mana.Namun,apa yang membuatkan saya terus bertahan dan bertahan daripada bekerja dengan orang,keluar awal pagi,pulang lewat petang adalah kerana anak.

Nak sangat-sangat melihat anak membesar depan mata.Nak lalui setiap detik-detik perkembangannya.Kalau anak terjatuh atau menangis,kita adalah insan pertama yang memujuknya.

Kenapa Shaklee menjadi pilihan saya?

Shaklee sememangnya MLM.Tetapi,yang membezakan Shaklee dengan MLM yang lain adalah :

  • downline boleh berada sama level dengan upline.
  • lebih kepada networking marketing (bantu orang lain untuk berjaya).
  • bonus adalah berdasarkan jualan produk,bukannya berdasarkan kepada cari downline semata-mata.
  • penerangan produk2 yang tertentu akan dilakukan untuk setiap bulan (walk in & berbayar) .
Lagi banyak kita lahirkan leader,lagi besar peluang kita untuk berjaya dan mencapai cita-cita kita.TETAPI,diri sendiri haruslah bergerak seiring dan sejalan dengan downline yer.

Kalau anda sebagai upline,diam menyepi seribu bahasa,downline anda yang pulun buat sales,tidak mustahil sekiranya downline anda melepasi atau berada di level yang sama dengan anda.

Adil dan saksama kan sistem ini?

Disamping itu,bonus bukanlah hanya masuk ke akaun tanpa sebarang penyata.Apabila keluarnya bonus,anda bolehlah semak penyata anda di laman web Shaklee.


Dan yang menariknya adalah penyata bonus anda boleh digunakan untuk membeli rumah dan sebagainya.Tetapi haruslah memenuhi kriteria yang diperlukan oleh bank yer ^_^.

Sesungguhnya kehidupan sebagai seorang suri rumah,ada pendapatannya sendiri,disamping dapat melihat keletah dan kerenah anak-anak merupakan sesuatu yang sungguh indah.

Letih dan penat memang tak dinafikan.Tapi yang untungnya sebagai suri rumah,saya hanyalah menghadapi politik di rumah sahaja.Politik di luar sana?abaikan :).

Anda juga ingin menjana pendapatan dari rumah ataupun anda sedang mencari base yang sesuai untuk memcari sumber kewangan yang kukuh sebelum anda meletakkan jawatan?

Apa kata anda isi dulu form dibawah,in shaa ALLAH saya akan menghubungi anda kemudian.

http://goo.gl/forms/4AB3UOYnUk

.

Menaiki motosikal boleh jejaskan kandungan?

Assalamualaikum semua.

Oleh kerana mengandung kali kedua ini,terimbau la balik kenangan sewaktu hamil anak pertama dulu.Banyak yang dilalui dan ditempuhi.Ada suka dan ada duka.Semua itu lumrah kehidupan.Syukur alhamdulillah,akhirnya anak pertama dilahirkan dengan selamat.

Dulu sewaktu mengandungkan anak pertama,saya dan suami menyewa rumah kampung.Memang tidak dinafikan tuan rumah memang baik hati dan ambil berat.Sampaikan duduk dalam rumah tak buka tingkap pun beliau akan panggil dan tanya kenapa tak bukak tingkap?Demam ker?Tak sihat ker?

Bila dah tahu saya mengandung,kebetulan waktu tu Perlis tengah musim buah mangga (orang perlis panggil buah pelam ;) ).Dikaitnya buah mangga muda  boleh sebakul berikan pada saya.Wah,untung taw bila tuan rumah alert sampai tahap macam tu.Kadang-kadang tu siap buatkan lagi garam belacan bagi.Kita cuma pergi duduk atas pangkin,kupas buah jer..hehehe.Nikmatnya dunia dirasakan ketika itu ^_^.

Waktu itu,ada la jugak tok (panggilan untuk tuan rumah) tanya,kenapa tak beli kereta lagi?Baby tak lambat lagi nak keluar dah.Kesian kat baby nanti nak bawak pergi klinik untuk checkup,kalau naik motor,kena angin pagi,sejuk.Aduyai.Tang ini saya speachless terus.

Bayangkan masa itu,usia perkahwinan baru 2 tahun.Mana la mampu lagi nak pakai kereta.sobs..sobs..Nak buat loan bank pun tak lepas dengan gaji yang sedia ada.Sabar je lah.

Tapi alhamdulillah,ALLAH permudahkan semuanya ^_^.

Bahaya ke menunggang motosikal semasa hamil?

Sebenarnya,tiada masalah untuk anda tunggang dan bawa sebarang kenderaan saat anda hamil seandainya anda menjaga keselamatan diri anda.

Keselamatan anda bergantung kepada :

  • kecekapan pemandu.
  • keadaan jalanraya.
Sekiranya kenderaan yang anda naiki melalui jalan yang berbonggol atau berlubang dan menyebabkan anda sering terhentak,ini boleh menyebabkan anda berasa sakit tulang pinggul dan tulang belakang.Tetapi,in shaa ALLAH tidak akan menyebabkan keguguran.

Abaikan pandangan dan kata-kata negatif dari orang lain.Janganlah terlalu ikutkan cakap orang sampai kita bebankan suami kita pulak yer puan-puan.Pilihan terletak ditangan anda.Anda nak ada kereta dan puaskan hati orang ataupun belajar hidup susah dahulu dan bahagia disamping suami dan anak yang bakal dilahirkan nanti?

5 Tips Elak Kecacatan Bayi.

  • Berhenti merokok --> sekiranya anda inginkan bayi yang sihat dan sempurna,berhentilah merokok.Amalan merokok ketika hamil boleh menyebabkan berat badan bayi berkurangan.
  • Makan makanan sihat --> Amalkan pemakanan yang mengandungi  5 jenis makanan utama yang paling diperlukan oleh tubuh iaitu gandum,sayur,buah,susu dan protein,
  • Elakkan kafein --> Kafein yang terdapat dalam minuman seperti teh,kopi,soda dan coklat haruslah dikurangkan.
  • Ikut nasihat doktor --> Jangan ambil sebarang ubat-ubatan tanpa cadangan doktor.Ini boleh memberi risiko kepada anda dan juga bayi didalam kandungan anda.
  • Ambil Asid Folik --> Kajian yang dilakukan menunjukkan pengambilan asid folik sebelum kehamilan mampu menurunkan risiko melahirkan bayi dengan kecacatan otak dan sum-sum tulang belakang sehingga 80 %.
Jadi,untuk bakal-bakal ibu diluar sana,jagalah kesihatan anda dan juga kandungan anda ok ^_^.In shaa ALLAH semuanya akan selamat jika kita sandarkan 100 % kebergantungan kita kepada ALLAH.

.

Bagaimana untuk menjimatkan masa anda dibilik termenung?

Pernah tak anda makan banyak-banyak tetapi seminggu sekali atau 2 kali jer membuang air besar?Mungkin itu biasa bagi anda.Tapi luar biasa sekiranya anda duduk termenung lama-lama dalam bilik kecik a.k.a tandas semata-mata untuk membuang air besar.Seksanya ooi.


Bukan kanak-kanak sahaja yang mengalami masalah sembelit.Golongan remaja dan dewasa juga tidak terkecuali.Tetapi selalunya wanita hamil dan wanita dalam pantang sentiasa berada dicarta teratas.

Sampaikan pernah saya terjumpa dengan seorang suami datang ke farmasi semata-mata untuk membeli ubat untuk lembutkan najis kepada isterinya yang baru seminggu bersalin.

Kenapa Vitamin C melawaskan?

Ini adalah kerana terdapat kandungan Acacia Gum.Apa itu Acacia Gum?

Acacia Gum = Arabic Gum = AlManna.



Kalau anda selalu membaca atau mendengar surah Al-Baqarah,anda pasti akan terjumpa dengan perkataan Almanna Wassalwa.(surah Al-Baqarah ayat 57).

Almanna juga disebut dalam Al_Quran sebanyak 3 kali.

Acacia gum ini adalah sejenis makanan yang diturunkan ALLAH kepada kaum bani Israel.

Sebenarnya begitu banyak kebaikan Acacia Gum ini,antaranya ialah :
  • fiber yang paling senang diserap oleh tubuh.
  • Tinggi prebiotik dan semulajadi (Bakteria baik yang diperlukan oleh usus)
  • Melegakan sesak nafas dan batuk
  • meningkatkan sistem imuniti badan
  • kaya dengan kalsium.
  • membantu penyerapan mineral.

Kelebihan Substained Release Vitamin C.



  • Didatangkan dalam bentuk substained release iaitu dilepaskan dalam badan secara perlahan-lahan untuk membolehkan vitamin C sentiasaadala dalam badan kita.
  • Satu tablet Vitamin C adalah bersamaan dengan 7 setengah biji oren.Vitamin ini akan dilepaskan secara perlahan-lahan iaitu 100mg setiap sejam.(500 mg = 5 jam vitamin C dilepaskan)
  • Didatangkan bersama-sama dengan bioflavonoid iaitu bahan penting yang akan membantu penyerapan vitamin C agar lebih baik.

Dan memang tidak dinafikan ada pelanggan saya mengambil Vitamin untuk kecantikan kulit dan untuk bagi bacaan urik asid kembali normal mesej memberitahu saya,lawasnya membuang bila makan Vitamin C.Jimat masa termenung lama-lama dalam tandas ^_^.

Alhamdulillah,saya gembira bila pelanggan saya sihat dan merasai keberkesanan produk Shaklee.

Testimoni Vitamin C Shaklee



Anda mungkin meminati :


Anda nak order Vitamin C ini sendiri menggunakan kad debit @ kad kredit?Sila klik 'order now'.


sebarang pertanyaan atau pesanan boleh hubungi saya 
Siti Rosnah Abdullah
>> pm | whatsapp : 013-9156881
>> facebook : https://facebook.com/srosnah
>> page : https//m.facebook.com/ImanInDaHouse

***Cod sekitar Kuantan,Perkampungan Chenderawasih,Indera Mahkota,Bukit Setongkol & kawasan- kawasan yang sewaktu dengannya.

.


cara mengenali kehamilan anak kedua.

Assalamualaikum semua.

Alhamdulillah rezeki ALLAH memang tak dapat kita nak jangka.Boleh tiba bila-bila masa jer.Sebab ALLAH tahu bilakah waktu yang terbaik untuk kita bersedia semua tu kan? ;)

Sebenarnya memang kehamilan kedua ini tidak dijangka langsung.Sebabnya tak ada langsung tanda-tanda hamil pada diri saya.

Memang berbeza sewaktu mengandungkan iman dulu.Kalau dulu,berdiri lama sikit rasa macam nak pitam.Gelap jer rasa pandangan kita tu.Badan pun rasa lemau yang teramat.

Secara jujurnya,kali ini saya akan surf internet.Cari segala cerita-cerita yang berkaitan tentang kehamilan kedua.Tapi,serius hampa beb,sebab tiada satu pun yang kena dengan diri saya.

Cuba pujuk diri sendiri,tak pe lah,mungkin bukan rezeki lagi kot.Nanti-nanti ada lah tu (padahal dalam hati frust menungeng ).

Nak dijadikan cerita 14/2/2015 keluar darah tapi ada la dalam 2 3 titis je kot.Dalam hati risau dah.Kenapa ni?Lebih kepada risau jugak sebenarnya,risau keguguran.

Tapi setelah surf internet dan bertanya Mrs.Kamalia berkemungkinan besar persenyawaan baru nak terjadi.Dan itu dipanggil spotting bleeding.

Bleeding?Ngeri taw i dengar bleeding-bleeding nie..hehehe.

Disini saya nyatakan tanda-tanda kehamilan kedua.Namun,rasanya tidak semua wanita akan mengalami tanda-tanda yang sama kot ;).

Tanda-tanda hamil anak kedua.

  • Hilang selera makan.
  • Malas untuk memasak & menjamah hidangan.
  • Asal jumpa bantal terus tidur.
  • Cepat penat.
  • Payudara terasa nyeri (sakit).
  • Emosi tidak stabil.
  • Mengidam buah yang masam-masam.

Kejutan yang tidak dijangka!

Oleh kerana 14/03/2015 pun haid tak kunjung jua,saya cuba gagahi diri untuk buat upt (urine pragnancy test).Dan cuba teka apa keputusannya?!

Suprise ^_^

Alhamdulillah.Semuanya berlaku dengan keizinan-NYA.

Untuk kali kedua,kena la amalkan doa khas untuk ibu hamil.Semoga semuanya selamat.In shaa ALLAH.



Buat semua wanita yang telah bertahun berkahwin tapi masih belum hamil,usaha selagi anda mampu,teruskan berusaha dan jangan lupa lepas solat,berdoalah secara spesifik.

Alllah tak pernah kejam dengan kita semua.Abaikan kata-kata negatif dari orang lain.Ingatlah,ALLAH sentiasa bersama kita ^_^.

.

Payudara Kendur Berpunca Daripada Kasut Tinggi?

Rata-rata wanita diluar menginginkan mereka dipandang cantik,anggun dan menawan dimata semua orang.Tapi bukan semua yer ^_^.Ada juga wanita yang hanya ingin nampak cantik dimata suami sahaja,apabila keluar rumah,mereka hanya berpakaian ala kadar ataupun cukuplah setakat selesa dipakai dan menutup aurat.

Namun,tidak dinafikan,kasut tinggi atau lebih glamour dengan 'high heel' semakin popular dikalangan wanita pada hari ini.Mereka sangggup 'berkorban ' supaya mereka kelihatan lebih anggun,seksi,tinggi dan cantik bergaya.

Pergorbanan yang bagaimanakah saya ingin katakan?

Tahukah anda,apabila memakai kasut tumit tinggi,kaki akan berasa sakit dan tidak selesa.Tambahan lagi kalau kasut tumit tinggi terbabit mempunyai zip dibelakang tumit.Seandainya anda tidak memakai stoking,bersedialah untuk belakang kaki anda menghadapi kehausan (melecet & luka).

Mitos atau Fakta Kasut tinggi menyebabkan payudara kendur?

Sebut je 'payudara kendur' semua wanita tidak menginginkan hal iniberlaku langsung pada mereka.Malah,ada sesetengah wanita yang tanpa segan silu tak nak menyusukan anak mereka sejurus bersalin kerana takut payudara kendur.Anda jangan terkejut ye,sebab saya pernah terjumpa hal ini berlaku.

Hasil kajian sanitis dari New York mendapati amalan pemakaian kasut tumit tinggi secara berterusan menjadi PUNCA payudara kendur.Ini adalah kerana pemakaian kasut tinggi secara berterusan akan meyebabkan otot kecut pada bahagian dada.

Kasut tinggi juga menyebabkan bahagian tumit sehingga ke belakang menjadi tegang,

Perasan tak,bila pakai kasut tumit tinggi,punggung seoalah-olah akan tertolak ke belakang.Ramai beranggapan bahawa situasi ini memberikan kecantikan kepada kaun wanita,

Tapi,tahukah anda bahawa sebenarnya ia menyebabkan kesakitan sepanjang hidup.Keadaan ini dinamakan Visceroptosis yang mana ramai wanita menderita sakit selepas menggunakan kasut tumit tinggi sama seperti terseksa menggunakan korset.

Menjejaskan peluang untuk dapat anak

Pakar Kesihatan dan Kecergasan Dax Moy Personal Training Studios melihat kebiasaan memakai kasut tumit tinggi juga akan menjejaskan peluang untuk dapat anak.

Ini adalah kerana posisi berdiri yang tidak seimbang setiap kali memakai kasut bertumit tinggi 12.7 cm memberikan kesan kepada organ dalaman kesuburan wanita.

Risiko memakai kasut tinggi


  • payudara kendur
  • jejaskan peluang dapat anak
  • punca rambut gugur
Jadi,kepada wanita-wanita diluar sana,anda perlulah membuat keputusan bijak sama ada anda mahukan kecantikan luaran atau menderita pada usia yang muda?

.




Herbal Blend : Krim Ajaib Untuk Ekzema dan Ruam

Assalamualaikum semua.

Sebelum ini,memang tak dinafikan,saya tak fokus langsung pada Herbal Blend a.k.a Krim serbaguna ini.Memang ada juga stok dirumah,tapi setakat gunakan untuk sapu pada tumit kaki dan sapukan pada badan anak jer lah apabila digigit nyamuk.

Tapi,tiba-tiba semalam ada prospek tanya,ada jual tak krim herbal blend?Terus saya jawap ada.Beliau bagitahu yang anaknya ada ekzema.Sebagai ibu,mana sanggup beliau melihat permata hatinya yang baru berusia 5 bulan mengidap ekzema.

Apa sangatlah bayi yang berusia 5 bulan tahu?Mereka hanya tahu menangis.Nak beritahu yang ekzema gatal,tak fasih bercakap lagi.Pernah seorang sahabat saya beritahu,beliau pernah terjumpa dengan seorang prospek yang mempunyai 4 orang anak.Kesemuanya anak-anaknya ada ekzema.Bayangkan,setiap malam ibu tersebut tidur tidak cukup.Ini adalah kerana seorang demi seorang anak-anaknya akan bangun menangis akibat gatal pada ekzema tersebut.

Ya ALLAH,tak dapat bayangkan sebenarnya bagi kaum ibu yang mempunyai anak-anak yang ada ekzema.Begitu kuat semangat mereka.Mereka tinggi kesabaran dalam diri mereka demi anak-anak tersayang.

Untuk entry kali ini saya akan kupaskan apa itu ekzema,kesan penggunaan steroid kepada pesakit ekzema dan rahsia menarik tentang krim ajaib serbaguna Herbal Blend Shaklee.

Apa itu Ekzema?

Ekzema adalah keadaan dimana kulit menjadi kering dan gatal.15 hingga 20 % kanak-kanak akan mengalami ekzema sebelum mereka berusia 2 tahun.

herbal blend terbaik untuk ekzema
ekzema di pipi bayi

herbal blend terbaik untuk ekzema
ekzema dibelakang tengkuk

Ekzema juga dikenali sebagai ekzema atopik atau dermatitis.

Ekzema Atopi 

Kecenderungan mendapat penyakit seperti asma dan demam alergi.

Kesannya:

  • kulit kering
  • gatal
  • merah
  • merekah
Ekzema juga bermakna penghalang kulit tidak berfungsi sebaiknya.Ini akan menyebabkan kulit bayi anda lebih senang diserang jangkitan alergik yang akan membuatkan kulit bayi anda bertambah teruk.


Adakah Steriod Membantu Mengurangkan Ekzema?

Sebenarnya,steriod adalah hormon semulajadi yang dihasilkan oleh tubuh manusia.Steriod ini bertindak dengan mengawalfungsi badan.
Steriod diketegorikan sebagai racun terkawal dimana pengambilannya adalah hanya diatas nasihat doktor.
Jenis-jenis Steroid.
  • steroid anabolik --> steroid buatan yang bertindak seperti hormon lelaki (kebiasaannya dalam bentuk cecair)
  • kortikosteroid --> tersedia dalam bentuk kapsul,krim,inhaler,titis mata.
Kesan sampingan penggunaan steroid.
  • menambahan berat badan yang mendadak.
  • muka akan menjadi sembab.
  • botak
  • masalah jerawat.
  • kulit akan menjadi nipis.
  • pening
  • mual
  • mampu merosakkan buah pinggang.
  • terdedah kepada penyakit diabetes dan darah tinggi.
Apa akan terjadi apabila menggunakan steroid untuk jangka masa panjang?

Akan mengakibatkan tulang rapuh,tulang tidak kuat dan mudah patah walaupun terkena hentakan yang perlahan.

Steroid juga menghalang penghasilan hormon tumbesaran dalam badan manusia.


Walau bagaimanapun, steroid adalah selamat jika digunakan secara betul. Kesan sampingan utama ialah membuat kulit jadi nipis jika digunakan bagi jangka masa panjang, tetapi tiada bukti yang penipisan ini akan berkekalan. 


Herbal Blend Shaklee terbaik untuk ekzema.



rawat ekzema anak anda
herbal blend shaklee

Diperbuat daripada bahan-bahan semulajadi seperti :
horse chestnut seed terdapat dalam herbal blend shaklee
Horse Chestnut Seed

Horse Chestnut Seed --> merawat alergi pada kulit

chamomilla teoutita terdapat dalam herbal blend
Chamomilla Reoutita
Chamomilla Reotita --> Bagus untuk kulit sensitif,mengurangkan kemerahan kulit,melegakan keradangan (jerawat),anti-radang,antiseptik

rosemary leaf terdapat dalam herbal blend
Rosemary Leaf
Rosemary --> musuh bagi serangga seperti nyamuk,lalat,ulat dan kumbang

sage leaf terdapat dalam herbal blend
sage Leaf
Sage Leaf --> merawat masalah dan jangkitan kulit & gigitan serangga.

yarrow terdapat dalam herbal blend shaklee
Yarrow
Yarrow --> menyembuhkan luka.


Testimoni  Herbal Blend Shaklee

testimoni herbal blend 1

Keistimewaan Hebal Blend Shaklee :

  • nyaman
  • bermenthol
  • tidak melekit
  • tidak berminyak
  • cepat meresap
Anda ingin order dan bayar sendiri menggunakan kad debit @ kredit untuk herbal blnd ini?

Sila klik 'order now'.

sebarang pertanyaan atau pesanan boleh hubungi saya 
Siti Rosnah Abdullah
>> pm | whatsapp : 013-9156881
>> facebook : https://facebook.com/srosnah
>> page : https//m.facebook.com/ImanInDaHouse

***Cod sekitar Kuantan,Perkampungan Chenderawasih,Indera Mahkota,Bukit Setongkol & kawasan- kawasan yang sewaktu dengannya.

.




*This product is not intended to diagnose,treat,cure or prevent any diseases.
**Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos,merawat,mengubati,atau mencegah sebarang penyakit.

Kula Cakes memikat hati penduduk Kuantan

Assalamualaikum semua.

Kembali bersua lagi ^_^.Hari ini saya nak share tentang kedai kek yang paling terkenal di Kuantan.

Tetiba teringin sangat-sangat nak makan cheese kek.Dalam fikiran baru terbayang,urmmmm sedapnya cheese kek.Terasa umpama kek cheese sedang dikunyah.Yummy!

Nak pergi cari sendiri tanpa suami disisi,memang tak lah.Alhamdulillah ALLAH hadirkan pembantu kepada saya untuk memudahkan misi mencari cheese kek.

Aktiviti dihujung minggu

Selepas kepuasan berjalan dan berlari kejar iman di Teluk Chempedak,misi.mencari kek bermula!

Oleh kerana masa pun sudah suntuk,mahgrib menjelma,kedai kek pun tak jumpa,hasrat untuk mencari cheese kek terpaksa dibatalkan.

Tup-tup bapa mertua ajak selepas maghrib.Kalut cari lokasi kedai kek di Google.Akhirnya terjumpalah 1 blog yang menceritakan tentang kedai kek paling popular di Kuantan.

Whatsapp taukey kedai mintak beliau kirimkan lokasi kedai ^_^.

Akhirnya misi bermula!

Sebenarnya memang perasan 1 kedai kek dalam kawasan bandar Kuantan ini.Sebabnya bila kitaorang lalu jer jalan utama tu,selalu ternampak orang ramai beratur dalam kek.

Sampaikan encik suami pun pernah tegur,'apa la yang hebat sangat kedai kek nie?sampai beratur orang nak beli kek!'.

Kedai kek paling popular di Kuantan

Ha,nak habaq mai ni!Inilah Kula Cakes house,kedai kek yang paling terkenal di Kuantan.



Kedainya hanyalah kedai kecil.Tapi kecil-kecil cili api nie! Sebabnya Kula Cakes menyediakan tempat menjamu selera yang begitu santai dan mendamaikan!

Dengan pancaran lampu diwaktu malam,kita akan terasa seolah-olah berada didalam taman reakrasi yang direka kreatif walaupun ketika itu kita berada ditengah bandar yang begitu sibuk ;).








Kek apakah yang mampu memikat penduduk Kuantan ini???

Jeng..jeng..jeng..

Inilah dia kek yang paling terkenal di Kula Cakes iaitu Mango Cheese Cake.


Cheese kek yang begitu menyelerakan :) Tidak muak dimakan,dilimpahi sos mangga dan dihiasi dengan hirisan mangga yang begitu manis.Yummy :).

Sekali sekala terpaksa reward untuk diri sendiri.Hehehe.Tapi,jangan selalu makan sangat ok.Nantikan protein AGE menimbun banyak,kesan penuaan begitu ketara kepada anda.

Jika anda nak cari dan mencuba pelbagai jenis kek di Kula Cakes ini,pastikan anda memandu secara berhati-hati supaya anda tidak terlepas simpang dan untuk mengelakkan anda supaya berpatah balik dan susah untuk mencari parking.

Sedikit info untuk anda :

Kula Cakes
A96,Jalan  Besar,
25000 Kuantan,Pahang.
HP : 017- 9711396

Open : 1 PM - 9 PM
Tutup setiap hari Isnin.



.



Metabolisme rendah punca sukar turunkan berat badan anda?





Selamat pagi semua !!

Semalam,ada dapat pm dari pelanggan tersayang.Beliau cakap,kenapa yer saya makan set kurus tak berapa nak berkesan?Saya diet dah,bersenam pun sudah.Tapi berat badan susahnya nak turun !! 

Siapa yang tak stress kan,nak naikkan badan senang jer.Semudah ABC gitu.Tapi,bila nak turunkan berat badan,Ya ALLAH,susah yang amat.Tambahan lagi kalau orang tersayang kutuk-kutuk pulak.Kutuk-kutuk manja gitu ^_^

Sebenarnya,salah satu faktor anda sukar untuk turunkan berat badan adalah disebabkan metabolisme badan anda rendah.

Berbanding dengan mereka yang mempunyai metabolisme yang tinggi,makan apa sahaja namun badan mereka sukar untuk naik.


Apa itu metabolisme?

Metabolisme adalah jumlah tenaga atau kalori yang dibakar oleh tubuh untuk mengekalkan fungsi tubuh yang asas.

Dan sebenarnya,tubuh kita sentiasa membakar kalori,ketika tidur,berjalan,dan sebagainya.

Jumlah metabolisme bagi setiap individu adalah berbeza.Metabolisme seseorang individu ditentukan oleh jumlah otot dan jumlah lemak dalam badan.

Tisu otot akan membakar lebih banyak kalori berbanding lemak untuk mengekalkan fungsinya.Makan,tidak hairanlah sekiranya mereka yang mempunyai lebih banyak otot akan mempunyai metabolisme yang tinggi.

Tips tingkatkan metabolisme badan.

Minum air secukupnya. --> akan membantu tubuh untuk berfungsi pada tahap yang optimum.



Makan dengan kerap --> pilihlah makanan yang mempunyai kandungan fiber dan protein yang tinggi seperti buah-buahan,biskut berfiber tinggi dan sebagainya.



Tidur yang berkualiti --> tidur 7 hingga 8 jam setiap malam untuk kekalkan metabolisme badan yang sihat.


Hindari stress --> stress akan meningkatkan akan meningkatkan jumlah kortisol didalam badan.Kortisol merupakan hormon yang memberitahu tubuh untuk menyimpan lemak sekiranya badan berada dalam tekanan.


Amalkan pengambilan Vitamin C dan kalsium --> kekurangan  kalsium boleh menyebabkan tubuh mencetuskan hormon yang menyebabkan badan anda berpaut pada lemak yang boleh dibakar (ruginya lemak yang boleh dibakar tersimpan rapi ).
                                                                           --> untuk meningkatkan metabolisme 
                                                                           --> membantu tubuh dalam menyerap mineral lain.


Minum teh hijau --> ini adalah kerana teh hijau mengandungi polifenol yang dapat meningkatkan metabolisme badan anda.



Cadangan supplement untuk tingkatkan metabolisme badan anda.




  • Gabungan teh merah,hijau dan putih.
  • Mengandungi Taurina.
  • Meningkatkan metabolisme.
  • Meningkatkan tenaga.
  • Tinggi antioksida.
Anda juga mungkin tertarik :



sebarang pertanyaan atau pesanan boleh hubungi saya 
Siti Rosnah Abdullah
>> pm | whatsapp : 013-9156881
>> facebook : https://facebook.com/srosnah
>> page : https//m.facebook.com/ImanInDaHouse

***Cod sekitar Kuantan,Perkampungan Chenderawasih,Indera Mahkota,Bukit Setongkol & kawasan- kawasan yang sewaktu dengannya.



*This product is not intended to diagnose,treat,cure or prevent any diseases.
**Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos,merawat,mengubati,atau mencegah sebarang penyakit.

.



Cara semulajadi untuk bebas daripada sakit sendi

SENDI.

sesungguhnya sendi merupakan komponen yang paling penting untuk kita bergerak aktif dan kesana kemari tanpa halangan.Tanpa kehadiran sendi,anda mungkin akan mengalami kesusahan untuk berjalan,apatah lagi berlari.

Sendi memang mempengaruhi kualitit hidup seseorang individu.1/2 individu akan mengalami ketidakselesaan sendi sebelum mencapai umur 85 tahun.

Kalau zaman dulu-dulu,selalunya orang yang sudah berumur seperti nenek dan atuk yang akan mengalami masalah sakit sendi ini.Tapi,zaman milenium ini,umur 30 an pun dah mula alami sakit sendi.Faktor utama yang mempengaruhi ialah gaya hidup.

Aktif bersukan merupakan salah satu faktor.Dah,macam mana nak buat ni?Aktif bersukan pun berisiko,takaktif bersukan pun berisiko jugak.Apa yang harus dilakukan?

Baiklah,seperti  yang dijanjikan,hari ini saya akan kupaskan berkenaan kesihatan sendi untuk anda semua.

Apa itu sendi?

Sendi merupakan sambungan antara tulang yang memberikan sokongan kepada tulang untuk membantu anda bergerak.


Tulang rawan 
  • bertindak sebagai kusyen (sebagai pelindung terhadap sendi).
  • Membenarkan tulang-tulang untuk bergeseran sesama sendiri tanpa rasa sakit.
Bendalir Sivonia
  • sebagai pelincir dalam sendi.
  • Memberikankhasiat kepada tulang rawan.
Komponen lain.
  • Tendon --> struktur berserat yang menghubungkan otot pada struktur tulang.
  • Ligamen --> serat yang fleksibel yang mengikat tulang bersama.

Seperti yang saya nyatakan sebelum ini,sendi memang akan mempengaruhi kualiti hidup anda.Cuba anda bayangkan apabila sakit sendi menyerang di waktu usia senja anda,anak-anak sibuk dengan tanggungjawab dan kerja mereka masing-masing.Sedangkan anda nak bergerak ke sana ke mari pun susah.Dalam keadaan begini,semestinya ibubapa akan mengharapkan keperihatinan anak-anak untuk menguruskan mereka.Dan ada yang menangis kerana ini.Bukanlah menangis kerana anak-anak,jangan salah faham ok.Tapi kerana kesakitan sendi yang terlampau sakit.

Namun demikian,sendi juga berisiko untuk menghadapi keradangan (Artitis).

Jenis keradangan sendi.

  • osteoarthritis
  • Rheumatoid arthiritis.
  • Gout.
osteoarthritis

  • Osteoarthritis berlaku apabila tulang rawan yang membentuk permukaan sendi menjadi haus.
  • Kemerosotan tulang rawan ini akan menyebabkan kesakitan yang tidak terperi akibat pergeseran tulang.

Selalunya osteoarthritis berpunca daripada :
  • Obesiti (berat badan berlebihan akan membebankan sendi)
  • penuaan sendi
  • kecederaan.
osteoarthritis turut menyerang :
  • tulang pinggul
  • lutut
  • tangan
  • kaki
  • tulang belakang.
Rheumatoid Arthritis

Rheumatoid Arthritis ialah jenis keradangan sendi yang kronik yang biasanya terjadi pada sendi seperti tangan,pergelangan tangan dan lutut.

Rheumatoid Arthritis bukan sekadar mempengaruhi sendi,bahkan ia turut memberi kesan keapda organ dalaman kita seperti jantung,paru-paru,darah,saraf dan kulit.

Simptom Rheumatoid Arthritis
  • bengkak
  • sakit sendi
  • keletihan
  • kekakuan sendi terutamanya pada waktu pagi dan malam.


Gout

Gout adalah disebabkan oleh asid urik yang berlebihan didalam badan.

Asid urik ini adalah bahan kumuhan yang yang berasal daripada sejenis protein yang dipanggil purin.Badan kita membuang asid ini melalui urin (pembuangan air kecil).Jadi,minum air kosong yang banyak adalah sangat digalakkan.

Jom kita lihat bagaimana gout terjadi.


Cadangan Supplement untuk kesihatan sendi.


Ternyata sendi merupakan komponen yang paling penting kepada kita semua.Berusahalah untuk membaiki dan mengekalkan kesihatan sendi anda sebelum terlambat.Cara yang paling efektif untuk menggantikan sendi yang haus adalah dengan memasukkan 'besi' yang  mirip dengan sendi kita.Namun,besi tersebut haruslah dibuat  rawatan susulan selepas  10 tahun.Andainya besi tersebut haus,maka kena digantikan dengan baru.Apabila tukar baru ni,faham-faham sajalah.Modal adalah perkara utama.

Jadi,sebelum terlambat dan menelan belanja yang lebih besar,eloklah sekiranya kita pelihara dan kekalkan kesihatan sendi ^_^.

sebarang pertanyaan atau pesanan boleh hubungi saya 
Siti Rosnah Abdullah
>> pm | whatsapp : 013-9156881
>> facebook : https://facebook.com/srosnah
>> page : https//m.facebook.com/ImanInDaHouse

***Cod sekitar Kuantan,Perkampungan Chenderawasih,Indera Mahkota,Bukit Setongkol & kawasan- kawasan yang sewaktu dengannya.



*This product is not intended to diagnose,treat,cure or prevent any diseases.
**Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos,merawat,mengubati,atau mencegah sebarang penyakit.

.

h & w talk Shaklee | Hotel Vistana Kuantan


Assalamualaikum semua.

Alhamdulillah kita bersua lagi ^_^.

Januari 2015 telah melabuhkan tirainya.Kini,February telahpun bermula dengan semangat yang membara dan kental !!

Alhamdulillah berpeluang menikmati H & W talk yang dianjurkan oleh Shaklee.Kebetulan encik suami cuti sempena hujung minggu,keizinan terus diberi tanpa banyak soalan.Arigaro encik suami !

H & W pada kali hari ini adalah berkenaan 'Kesihatan Sendi'.Walaupun masa yang ada untuk menuntut ilmu hanyalah 2 jam,namun pelbagai  kupasan dan info-info menarik yang diperolehi.Mula-mula masuk dewan tu,alahai gerun rasa !! Serius saya cakap,saya mengenali kak Fiza Zasmi dan Ida hanya dalam telegram sahaja.Belum pernah bersua muka.Tapi diaorang memang best,ramah seperti dalam telegram jugak.hehehe.

Menariknya majlis ini diacarakan sendiri oleh kakitangan Pemasaran Shaklee Wilayah Timur iaitu Encik Azmi.Apabila pengacara pun bersemangat waja,semangat orang yang menuntut ini pun haruslah seiring dan sejalan gitu.Bak lagu nyanyian Nurul dan Ajai ^_^.




Talk kali ini disampaikan oleh nutritionist yang comel lotte iaitu puan Nurul.

Berkisar tentang kesihatan sendi.Seronok sebenarnya bila melibatkan topik ini.Seperti yang diketahui ramai,sendi merupakan antara aspek yang paling penting bagi manusia untuk bergerak bebas ke sana ke mari.

Sendi ini diibaratkan seperti kenderaan.Apabila mencapai tahap tempoh tertentu,kalau tidak dijaga dengan rapi,akan mendatangkan risiko kepada tuan badan.

1/2 individu akan mengalami ketidakselesaan sendi sebelum mencapai umur 85 tahun.

Tayangan video juga dimainkan berselang seli sepanjang program tersebut berlangsung.Dan apa yang paling menggerunkan saya ialah video pembedahan memasukkan besi untuk menggantikan tulang rawan yang haus.Pelbagai bunyi boleh kedengaran.Bunyi seperti pahat,tukul dan mengetam kayu menyedarkan diri saya sendiri betapa pentingnya untuk menjaga kesihatan sendi terutamanya lutut.

Isi kandungan program ini in shaa ALLAH saya akan kupaskan dalam entry akan datang. ^_^.

Untuk penduduk-penduduk sekitar Perkampungan Chenderawasih,Indera Makhota,Bukit Setongkol dan Kuantan,Pahang yang ingin dapatkan produk Shaklee,anda bolehlah hubungi saya.

In shaa ALLAH saya akan menyediakan konsultansi yang terbaik untuk anda semua.'Anggaplah pelanggan itu umpama orang yang kita sayang' - kata-kata ini sentiasa tersemat kemas dalam sanubari ;-).

sebarang pertanyaan atau pesanan boleh hubungi saya 
Siti Rosnah Abdullah
>> pm | whatsapp : 013-9156881
>> facebook : https://facebook.com/srosnah
>> page : https//m.facebook.com/ImanInDaHouse

***Cod sekitar Perkampungan Chenderawasih,Indera Mahkota,Bukit Setongkol,Kuantan & kawasan- kawasan yang sewaktu dengannya.



*This product is not intended to diagnose,treat,cure or prevent any diseases.
**Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos,merawat,mengubati,atau mencegah sebarang penyakit.

.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...