'sihat dan cantik pilihan saya: Set sendi Shaklee'
Showing posts with label Set sendi Shaklee. Show all posts
Showing posts with label Set sendi Shaklee. Show all posts

Cara semulajadi untuk bebas daripada sakit sendi

SENDI.

sesungguhnya sendi merupakan komponen yang paling penting untuk kita bergerak aktif dan kesana kemari tanpa halangan.Tanpa kehadiran sendi,anda mungkin akan mengalami kesusahan untuk berjalan,apatah lagi berlari.

Sendi memang mempengaruhi kualitit hidup seseorang individu.1/2 individu akan mengalami ketidakselesaan sendi sebelum mencapai umur 85 tahun.

Kalau zaman dulu-dulu,selalunya orang yang sudah berumur seperti nenek dan atuk yang akan mengalami masalah sakit sendi ini.Tapi,zaman milenium ini,umur 30 an pun dah mula alami sakit sendi.Faktor utama yang mempengaruhi ialah gaya hidup.

Aktif bersukan merupakan salah satu faktor.Dah,macam mana nak buat ni?Aktif bersukan pun berisiko,takaktif bersukan pun berisiko jugak.Apa yang harus dilakukan?

Baiklah,seperti  yang dijanjikan,hari ini saya akan kupaskan berkenaan kesihatan sendi untuk anda semua.

Apa itu sendi?

Sendi merupakan sambungan antara tulang yang memberikan sokongan kepada tulang untuk membantu anda bergerak.


Tulang rawan 
  • bertindak sebagai kusyen (sebagai pelindung terhadap sendi).
  • Membenarkan tulang-tulang untuk bergeseran sesama sendiri tanpa rasa sakit.
Bendalir Sivonia
  • sebagai pelincir dalam sendi.
  • Memberikankhasiat kepada tulang rawan.
Komponen lain.
  • Tendon --> struktur berserat yang menghubungkan otot pada struktur tulang.
  • Ligamen --> serat yang fleksibel yang mengikat tulang bersama.

Seperti yang saya nyatakan sebelum ini,sendi memang akan mempengaruhi kualiti hidup anda.Cuba anda bayangkan apabila sakit sendi menyerang di waktu usia senja anda,anak-anak sibuk dengan tanggungjawab dan kerja mereka masing-masing.Sedangkan anda nak bergerak ke sana ke mari pun susah.Dalam keadaan begini,semestinya ibubapa akan mengharapkan keperihatinan anak-anak untuk menguruskan mereka.Dan ada yang menangis kerana ini.Bukanlah menangis kerana anak-anak,jangan salah faham ok.Tapi kerana kesakitan sendi yang terlampau sakit.

Namun demikian,sendi juga berisiko untuk menghadapi keradangan (Artitis).

Jenis keradangan sendi.

  • osteoarthritis
  • Rheumatoid arthiritis.
  • Gout.
osteoarthritis

  • Osteoarthritis berlaku apabila tulang rawan yang membentuk permukaan sendi menjadi haus.
  • Kemerosotan tulang rawan ini akan menyebabkan kesakitan yang tidak terperi akibat pergeseran tulang.

Selalunya osteoarthritis berpunca daripada :
  • Obesiti (berat badan berlebihan akan membebankan sendi)
  • penuaan sendi
  • kecederaan.
osteoarthritis turut menyerang :
  • tulang pinggul
  • lutut
  • tangan
  • kaki
  • tulang belakang.
Rheumatoid Arthritis

Rheumatoid Arthritis ialah jenis keradangan sendi yang kronik yang biasanya terjadi pada sendi seperti tangan,pergelangan tangan dan lutut.

Rheumatoid Arthritis bukan sekadar mempengaruhi sendi,bahkan ia turut memberi kesan keapda organ dalaman kita seperti jantung,paru-paru,darah,saraf dan kulit.

Simptom Rheumatoid Arthritis
  • bengkak
  • sakit sendi
  • keletihan
  • kekakuan sendi terutamanya pada waktu pagi dan malam.


Gout

Gout adalah disebabkan oleh asid urik yang berlebihan didalam badan.

Asid urik ini adalah bahan kumuhan yang yang berasal daripada sejenis protein yang dipanggil purin.Badan kita membuang asid ini melalui urin (pembuangan air kecil).Jadi,minum air kosong yang banyak adalah sangat digalakkan.

Jom kita lihat bagaimana gout terjadi.


Cadangan Supplement untuk kesihatan sendi.


Ternyata sendi merupakan komponen yang paling penting kepada kita semua.Berusahalah untuk membaiki dan mengekalkan kesihatan sendi anda sebelum terlambat.Cara yang paling efektif untuk menggantikan sendi yang haus adalah dengan memasukkan 'besi' yang  mirip dengan sendi kita.Namun,besi tersebut haruslah dibuat  rawatan susulan selepas  10 tahun.Andainya besi tersebut haus,maka kena digantikan dengan baru.Apabila tukar baru ni,faham-faham sajalah.Modal adalah perkara utama.

Jadi,sebelum terlambat dan menelan belanja yang lebih besar,eloklah sekiranya kita pelihara dan kekalkan kesihatan sendi ^_^.

sebarang pertanyaan atau pesanan boleh hubungi saya 
Siti Rosnah Abdullah
>> pm | whatsapp : 013-9156881
>> facebook : https://facebook.com/srosnah
>> page : https//m.facebook.com/ImanInDaHouse

***Cod sekitar Kuantan,Perkampungan Chenderawasih,Indera Mahkota,Bukit Setongkol & kawasan- kawasan yang sewaktu dengannya.



*This product is not intended to diagnose,treat,cure or prevent any diseases.
**Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos,merawat,mengubati,atau mencegah sebarang penyakit.

.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...