'sihat dan cantik pilihan saya: ubat penahan sakit bersalin'
Showing posts with label ubat penahan sakit bersalin. Show all posts
Showing posts with label ubat penahan sakit bersalin. Show all posts

Kenali ubat penahan sakit bersalin

Ubat tahan sakit ketika bersalin lazim digunakan menghadapi sakit bersalin.Saya sendiri salah seorang pesakit yang menggunakan ubat tahan sakit ketika hendak lahirkan Iman 1 tahun 8 bulan lepas.Tapi,sesetengah ibu mengandung tidak mengambil ubat penahan sakit kerana mereka mempunyai alasan yang tersendiri.Pendek kata,mereka nak merasai sakit hendak bersalin secara alami.



Ubat penahan sakit bersalin yang digunakan secara meluas di Malaysia terbahagi kepada 3 iaitu :


  • Entonox
  • Suntikan pethidine
  • Epidural
Entonox 




  • Merupakan pengambilan gas campuran oksigen dan nitrous oxide dengan nisbah 50 : 50.
  • Diberi secara sedutan melalui topeng muka khas dan kesannya boleh bertahan dalam tempoh masa 15-30 saat ketika ia dihidu.
  • Sekiranya anda berminat untuk gunakan kaedah ini,anda dinasihatkan untuk menghidu entonox sejurus sebelum kontraksi berlaku untuk menghilangkan kesakitan yang dialami.
Kesan sampingan 
  • masalah loya
  • pening
  • mengantuk
Kelebihan
  • kosnya murah
  • senang digunakan serta terbukti selamat kepada ibu dan bayi di dalam kandungan,
Kekurangan
  • Cara paling kurang efektif berbanding yang lain kerana proses bersalin memang sakit.

Suntikan pethidine


  • Adalah ubat yang diberikan secara suntikan ke dalam otot contohnya di bahu @ pinggul.
  • Ubat yang telah disuntik itu akan meresap ke dalam darah dan memberi kesan kea atas sistem saraf utama,lalu menghilangkan kesakitan.
  • Walau bagaimanapun,ia boleh meresap ke dalam uri,dan seterusnya memberi kesan sampingan kepada bayi di dalam kandungan.
  • Oleh kerana itu,pethidine tidak digalakkan diberi sejurus sebelum melahirkan anak.
Kesan sampingan
  • mengantuk
  • loya
  • pening
  • muntah
  • kesan kepada bayi.
Kelebihan 
  • Dapat mengurangkan lebih banyak kesakitan berbanding penggunaan entonox.
Kekurangan
  • Tidak dapat menghilangkan kesakitan 100 %.
Epidural


  • Pengambilan ubat pelali berjenis setempat (local anaesthetics) yang disuntik ke kawasan tulang belakang anda ketika melalui proses bersalin.
  • Turut boleh digunakan untuk proses kelahiran melalui pembedahan caeserean dan boleh membantu mengurangkan kesakitan kepada yang mengalami kesukaran bersalin di mana forsep dan vakum terpaksa digunakan.
  • Cara yang paling berkesan untuk menghilangkan kesakitan yang bakal dialami ketika dalam proses bersalin kelak.
  • Ia berdasarkan prinsip menghalang transmisi kesakitan ke sistem saraf utama pada bahagian saraf tunjang di tulang belakang.
Kesan sampingan
  • kebas di bahagian kaki akan hilang apabila dos epidural dikurangkan.
  • Anda juga mungkin mengalami kesukaran membuang air disebabkan kesan epidural pada pundi kencing.
  • Jangan khuatir kerana tiub kencing akan dimasukkan untuk mengatasi masalah ini.
  • Tekanan darah juga boleh menurun walaupun keadaan ini hanya sementara.
Kelebihan
  • Cara terbaik dan paling berkesan untuk meghilangkan kesakitan semasa bersalin.
  • Disarankan kepada ibu bersalin buat kali pertama atau golongan yang mempunyai masalah kesihatan seperti tekanan darah tinggi.
Kekurangan
  • Kaedah paling berisiko tinggi kerana prosedur yang dilakukan adalah kompleks dan rumit.
  • Turut melibatkan kos yang tinggi terutamanya di hospital swasta kerana alat yang digunakan serta khidmat kepakaran doktor bius yang melakukannya.


Anda dinasihatkan untuk berbincang dengan pakar perbidanan tentang keputusan pengambilan epidural ketika bersalin.Tanyalah lebih lanjut agar anda lebih faham dan bersedia.


Credit to : Majalah pa & ma

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...