'sihat dan cantik pilihan saya: resepi popia maggi goreng'
Showing posts with label resepi popia maggi goreng. Show all posts
Showing posts with label resepi popia maggi goreng. Show all posts

resepi popia maggi


Assalamualaikum.

Selamat pagi semua..Apa khabar anda semua hari ini?

Kembali bersiaran selepas cuti semester ^_^.Hari ini dah masuk semester kedua iaitu cabaran 30 hari.Alhamdulillah cabaran 40 hari (semester pertama) berjaya ditempuhi dengan jayanya walaupun pelbagai dugaan dan rintangan yang datang.Bila diingatkan balik,pelbagai peristiwa terjadi sepanjang dalam tempoh 40 hari tu.Suami kemalangan,anak demam,wifi rosak,anak tutup wifi,update blog sambil bf anak sehingga anak tertidur,anak berebut nak telefon,anak nak laptop nak tengok kartun.Macam-macam la.

Tetapi,sebenarnya itulah yang mengajar kami semua agar tabah dan lebih alert dengan masa.Anak tidur jer sekejap,terus mengadap laptop.Tapi ini bukanlah bermakna kerja rumah tak jalan,Kerja rumah masih berjalan,aktiviti memasak tetap diteruskan seperti biasa,anak diuruskan seperti biasa.Tapi entry blog diupdate setiap hari.

Oleh kerana kelmarin adalah hari cuti dari membuat entry,jadi,masa terluang untuk membuat kuih ada la.Oleh kerana semua bahan-bahan dah tersedia dalam peti sejuk,maka,terciptalah resepi popia maggi goreng.Memang saya tak letak ubi,sebab saya bukanlah penggemar ubi :) baik sengkuang mahupun keledek.hehehe

Bahan-bahan yang diperlukan ialah :

  • kulit popia
  • isi ayam |dicincang @ dipotong kecil-kecil.
  • sosej | dipotong mengikut kreativiti anda
  • mee segera 3 bungkus
  • 1 batang carrot | dipotong kecil memanjang
  • 1 tin sardin | dihancurkan isi sardin.
  • lada sulah
  • lada hitam
  • garam.
  • bawang merah dan bawang putih | dikisar
  • sedikit minyak
popia maggi

Cara menyediakan :
  • rebus maggi terlebih dahulu kemudia toskan.
  • masukkan sedikit minyak ke dalam kuali,masukkan bawang merah dan bawang putih yang telah dikisar.
  • Apabila bawang yang telah ditumis tadi dah naik bau,masukkan isi ayam dan sosej.
  • biarkan seketika agar setengah masak.
  • kemudian masukkan carrot.
  • masukkan sardin yang telah dihancurkan isinya.
  • Kemudian,masukkan maggi yang telah ditoskan.Gaulkan hingga sebati.
  • Perasakan dengan lada sulah.lada hitam dan sedikit garam.
  • Kemudian,bolehlah mulakan sesi menggulung popia mengikut kreativit anda masing-masing.
  • Anda boleh gulungkannya secara 3 segi ataupun memanjang.

Tips ringkas

  • untuk mengelakkan kulit popia kering semasa proses menggulung,lapiklah kulit popia tersebut dengan kain bersih berbentuk segi 4 yang telah dilembabkan.
  • Bukan lapik jer taw,lepas ambik sekeping kulit popia tu,tutuplah kulit popia tersebut.
  • Kalau nak bagi melekat dan terletak elok hujung kulit popia tu,basahkan dengan sedikit air.Anda boleh gunakan air masak ataupun air yang telah ditapis.
  • Jika anda nak gunakan putih telur sebagai gam pun boleh.
  • Bila dah siapkan untuk 1 bekas,segera tutup dan simpan dalam peti.Ini adalah untuk mengelakkan kulit popia tersebut kering dan dihinggap lalat.
Bila dah siap,anda boleh pelbagaikan cara memasak popia maggi ini.Nak masak secara goreng pun boleh,nak masukkan dalam microwave pun boleh.

Kalau nak sedap,anda boleh makan bersama sos atau mayonis.

resepi popia maggi ummi hariz
Taraaaa,inilah hasilnya popia maggi saya.


Selamat mencuba semua ^_^.Anda boleh juga masukkan sayur kegemaran anda selain dari carrot.









Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...