'sihat dan cantik pilihan saya: cara mengenali kehamilan anak kedua.'

cara mengenali kehamilan anak kedua.

Assalamualaikum semua.

Alhamdulillah rezeki ALLAH memang tak dapat kita nak jangka.Boleh tiba bila-bila masa jer.Sebab ALLAH tahu bilakah waktu yang terbaik untuk kita bersedia semua tu kan? ;)

Sebenarnya memang kehamilan kedua ini tidak dijangka langsung.Sebabnya tak ada langsung tanda-tanda hamil pada diri saya.

Memang berbeza sewaktu mengandungkan iman dulu.Kalau dulu,berdiri lama sikit rasa macam nak pitam.Gelap jer rasa pandangan kita tu.Badan pun rasa lemau yang teramat.

Secara jujurnya,kali ini saya akan surf internet.Cari segala cerita-cerita yang berkaitan tentang kehamilan kedua.Tapi,serius hampa beb,sebab tiada satu pun yang kena dengan diri saya.

Cuba pujuk diri sendiri,tak pe lah,mungkin bukan rezeki lagi kot.Nanti-nanti ada lah tu (padahal dalam hati frust menungeng ).

Nak dijadikan cerita 14/2/2015 keluar darah tapi ada la dalam 2 3 titis je kot.Dalam hati risau dah.Kenapa ni?Lebih kepada risau jugak sebenarnya,risau keguguran.

Tapi setelah surf internet dan bertanya Mrs.Kamalia berkemungkinan besar persenyawaan baru nak terjadi.Dan itu dipanggil spotting bleeding.

Bleeding?Ngeri taw i dengar bleeding-bleeding nie..hehehe.

Disini saya nyatakan tanda-tanda kehamilan kedua.Namun,rasanya tidak semua wanita akan mengalami tanda-tanda yang sama kot ;).

Tanda-tanda hamil anak kedua.

  • Hilang selera makan.
  • Malas untuk memasak & menjamah hidangan.
  • Asal jumpa bantal terus tidur.
  • Cepat penat.
  • Payudara terasa nyeri (sakit).
  • Emosi tidak stabil.
  • Mengidam buah yang masam-masam.

Kejutan yang tidak dijangka!

Oleh kerana 14/03/2015 pun haid tak kunjung jua,saya cuba gagahi diri untuk buat upt (urine pragnancy test).Dan cuba teka apa keputusannya?!

Suprise ^_^

Alhamdulillah.Semuanya berlaku dengan keizinan-NYA.

Untuk kali kedua,kena la amalkan doa khas untuk ibu hamil.Semoga semuanya selamat.In shaa ALLAH.



Buat semua wanita yang telah bertahun berkahwin tapi masih belum hamil,usaha selagi anda mampu,teruskan berusaha dan jangan lupa lepas solat,berdoalah secara spesifik.

Alllah tak pernah kejam dengan kita semua.Abaikan kata-kata negatif dari orang lain.Ingatlah,ALLAH sentiasa bersama kita ^_^.

.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...