G6PD (Glucose 6 Phosphate hydrogenese) adalah penyakit kekurangan enzim dalam sel darah merah atau sejenis penyakit genetik. Biasanya selepas ibu melahirkan bayi, sample dan tali pusat bayi dihantar ke makmal untuk pemeriksaan G6PD.
Apa maksud kekurangan enzim G6PD?
Dalam sel darah merah terdapat sejenis enzim yang bertanggungjawab mengekalkan kestabilan sel darah merah daripada pecah iaitu enzim G6PD. Apabila paras enzim ini rendah, sel darah merah tidak mampu menahan keadaan stress seperti dalam kes jangkitan teruk atau apabila bahan kimia atau ubat-ubatan tertentu diambil, sekaligus menyebabkan sel darah merah pecah.
#  Bagi yang menyusukan bayi dan bayi anda mengalami masalah G6PD ,anda tidak boleh mengambil supplement alfalfa.

3. Thalasemia

Thalasemia merupakan suatu penyakit yang disebabkan kerana terjadinya suatu gangguan pada produksi hemoglobin dan juga disebabkan kerana keturunan.
Thalasemia biasanya disertai dengan penyakit anemia ,terjadinya pembesaran pada limpa,bentuk tulang yang tidak normal,serta terjadinya dalam gangguan dalam pertumbuhan.
Thalasemia terbahagi kepada 2 iaitu thalasemia minor,dan thalasemia major.
Thalasemia minor biasanya ada suatu gen globin  yang bersifat normal dan ada satu gen yang sifatnya tidak normal.

#pengambilan iron yang berlebihan oleh pesakit thalasemia boleh memudaratkan mereka.Kemungkinan pesakit akan muntah dan sebagainya.Jadi,pesakit thalasemia tidah boleh mengambil supplement Vitalea.Ini adalah kerana vitalea diformulasikan dengan tambahan iron di dalamnya.

4.Hyperthyroid



Kelenjar tiroid ialah organ endokrin yang terletak di leher manusia. Fungsinya ialah mengeluarkan hormon tiroid. Antara hormon yang terpenting ialah Thyroxine (T4) dan Triiodothyronine (T3). Hormon-hormon ini mengawal metabolisma (pengeluaran tenaga) manusia.

Antara orang-orang yang berisiko menghadapi masalah penyakit kelenjar tiroid ialah:
  • Perempuan
  • Genetik
  • Mengidapi sakit pituitari atau endokrin yang lain
  • Usia lebih 60 tahun
  • Merokok

Ada dua jenis penyakit tiroid yang utama:
  • Hipertiroidisme / Tirotoksikosis
  • Hipotiroidisme

Dalam kes hyperthyroidism / thyrotoxicosis, hormon tiroid T3 dan T4 didapati lebih tinggi daripada orang biasa. Antara penyebab penyakit ini ialah :
  • Grave's disease. Antibodi di dalam badan menyebabkan tiroid membesar dan mengeluarkan lebih hormon. Selalunya semua (atau sebahagian besar) sel tiroid orang yang menghidapi penyakit ini mengeluarkan hormon berlebihan
  • Thyroiditis (tiroid bengkak). Selalunya keadaan ini boleh elok sendiri
  • Toxic nodule goitre. Terlalu banyak iodin di dalam makanan

Tanda-tanda orang yang menghidapi hipertiroidisme:
  • Bengkak di leher
  • Cirit birit
  • Degupan jantung bertambah, sentiasa berdebar-debar
  • Gementar dan gelisah, terketar-ketar
  • Haid tidak teratur, kurang atau tidak datang
  • Kesuburan turun
  • Penumpuan kurang
  • Mata menjadi besar (bulging)
  • Angin yang tidak menentu
  • Kejang otot
  • Oesteoporosis (kereputan tulang)
  • Pengeluaran peluh banyak, bertambah. Kulit lembap
  • Suhu badan naik, tak tahan panas
  • Rambut tidak kuat
  • Sukar bernafas
  • Sukar tidur
  • Tekanan darah naik
  • Turun berat badan walaupun selera naik
  • Lemah
#tidak digalakkan untuk mengambil iodin kerana kandungan iodin mereka sudah tinggi dalam darah.
#Supplement yang tidak boleh diambil ialah vitalea & alfalfa

5.Hypothyroid

Hypothyroidism ialah satu keadaan dimana badan kekurangan hormon thyroid akibat daripada kelenjar thyroid (tiroid) yang kurang aktif.

SEDIKIT PENERANGAN TENTANG BAGAIMANA HYPOTHYROIDISM TERJADI DAN KAITANNYA DENGAN TUMBESARAN BADAN (METABOLISMA)

Seperti yang kamu tahu, metabolisma ialah proses yang dilakukan oleh tubuh untuk mengubah apa yang kamu makan dan minum menjadi tenaga. Tenaga ini kemudiannya disalurkan ke seluruh badan samaada untuk pencernaan makanan, bergerak ataupun berehat.

Thyroid ialah satu kelenjar di bahagian halkum yang menggunakan iodine (umumnya berasal dari makanan misalnya laut dan garam) untuk menghasilkan 2 jenis hormon yang penting dalam metabolisma iaitu hormon thyroxine (T4) dan hormon triiodothyronine (T3). 

Bilangan hormon T4 dan T3 di dalam badan masing-masing ialah 99% dan 1%, tetapi hormon yang penting untuk badan ialah T3. Walaupun begitu, semasa di dalam badan, T4 akan ditukarkan menjadi T3 dari semasa ke semasa bagi menampung keperluan badan memerlukan T3.


Kekurangan rembesan hormon T4 dan T3 (hypothyroidism) akan mengurangkan/melemahkan proses metabolisma dan sekaligus akan memberi impak yang besar kepada badan dari segi fizikal dan emosi.

Antara kesan hypothyroidism ialah ;
  • cepat penat | tidak bermaya
  • lambat berpeluh
  • sering berasa sejuk
  • pelupa
  • berat badan meningkat
  • kemurungan
dan yang paling teruk dan mungkin mimpi ngeri bagi seseorang ialah 'terbantut'. 

#tidak boleh mengambil ESP (energizing soy protein) kerana menyebabkan kekurangan rembesan hormon thyroid & tidak digalakkan mengambil caratomax sebab hormon thyroid diperlukan untuk tukarr beta-corotene kepada vitamin A.Jadi,tidak memberi apa-apa kesan dan manfaat kepada pesakit.


sebarang pertanyaan atau pesanan boleh hubungi saya 
Siti Rosnah Abdullah
>> pm | whatsapp : 013-9156881
>> facebook : https://facebook.com/srosnah
>> page : https//m.facebook.com/ImanInDaHouse