'sihat dan cantik pilihan saya: pantai Marang dibanjiri ribuan kerang'

pantai Marang dibanjiri ribuan kerang

Assalamualaikum semua.

Alhamdulillah setelah hampir 2 minggu bumi Terengganu mengalami musim hujan,kelmarin dan mula nampak cahaya matahari.Bila nampak jer sinar mentari menyinari,golongan suri rumah adalah antara individu yang paling gembira sekali.Angkut bawak keluar semua baju-baju kotor yang telah dibasuh.Sampai ke pintu pagar disidainya ^_^.

Rezeki selepas musim hujan

Tetapi,ada lagi insan yang lebih gembira selain suri rumah.Baik kanak-kanak mahupun golongan dewasa,semuanya bergembira di tepi pantai.Ada pesta apakah?Alhamdulillah,setelah musim tengkujuh berakhir,pantai Marang dibanjiri ribuan kerang.

Difahamkan ribuan kerang terdampar di pantai Rusila,Marang sehingga Rhu Dua termasuk pantai Pulau Kekabu.Selain mengutip kerang di pesisir pantai,orang ramai juga turut mengambil kesempatan dengan menggunakan jaring ikan untuk kutip kerang.

Kalau tak tahu,memang orang ingat pesta pantai dah.Sebab memang ramai orang berkumpul di pantai.Kelihatan macam hari perjumpaan antara keluarga dari generasi pertama hingga generasi ke sepuluh gitu.Ada juga siap pasang khemah lagi.

Wah,sakan gitu.Siapa tak nak kan kalau benda percuma.Rezeki ALLAH bagi,ambik jer la ^_^.Kalau musim panas gini,rebus kerang tu,cicah dengan air asam,tambah belacan dan cili sikit  bagi pedas,sedapnyaaaaaa.


pantai marang dibanjiri kerang.
Ramainya orang.



pantai marang dibanjiri ribuan kerang.
Semangat mengutip kerang.


pantai marang dibanjiri ribuan kerang.
banyak kan?
Tu dia,memang jenuh nak makan kalau kutip sampai sebakul.Untuk elakkan daripada membazir,eloklah sedekahkan ke saudara mara dan sahabat handai yang terdekat.

Nak buat apa dengan kerang?

Kebiasaannya orang sini suka buat kerang bakar,buat mee kari,masukkan lah isi kerang tu,sambal kerang dan sebagainya.Masaklah mengikut selera anda masing-masing yer.Kalau buat ko teaw goreng kerang pun sedap taw.Tapi,bagi yang ada penyakit gout tu,makan jangan sampai lupa ok.Nantikan esok,terpaksa ambik MC gara-gara kaki bengkak dan sakit.


Namun,sehingga sekarang,pihak yang berkenaan tidak tahu kenapa fenomena kerang membanjiri pantai selepas musim hujan.Anggaplah ini rezeki dari ALLAH untuk hamba-hambanya.


Sekian dulu untuk hari ini.Selamat berhujung minggu semua..P/s : terima kasih buat jiran depan rumah kerana bagi kerang sebekas ke ambe.Jenuh nak makan sorang-sorang ^_^.Semoga murah rezeki dan panjang umur selalu hendaknya.Aminn...


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...