'sihat dan cantik pilihan saya: resepi bubur untuk orang demam'
Showing posts with label resepi bubur untuk orang demam. Show all posts
Showing posts with label resepi bubur untuk orang demam. Show all posts

resepi bubur ayam limau madu

Assalamualaikum semua..

Pantai timur sekarang nie dah masuk musim hujan.Boleh dikatakan hari-hujan.Sekejap cuaca panas,sekejap sejuk.Memang akan beri kesan contohnya demam.

Perasan tak,bila demam kebanyakan selera kita akan turun.Nak makan makanan pun rasa pahit jer.

Makan makanan yang bernutrisi waktu demam akan membantu meningkatkan daya tahan tubuh dan in shaa ALLAH demam akan beransur kebah.

Ok,hari ini saya nak kongsikan resepi pembuka selera untuk orang demam.Sedikit tips untuk anda,jangan lupa masukkan bawang merah dan putih dalam masakan.Ini adalah kerana bawang bersifat anti virus.

Bubur ayam limau madu

Bahan-bahan yang diperlukan ialah:

  • 400 gm dada ayam (nak guna peha pun tak pe)
  • 4 ulas bawang putih
  • beras segenggam
  • 2 inci halia (dipotong halus)
  • Sedikit kismis.
  • 1 sudu besar madu
  • 50 ml jus lemon
  • 1.5 liter air 
  • garam secukup rasa.
Cara penyediaan

  • Rebus air bersama halia, bawang putih dan beras.
  • Biarkan mendidih
  • Bila dah mendidih,perlahankan api.
  • Masukkan ayam dan kismis.
  • Reneh selama 20 - 25 minit.
  • Perasakan dengan garam dan lada sulah @ lada hitam.
  • Tambahkan madu dan jus lemon.
Untuk hiasan,anda boleh parutkan kulit lemon tu dan taburkan di atas bubur.

Tara...inilah hasilnya.



Selamat mencuba semua :)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...