'sihat dan cantik pilihan saya: Keluarga sakinah'
Showing posts with label Keluarga sakinah. Show all posts
Showing posts with label Keluarga sakinah. Show all posts

lautan api sanggup ku renangi!

Cewah..tajuk bikin hot jer,lautan api sanggup ku renangi.Saya tak pernah tengok lagi lautan api,anda pernah ker? ^_^


Sebenarnya tajuk ini dibuat berdasarkan pengalaman membesarkan anak lelaki.Anak jantan orang ganu bilang :)

Anak saya muhammad hariz iman bin mohd norimam satu-satunya waris lelaki baik di sebelah keluarga saya mahupun di sebelah keluarga suami saya.Buat masa ini je mungkin.hehehe..mana la taw kan,mungkin lepas ini lahirnya lagi anak jantan.


Pengalaman membesarkan anak lelaki memang mencabar.Sebenarnya saya mula ambil alih jaga iman 24 jam selepas suami kemalangan baru-baru ni.Kemalangan dengan lori.Alhamdulillah ALLAH masih panjangkan umur suami,masih lagi memberi peluang kepada saya dan iman untuk merasai kasih sayang mohd norimam.

Memang ngeri bila suami cerita balik,katanya kepala dah masuk bawah lori,lori tu masih lagi berjalan,pemandu tak sedar pun yang ada orang bawah lori dia.Dan alhamdulillah ALLAH gerakkan hati suami saya untuk menolak tangki minyak lori berkenaan dan secara tak langsungnya,bahagian badan hingga kepala tertolak keluar.Cuba bayangkan kalau badan tak tertolak keluar?

Ok,berbalik kepada tajuk asal,anak lelaki,kanak-kanak lelaki memang aktifnya lebih berbanding dengan anak perempuan.Kanak-kanak lambat berasa letih kerana mereka mempunyai berat dan saiz badan yang lebih kecil berbanding dengan kita.

Dan untuk pengetahuan anda,kanak-kanak apabila mereka sudah berusia setahun dan ke atas,mereka lebih cenderung untuk memiliki sifat si bapa.Apa yang si bapa buat,mereka juga tiru.

Contohnya begini :)


Si bapa memandu kereta,si anak pun nak juga rasai pengalaman memandu kereta.

Membesarkan anak lelaki yang lasak dan aktif sememangnya sangatlah memerlukan tahap kesabaran dan tahan lasak yang maximum.Walaupun ada kalanya dah sampai satu tahap,jadilah daku umpama mak tarzan ^_^ tapi xdaklah sampai dengar habis 1 taman.

Selalu kan dengar,anak lelaki lambat matang dari anak perempuan?pada saya semua tu kuasa ALLAH.Persekitaran juga mempengaruhi daya kreativiti kanak-kanak tersebut.Dan orang dewasa seperti ibu bapa haruslah menunjukkan teladan yang baik.

Bak kata pelatah,ke mana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi.

Perkembangan terkini iman adalah bila nak buang air kecik mahupun air besar,dia akan buka seluar,buang pampers,bawak pampers dan jalan menuju ke toilet.Lambat bukak pintu toilet,atas lantai la tempat membuang paling terbaik ^_^

Saya memang tak jangka langsung iman akan buat begini sebab dia baru berginjak usia 1 tahun 10 bulan 4 hari.

Sebab selalunya saya pernah dengar kanak-kanak yang berusia 3 tahun dan ke atas je yang bertindak begini.

Jadi,secara tak langsungnya pampers memang jimat.

Tapikan,ha ada jugak tapi kak long ni.Kita kena sentiasa alert dan waspada setiap masa.Tengok je anak bukak pampers,terus kena ikut dia ke toilet.Bukannya apa risau jugak la kan mana la taw kot-kot tergolek atas lantai kang.

Nyawa tiada galang gantinya.Kalau setakat kencing dan berak atas alas kaki boleh dicuci.:)

Bila orang yang kita sayang,yang selalu mewarnai hari-hari kita,yang selalu menjadi pelangi dalam hidup kita,kita akan lakukan apa sahaja walaupun terpaksa mengorbankan waktu tidur,waktu rehat,waktu baca novel,waktu main game dan seumpamanya.

Inilah baru dinamakan,lautan api sanggup ku renangi. ^_^

Semoga cepat sembuh wahai mohd norimam.dan semoga mohd hariz iman menjadi anak yang soleh,anak yang cemerlang dan berjaya di dunia dan akhirat.

Semoga kita semua hidup dan mati dalam islam dan iman.Semoga pengakhiran hidup kita semua dalam keadaan husnul kqatimah dan sempat untuk melafazkan kalimah la illah ha'il lallah.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...