'sihat dan cantik pilihan saya: bahaya kekurangan vitamin D'
Showing posts with label bahaya kekurangan vitamin D. Show all posts
Showing posts with label bahaya kekurangan vitamin D. Show all posts

Celoteh tentang Vitamin D

Apa itu vitamin D?


Vitamin D merupakan salah satu vitamin larut lemak yang mempunyai sifat sebagai vitamin dan hormon.Ia diperlukan untuk penyerapan dan penggunaan kalsium dan phosporus.

Juga diperlukan untuk tumbesaran terutamanya untuk tumbesaran tulangb dan gigi yang normal bagi kanak-kanak yang sdang membesar.

Vitamin D juga berfungsi untuk mencegah otot daripada menjadi lemah dan secara tak langsungnya,vitamin D juga penting dalam rawatan dan pencegahan kanser kolon,osteoarthritis,osteoporosis dan hypocalcemia,meningkatkan imuniti.

Vitamin D juga penting dan perlu untuk fungsi tairod pembekuan darah yang normal.

Kaitan Vitamin D dan kanak-kanak

Kanak-kanak memerlukan vitamin D kerana ianya merupakan nutrisi yang penting untuk pembinaan dan tumbesaran tulang dan gigi.

Tapi jangan harapkan vitamin D semata-mata ok.Pastikan anda juga melepaskan anak anda bermain di taman atau lebih dikenali sebagai aktiviti riadah..Ini adalah kerana aktiviti luar juga mempengaruhi dalam memberikan tulang yang sihat kepada kanak-kanak.

Aktiviti luar dan beriadah apabila kurang dilakukan akan menyebabkan kanak-kanak mudah mengalami obesiti.Jadi,untuk dapatkan tumbesaran yang sihat untuk anak-anak anda,berilah masa untuk mereka melakukan aktiviti riadah.

Vitamin D boleh didapati dalam :
  • ikan salmon
  • mackerel sardin
  • putih telur
  • ubi kentang
  • oat
  • susu formula bayi
Kesan kekurangan Vitamin D

Kekurangan vitamin D yang serius boleh menyebabkan ricket (cacat tulang),terutamanya 
  • tulang belakang,
  • kaki
  •  tengkorak,
  • tulang mudah patah
  • bengkak sendi
  • lemah otot
Hakikatnya,bayi dalam kandungan juga memerlukan vitamin D.Jika ibu hamil tidak mengambil vitamin D yang secukupnya,anak yang dilahirkan mungkin akan mengalami neonatal hypocalcaemia (tidak cukup kalsium dalam darah.

Pastikan anda memberikan bekalan yang secukupnya untuk diri anda dan juga anak anda.Anak-anak adalah harta ALLAH yang tidak ternilai kepada kita.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...