'sihat dan cantik pilihan saya: Luka bersalin ceaser bernanah dan terpaksa dicuci dan dijahit semula?Tips penjagaan selepas bersalin ceaser'

Luka bersalin ceaser bernanah dan terpaksa dicuci dan dijahit semula?Tips penjagaan selepas bersalin ceaser

Assalamualaikum semua.

Bersalin secara ceaser atau pembedahan sudah menjadi perkara biasa atau trend zaman sekarang.Orang ramai sudah lali.Ada yang terpaksa melaluinya kerana kedudukan bayi yang sonsang,tekanan darah ibu terlalu tinggi,berat bayi melebihi berat maximum dan pelbagai lagi masalah.

Persoalannya,bagaimanakah anda semua nak menjaga luka bersalin selepas dibedah?Tidak dinafikan penjagaan luka pembedahan bersalin ceaser lebih rumit jika nak dibandingkan dengan luka bersalin secara normal.Saya bukanlah hendak menakutkan para ibu yang hampir bersalin,yang baru hamil dan sebagainya.Tapi,inilah realitinya,Anda perlu peka dan sentiasa kena menjaga kebersihan kawasan luka.

Baru-baru ini saya mendapat berita dari seorang bekas rakan sekelas sewaktu sekolah menengah dulu.Beliau terpaksa meninggalkan anak dirumah,manakala beliau terpaksa ditahan di wad.Kerana  rasa hairan yang timbul dalam hati,saya pun mesej la beliau.Alangkah terkejutnya saya apabila beliau memberitahu,luka bersalin ceaser terpaksa dicuci dan dijahit semula.Kiranya 3 kali dijahit,



Bagi yang ada pengalaman melahirkan bayi,perasaan gerun terselit juga la dihati saya.Nak-nak pulak bila disebut perkataan 'jahit'.Seriau dan gerun nak membayangkannya.Selalunya,doktor atau jururawat yang bertugas selepas kita bersalin akan memberi peringatan  selepas proses melahir,keluarkan uri,jahit apa yang patut dan lain-lain.Peringatan itu mungkin berbaur sedikit ugutan,bagi saya la..hehehe.Apakah peringatan itu?

"luka jahit ini jaga elok-elok taw.Kalau benang tertetas lepas ini,akan dijahit balik tanpa ubat bius".

Berdasarkan pengalaman rakan-rakan dan jiran-jiran sewaktu dalam wad bersalin,kalau diberi pilihan,mereka lebih suka bersalin secara normal.Namun,demi membawa zuriat melihat dan merasai hidup di dunia yang sementara ini,mereka rela dibedah dan menanggung kesakitan.Begitulah kasih seorang ibu tiada penghujungnya.

Kalau berbicara tentang penjagaan dan tips selepas pembedahan,saya pernah terjumpa ibu diberi makan anak ikan haruan yang kecil (yang merah-merah dan selalunya hidup berkumpulan) hidup-hidup.erk,mungkin kedengaran agak pelik,tetapi itulah realitinya.Ada juga yang sanggup memancing ikan haruan di dalam sawah,tali  air,lubuk,parit dan sebaginya semata-mata untuk mengambil lendir ikan haruan dan seterusnya disapu pada luka pembedahan.

Semuanya dilakukan dengan tujuan tidak lain tidak bukan hanyalah untuk mempercepatkan proses sembuh luka berkenaan.


Kenapa luka jahitan perlu dijaga rapi?

Ini adalah untuk mengelakkan luka jahitan tersebut daripada dijangkiti kuman.

Apabila luka jahitan dijangkiti kuman,kemungkinan luka tersebut untuk lambat sembuh dan tahap kesakitan mungkin akan lebih tinggi berbanding biasa.

Tips Penting penjagaan selepas pembedahan.

1. Bergerak seawal yang boleh

Walaupun anda mungkin berasa sakit yang tidak terucap dan tubuh terasa letih dan lesu,cubalah untuk bergerak seawal yang boleh.Ini adalah untuk mengelakkan risiko darah beku dan membantu mempercepatkan proses penyembuhan luka anda.Mintalah bantuan orang sekeliling anda contohnya suami,ibu,adik atau jururawat untuk membantu anda.

2. Pastikan luka sentiasa kering dan bersih

Kalau boleh,semasa anda mandi,lapik atau ikatlah plastik agar kawasan luka tidak dibasahi sepenuhnya oleh air.Selepas mandi,seeloknya keringkan luka dengan pengering rambut dan sentiasa pastikan kipas dibuka.

Jangan sesekali menggaru pada tempat luka,Walaupun kadang-kala anda berasa gatal yang teramat sangat.Dikhuatiri luka tersebut akan dijangkiti kuman melalui luka akibat digaru.

Jangan sesekali biarkan kawasan luka dalam keadaan lembab atau basah.

3. Hindari aktiviti lasak dan aktiviti yang boleh memberi kesakitan kepada anda.

Contohnya naik tangga atau ketawa terbahak-bahak.Memang tidak dinafikan apabila orang sekeliling tahu kita sudah bersalin,mereka akan datang melawat.Ada juga yang cuba buat lawak dan sebagainya.Batuk juga boleh menyebabkan kesakitan pada tempat luka.Sebab itulah anda disarankan agar menjaga kesihatan.

4. Jaga pemakanan

Elak daripada makan makanan yang boleh menyebabkan luka anda akan berasa gatal.Contohnya ikan yang tidak segar,makanan tidak bersih,debu dan sebagainya.

Tetapi,selalunya orang veteran lebih berpengalaman dalam bab ini.Perasan tak,selalunya mereka hanya akan menyediakan makanan yang segar dan berkhasiat sahaja kepada ibu dalam pantang?

5. Pengambilan Supplement atau Vitamin

Pengambilan supplement dan vitamin seperti zat besi sangat digalakkan kerana ianya dapat membantu meningkatkan tahap hemoglobin dalam darah anda dengan lebih cepat.Selain itu,anda juga disarankan mengambil supplement lain seperti Vitamin C dan B-complex dan lain-lain untuk mempercepatkan proses penyembuhan luka.

6. Ikut nasihat yang disarankan oleh jururawat anda.
Contohnya kalau jururawat menasihati jangan makan sebarang ubat selain yang diberikan oleh doktor.Ini adalah untuk mengelakkan tubuh anda menerima kesan sampingan daripada ubat-ubatan tersebut.


Sekian dulu untuk hari ini.Semoga ilmu yang sedikit ini bermanfaat untuk anda semua.

Anda mungkin meminati :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...